Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 6, 2024

Right?

 Salam...

I just remembered why it happened. Why I did what I did, but I don't have the courage to tell and let it out because I know now that it won't change anything.

I don't know how many times I hope Allah showed me the correct path.

May this always be the right choice. Aminn ~


Tuesday, July 2, 2024

Time Will Heal

 Salam...

Year 2024. One year older. The same old me. 

We had a fight. Cruel. Unnecessary. But it happened.

And now, I sit here realising that, time sure do heal any damages done, but the scar remains.

We scarred. All of us.

I'm afraid and brave at the same time. I feel tired, lelah, but I don't wanna let what we had right now crumbled.

The thought of it send a cold shiver to my spine. 

But I believe. Time will heal everything. Amin.


Tuesday, July 18, 2023

Not appreciated.

 ......


I do know that sometimes what I did is not leveling with your expectations. Somehow I feel that my efforts should be appreciated. It hurts, I know I shouldn't be. I'm sad, I know I shouldn't be. 

Thursday, July 6, 2023

Salah Ke Berpantang Sendiri?

 Salam...

Aku berulang kali fikir, wajar ke tajuk yang aku letak ni? Situasinya, aku decide for this 2nd pregnancy, aku nak berpantang sendiri. But everyone macam questions my decision, macam decision aku salah. 

I know, orang kata masa berpantang ialah masa untuk ibu2 berehat lah, treat like a queen lah. The problem is, aku tak nak susahkan orang, minta tolong orang. Kalau that someone memang offer untuk tolong, nyiru aku tadahkan kalau tapak tangan aku ni kecil. 

And.. aku buat a few research, tak susah pun nak pantang sendiri (semoga urusan bersalin aku mudah, dan aku boleh buat kerja rumah lepas tu). Tak banyak pantang larang, just jaga kesihatan diri and anak je. Help from others memang akan memudahkan, tapi not crucially necessary pun kalau kau mampu.

Aku tak ada banyak duit to hire CL or maid, so aku yakin dan kena yakin I can do it by myself.

First baby aku, dia premature, 1 month kami bertapa di hospital. Makan aku, mandi aku, biasa je. Tak ada bengkung, minyak angin, makanan pantang. Aku hadap je apa yang hospital bagi. Alhamdulillah, aku sihat, tak kena bentan or angin.

Aku buat penilaian ni based on apa yang aku alami. Not everyone will face the same situation. Aku faham tu. Tapi aku harap mereka akan agree dan respect keputusan aku.

Actually, the long writing is because aku stress hari ni. (Posted before with reasons why I stress sangat on that day, tapi bile dah cool down, aku takut orang yang berkenaan ter baca, so aku decide to edit out that part)

Mak aku tak sihat, few years back dia stroke half of her body. Now recovering but still tak kuat. Aku tak nak susahkan dia. Kalau tak ada orang sudi jaga aku, aku boleh je jaga diri sendiri.  

Doakan urusan bersalin aku mudah. Dan consequently urusan berpantang aku pun akan jadi mudah. Amin...

I hope nobody that I know get to read this.

Friday, July 31, 2020

Tahun Coronavirus...

Salam.... 

Tahun 2020, penuh dengan pelbagai futuristik expectation. Hakikatnya, hanya tuhan tahu apa yang bakal terjadi.....

Tahun 2020, sudah berada di separuh masa kedua. Bakal menginjak ke tahun 2021. Sedar, tapi di bawah kewarasan perintah kawalan pergerakan. Masih mampu, tapi segalanya terbatas. 

Tahun 2020, semoga manusia sedar, apalah guna dikurnia akal. Tapi masih tetap setia melakukan yang bukan-bukan.  Masih kental berlawan dengan musuh yang menyerang, dengan mempertahan kebebasan. Kebebasan melakukan perkara yang dilarang. 

Tahun 2020, aku mengharap suatu keajaiban. Semoga rantaian si korona dapat diputuskan. Semoga sisa-sisa tahun 2020 ini dapat diteruskan dengan aman. Aku rindu zaman-zaman tanpa korona virus Covid19. 

Sincerely,

Aku yang rindu.  

Monday, February 5, 2018

New Life....

Salam~
Annyeong~

Sudah satu tahun dinding ini sepi.
Kehidupan baru ini semacam membuatkan aku sibuk.
Kadang2 aku harap satu hari itu masanya lebih dari 24 jam.
Supaya aku ada lebih masa menghayati perjalanan hidup.

Sudah lebih setahun aku berpindah kerja.
Sudah hampir setahun aku berpindah rumah.
Sudah hampir setahun aku berpindah status.
Sudah hampir setahun....

Pantasnya masa....

Dengan usia yang makin menjauhi kelompok remaja.
Aku sebenarnya belum bersedia.
Sekarang aku makin percaya, umur hanya nombor.
Banyak perkara yang tak dapat dihipotesiskan dengan umur.

Yang pasti untuk aku, aku tak sia2 kan satu umur pun dalam hidup aku.
Terima kasih tuhan.


-oncall day, so tired-

Friday, December 9, 2016

Tak Salah Jadi Diri Sendiri



Kau buat aku benci aku, 
Jadi apa lagi yang tinggal jika aku membenci seluruh aku?
Perlahan kau corakkan aku seperti yang engkau mahu.
Kau atur supaya aku menyukai aku yang tiada aku.
Lama-lama, aku yang tinggal adalah aku yang bukan aku.
Tiada rasa benci pada aku yang bukan aku.
Tiada juga rasa pada aku yang sebenar aku.
Kerana aku yang sebenar aku hanya memori dalam aku yang sebenar aku yang kini sudah menjadi aku yang bukan aku.

Semuanya bukan aku.
Semuanya hanya aku yang bukan aku.
Siapa sebenarnya yang engkau mahu?

Tuesday, June 28, 2016

HAMPIR HILANG

Salam..

Kadang-kadang Dia tegur kita secara lembut,
Bilamana manusia yang hatinya keras sedikit dari lembut,
Teguran itu tak sedikit pun tercalit, terpalit,
Berlalu saja macam angin menyapu muka, 
Rasa nyaman semata.

Kadang-kadang Dia menyapa keras sedikit, 
Macam ibu mengejut anak bangun tidur,
Bukan lembut macam kejutan pertama,
Tapi garang sikit, melaung, suara tinggi.
Masa tu, baru anak terkocoh-kocoh menggeliat,
Bangun, tapi bukan berdiri,
Duduk mengelamun,
Mungkin lambat sikit signal nya sampai.

Kedua-dua situasi ni,
Manusia itu masih ada masa berfikir,
Manusia itu masih ada masa untuk menyesal,
Cuba kalau dua-dua teguran itu tak sampai ke hati manusia itu,
Dan kemudian manusia itu terus hanyut, Menyimpang dari laluan benar,
Bila tiba di penghujung, 
Arus kuat menarik jatuh ke bawah air terjun,
Akhirnya manusia itu hanya mampu menggapai tanpa pertolongan,
Melainkan pertolongan dari Dia yang berkali-kali mengingatkan.

Bila sekali terlibat dalam kemalangan,
Aku jadi trauma, 
Sedetik selepas penghentaman baru aku sedar,
Ini memang realiti, Ya, aku memang berlanggar,
Rasa macam mimpi,
Berkali-kali lepas tu aku harap yang itu semua mimpi, 
Tanpa kecederaan serius pada penumpang, 
Aku patut bersyukur, aku patut sedar,
Ini teguran lembut dari Dia.

Kali kedua, 
Aku hampir terlibat dalam kemalangan, 
Teguran Dia makin keras,
Tapi sebelum tu macam ada petanda,
Cuma aku yang tidak peka,
Hampir hilang nyawa, 
Masih ada masa menyesal,
Masih ada masa betulkan kesalahan, 
Kerana aku hanya "hampir" hilang nyawa.




Friday, October 16, 2015

CERITA BENGANG (1)





Ring..Ring..Ring..
(Old skool sangat kan nada dering aku?)

Dengan sekali pandang, terpapar nama itu lagi di skrin. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali nombor yang sama menelefon aku. Untuk hari ini sahaja, Semalam juga lima kali. Kelmarin juga lima kali. "
"Lepasni stop dah lah tu, dah cukup lima dah ni". Bisik hati kecilku.

Ring..Ring..Ring..

Nampaknya pemanggil di sebelah sana masih tidak berputus asa. Dengan berat hati, aku akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.

"Iye, ada apa mak? Kan saya dah bagi bulan lepas, tak kan bulan ni pon kena bagi. Mak, tolonglah faham. Saya ni bukan kerja untuk mak tau. Saya bagi mak bila saya ada duit lebih, saya bukan kerja dengan gaji besar. Mak, saya minta maaf, bukan saya kedekut ke apa. Mak, dengar sini, benda-benda yang mak mintak tu tak penting. Dulu-dulu masa saya kecik, mana ada saya dapat semua benda tu. Belanja lah ikut kemampuan. Mak faham kan? Hello? Hello? Mak? Mak?"

Panjang lebar aku menjawab. Aku bosan dengan perangai meminta-minta seperti itu. Dulu aku sudah merasa hidup susah, sudah biasa hanya mampu memandang kawan-kawan yang mampu beli itu dan ini. Dulu, baju sukan sekolah pun aku tidak mampu beli, abah bersusah payah mencari baju warna yang kosong kerana baju sukan yang dijual di sekolah di luar kemampuan kami. Tapi aku bersyukur. Aku menghargai setiap pengorbanan ibu dan ayah aku. 

       Budak zaman sekarang, semua mahu tersedia depan mata. Pantang lihat ada orang lebih, dia pun mahu lebih. Betul. Aku bosan dengan semua ni.

(Image pinjam sini)

"Wey, tak baik hang buat mak hang lagu tu. Orang kata, kalau bagi duit kat ibu kita lah lagi berkat hasil titik peluh kita tu. Aku tengok hang ni, tiap-tiap kali mak hang tu tepon hang jawab lagu tu. Cuba bayangkan mak hang jaga hang dari kecik, lagi banyak dia belanja untuk hang". 

Sentap? Tak mungkin. Ceritanya, pemanggil itu bukan lah ibu kandung aku. Ibu angkat yang rumahnya pun aku tidak ingat di mana. Namanya pun aku sudah lupa. Keluarga angkat yang ingatannya sudah aku selitkan di antara lipatan kenangan. Keluarga angkat untuk beberapa hari. Aku bukanlah insan yang tak mengenang budi yang boleh melupakan orang-orang yang berjasa membantu aku suatu ketika dulu. Tetapi, bila mereka mengharapkan aku seperti aku ini anak kandung mereka, aku hilang minat.

     Bila permintaan mereka itu tidak munasabah, lebih lagi aku hilang minat. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit setiap bulan. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit jika anak mereka ingin menyertai rombongan. Tolong jangan harapkan aku bila mahu beli baju baru untuk makan malam. Tolong jangan harapkan aku. Bagi aku, tidak setimpal kiranya bila kau mahu anggap aku anak kandung dan meminta-minta. Dan aku tahu, aku bukan tinggal percuma di rumah itu. Jadi, jangan harapkan aku. 

019-******* (Block this number? Yes!)



TAMAT

(Cerita rekaan semata-mata)






Wednesday, September 16, 2015

A PICTURE SAYS A THOUSAND STORIES

Salam~

Have you ever heard this word before?
A picture says a thousand stories more than words can describe.
Yes, indeed this quote is very true.
Nowadays people always share almost everything on the net.
Words, pictures, videos.
Name any type of file or anything.
Everything can be shared.
Sadly, some of them tend to be sharing things that are not true.
To get back to my point about the picture telling stories, here it goes.

For example.
The picture of a kid crying.


What can you tell from this picture?
His mother scolded him?
His mother won't allow him to eat?
And the list is growing because of every person on earth has their own imagination.

So from the very moment the picture is posted, a thousand kind of stories being made up.
The real story is only known by the picture uploader and the person in the picture itself.

We can see that many stories being shared in Facebook.
Some of them are very crappy but yet people still believe,
If the news is posted together with pictures, people will start to create their own story based on the picture.
It is not that we can't believe stories and news spread in Facebook.
It is just that we need to choose.
Don't go out there and create story on your own, by solely based on a few pictures,
We may not get hurt or inflicted by the stories we made but please think about others.

That is all.
Just some words and thoughts from my not so bright brain.

Picture from here.



Monday, January 5, 2015

WRATHFUL MALAYSIAN GOD?

Salam~
Annyeong~

Tajuk yang lebih kurang macam berita yang dibaca beberapa minit lepas.
Make sure to read that article first.
Aku pun terasa macam nak share opinion.
I am agreed with part of his opinion.
For example, people tend to blame the victims and for this case the state for making the God angry.
Me included.
Yeap, orang cakap sebab Kelantan banyak maksiat itu ini, dadah lah apa lah.
Padahal sebenarnye di mana2 pon ada.
Cumanya bila dah berlaku macam ni, maka muncul lah kes2 yang jarang disebut.
Contohnya. bila AirAsia crashed.
Muncul lah dua tiga lagi kes pasal enjin mati tiba2 lah, turn back lah yang mengaitkan AirAsia.
Sebenarnya pernah berlaku je kes2 macam ni kat airline lain.
Cuma bila satu cerita besar berlaku kat AirAsia, semua cerita yang tak bagus tentang that airline muncul.

Fokus terbesar diberikan kepada yang mengalami masalah yang besar itu.
Bukan salah mereka untuk mereka menjadi mangsa.
Betullah segala musibah itu ujian Allah.
Aku yakin, ada reason sebalik apa yang berlaku.
Tapi janganlah bila dah jadi sesuatu yang tak baik macam ni kita terus menerus salahkan mereka.
Bukan semua. 
Masih ramai lagi insan yang baik dan bersimpati, yang menolong mangsa2.
Tapi ini untuk segelintir yang menyalahkan mangsa2.

Masa aku menaip ni pun aku terfikir.
Apa yang aku buat?
Aku tolong ke?
Atau aku hanya menjadi penonton di balik skrin dan papan kekunci.
Yang hanya pandai menaip, menulis komen.
Itu aku sendiri je boleh jawab.

Pengajaran untuk apa yang dah berlaku ni bukan sahaja kita kena muhasabah diri, tingkatkan ibadat sahaja.
Kita kena jugak berfikir dan bertindak untuk mengelakkan perkara macam ni jadi lagi.
Stop blaming innocent people yang terlibat.
Stop blaming each other instead work together to make things better.
Politik.
*angkat tangan
Aku surrender hal2 politik.
Aku tak pandai menganalisis, semua ada pendapat masing2.
Aku pangkah kau, kau pangkah aku.
Babai! 

Friday, October 17, 2014

I CHOOSE YOU!

Salam~
Annyeong~

Emak kata...itu, ini.
Emak memang tak pernah kalau sehari tak bagi nasihat.
Tapi aku ni naughty child.
I didn't always follow apa yang mak cakap.
The teenage me, hemm the adult me think I can decide on my own.
No need to consider what parents thoughts for me.
I always know they think it's best for me.
However I choose to choose.
Not to follow.
Even sometimes I know the thing I chose is bad.
I stick to my decision to choose.

I am the one yang akan walk through my life ni.
Good or bad consequences its all depend on my choice.
I choose to experience things I like.
I choose to experience things that I want.
I choose to be happy as I am now.
I don't always think about what will happen later.
My future is still in dim.
I choose YOU.
I hope my choice is right.

And I am sorry mak, abah.
Sebab kadang2 tak berjaya ikut apa yang abah ngan mak nak.
Tapi I will always try and make out the best from all my choice,
I will try.

Akal dan minda bila dah kalah kita kena tanya hati.
Tapi kalau hati tu bersih lah.

Annyeong~




Monday, September 22, 2014

WHEN I DON'T UNDERSTAND MYSELF

Salam~
Annyeong~

Whenever I feel like this.
I know that it's normal due to my imbalance hormone changes.
But sometimes I don't understand myself.
I know but I don't understand.

This feeling like crunching my bone.
If you can see my virtual feeling right now.
It feels like my heart is smashed, cracked sejuta macam rear windscreen CDJ punya ari tu.
Tears keep falling like hujan.
Sensitive to every word mentioned to me.
The part that make me curious the most is...why am I being sensitive only to that person?
Maybe....
Maybe me being sensitive to that person only for this cycle.
Maybe....

If I just follow my kepala yang penuh emosi right now.
I'll grab a ladder, tall ladder to get back what belongs to me.
If that ladder is not tall enough, I'll rent a crane or anything taller to reach for it.
If nothing can reach it.
I'll just goyang2 and let that thing smash to ground.
I don't care anymore.
Okay, itu kalau ikut kepala yang emosi.

But I won't.
I'll wait. 
Try to compose myself until all the gelora is gone.
Then I'll think.
I'll pray.
Cuz deep inside I know although I'm not understand.
It was a worth move to put that thing up high.

Written on 22/9/2014

Friday, September 12, 2014

INTERNET MOBILE: HOTLINK OR CELCOM

Salam~
Annyeong~

Aku ni pengguna tegar mobile internet.
Reason: I need to staty online bila takde keje.
Lagipon internet sekarang memang penting.
Apa guna beli henpon 3G ke 4G tak subscribe internet kan?
Plus sekarang orang lebih prefer Whatsapp compared to normal sms.
Lagi banyak boleh nyembang.

Tapi untuk pilih which line yang provide better internet mobile?
Aku biasanya guna Celcom punya line untuk internet.
Tapi disebabkan aku cuma bukak data bila kat lua so aku decide beli yang social pack je.

Social pack = RM10 for 150MB.
Guna lah sampai bila2 as long as that 150MB tu tak habes.
Mula2 dulu aku rase okay je bila pakai ni.
Tapi masuk hari ni, dah empat lima kali jugak  Celcom telan duit aku.
Before this they will send one SMS untuk alertkan pengguna.
Bila dah guna 70% and 100%.
So that nanti takde lah kita kena charge untuk bayar-bila-guna punya charge.
Yang bayar-bila-guna ni 10sen untuk 10kB.
Aku pernah dua kali tak dapat SMS 100% used.
Tiba2 je ada SMS aku dah guna more than RM10 untuk perkhidmatan bayar-bila-guna.
RM10 tu boleh beli lagi satu social pack.
Rugi sangat rasanye.
Dua kali, so RM20.
Yang lain2 tu rasanya dua kali, dia hantar SMS kata I used RM3 or more for their charge-per-use data.
Rasa tertipu sebab dah buat aduan dah.
Buat aduan, pastu dia amek report, pastu jadi balik, buat aduan balik, jadi balik.
Huh! At first I thought dokrang akan pay me back sebab salah dokrang tak alertkan pengguna.
Tapi maybe sebab aku dah guna, aku rasa takpelah.
Tapi bila jadi balik ni menyirap jugak.
Saja je nak makan duit orang banyak2.

So today aku transfer Simcard Hotlink dalam smartphone aku.
Aku beli data plan RM20 for 350MB for one month.
Whatsapp dan yang lebih kurang apps camtu dia free.
Kiranya tak makan lah kuota tu katenye.
So nak try lah dulu.
Kalau better aku akan guna Hotlink data plan je lah.

Aku sayang no Celcom tu sebab dia upax.
Tak payah risau tamat tarikh.

Jadi sekarang tengok macam mana line data Hotlink.
Kita try compare then decide.


Thursday, September 11, 2014

CHOCOLATE CAKE PERTAMAKU YANG SIMPLE..(DAN TAK CANTIK)

(Entri lama yang baru dipublish)

Salam~
Annyeong~

Agak lama nampaknya aku menyepi.
Tak tahu nak update pasal apa sebab my life kind of boring lately.
Disebabkan keboringan tersebut lah aku telah mem-bake kek coklat.
Maaflah tatabahasa yang tak senonoh aku pakai.
Aku bukan nak rosakkan bahasa ke ape tau.

Simple je resepi yang aku guna.
Yelah aku memang amatur yang tersangat lah amaturnya.
The ingredients are as follow:

The cake:
Tepung gandum 2 cups
Serbuk koko 3/4 cups
Butter 250gm
Gula 3/4 cups
Susu coklat 2 cups
Telur 4 biji

The topping:
Susu pekat manis 2 spoons
Serbuk koko 2 spoons
Butter sikit 1/2 spoons
Air secukup rasa

Mari membuat kek~
The cake:
1. Campur susu coklat dengan serbuk koko. Kacau hingga sebati kemudian ketepikan.
2. Pukul butter sampai agak2 macam gebu? Then tambah gula.
(Aku pakai gula biasa je, kalau pakai gula halus pon boleh, gula perang pon boleh)
3. Tambah telur satu persatu. Sambung mixing. (Terbayang buku ujang, ada ke masuk telur sekali ngan kulit, memang tak patut)
4.Masukkan campuran koko sikit2 selang seli dengan tepung yang dah diayak. Sambil mix.
5. Panaskan kukus. Dah panas, masukkan adunan dalam loyang dan kukus for about 45 minutes.

Mari membuat topping~
1. Guna teknik double boiler. (Rebus air dalam periuk besar, bila air dah boil masukkan periuk kecik dalam periuk besar tu. Proses membuat topping berlaku dalam periuk kecik)
2. Panaskan butter sampai cair.
3. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan air secukupnya supaya topping tak terlampau pekat tapi make sure jangan cair sangat.

Finally~
Bila kek dah sejuk, tuang je topping atas kek tu.
Kalau nak hias nak tabur ke ikot kreativiti memasing.
-TammaT-

Aku saja je citer detail ober2.
Masa aku follow resepi yang tak detail pon aku okay je.
Sebab master of the chef is always beside me.
My mom!
Masa first try nak buat topping aku masak direct on the stove.
Memang hangit tak hengat.
Walaupun the looks not so hmmmm appetizing.
The taste is quite satisfying.

TRAGEDI 11 SEPTEMBER

Salam~
Annyeong~

Hari ni dah 11 September 2014.
Tiba2 je terimbau kejadian tahun 2001.
Masa tu aku baru umur 11 tahun.
Kejadian WTC runtuh sebab kena hentam dengan dua jet.
Sangat2 lah kecoh time tu.
Tapi sebab aku kurang paham dengan dunia, aku kurang rasa.

Tapi tahun ni.
Banyak sangat kejadian yang meragut banyak nyawa secara sekaligus.
Aku pon dah dewasa.
Dah paham apa yang terjadi.
Tambah pulak peristiwa2 tu dekat dengan aku.
Sebab tu terus terimbau tu.

Almost 3000 orang yang mati sebab kejadian 11 September 2001 tu.
Tapi consequences selepas kejadian tu meragut lebih beribu-ribu orang.
Perang..
Takut..
Tak suka..

Mereka yang melancarkan perang yang sanggup mematikan orang yang tak bersalah ni semua bukan manusia agaknya.
Oh jap..
Manusia tapi jahat yang melampau.
Sebab aku pon tak tahu apa yang lagi jahat dari manusia ni.
Syaitan ke?
Tapi mereka ni macam bukan.
Mereka manusia bersifat syaitan.



Tuesday, September 9, 2014

STOP THINKING, START LIVING...

Salam~
Annyeong~

Selalu jugak nampak orang buat status macam ni.
On facebook, whatsapp, twitter dan yang seantero dengannye.
For me it is not as easy as its said.
I think too much.
I think too deep.
Even when I read this quote I think "how to stop thinking and start living?".
There are so much going on in my mind.

For example yesterday.
My mind dengan agresif terfikir pasal my life sekarang.
What I have achieved?
What I like?
What I want to do?
Do I have a goal?
Sekarang life aku macam too much just follow the flow.
Aku tak terpkir pon pasal apa yang aku suka.
I know I should do what I like.
But I don't really know what I like.

Yes, I do have a dream.
To live a simple life?
No. No. No.
I want to be rich...
Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.
(*Evil laugh!)
Nampak sangat ke-mata-an ke-duit-an aku.
Aku nak hidup bahagia di samping orang tercinta.
(Okay yang ni just pop up in my mind beberapa saat yang lepas)
Tu je sebenarnye.
Buat apa yang dia suka cuz I will like whatever he likes.
Ha.Ha.Ha.Ha.
(Laugh again tapi yang ni sincere laugh :P)
Nampak kan di situ.
Aku ni goyang2.
I can change and transform into whatever yang fit dengan situation.

For now...
I will try my hardest untuk bukan stop thinking tapi not think too much.
And of course start living.

Salam~
Annyeong~

(Pst2..dah lama kan tak buat entri bergambar sebab asyik update time kat office je)

Wednesday, August 20, 2014

STOP POST JIWA JIWA...

Salam~
Annyeong~

Starting this day onwards.
I Hope and I will not post something yang jiwa2 sangat dah.
Even bila baca sendiri pon aku rase menyampah kat si penulis.
Hehehehe..

Iyolah..
Aku yang tulis.
Aku yang suka.
Orang lain tak suka.
I realised it cuz when I read other people jiwa2 stories also makes me go green sometimes.
Maybe some stories are really touched and good to read.
The "some" is only small parts of the "all".

So I decided to stop it.
GO GET A DIARY!!
I told myself.

Sorry for the inconveniences and the wek2 things yang korang terpakse go through masa baca my entry.
Back to my normal boring life that someday I want to make it interesting.
Ha.Ha.Ha.Ha.

Salam~
Annyeong~ 



Tuesday, August 12, 2014

WE #3

Salam~
Annyeong~

Trust!
Yeps...
And that is why I'm telling you all my secrets.
Yes, when I said all, it really means all.

You know what.
Too much until it made you angry.
Sorry for showing the bad side of me.
I just don't wanna hide things form you.
It is better if you know who am I in the past.
The past is in the past.
Even I don't do it anymore but the story had become my history.
It was part of my life.
It makes me the me now.
Sorry...
(Eh ayat terabur sket, tapi boleh paham kan?)

When I feel like to be the old me, the bad me, you came.
You was directing me to you.
Bukan lah jalan yang bercahaya sangat.
But its better, and I can see you clear enough.
I hope someday the path will become brighter.
That was how I manage to control my life again.
With you to lead.
Direktor kecil which is not so small.

You said you trust me.
Jangan sia2 kan your trust.
I feel touched.
I trust you even more.
In the same time, I am afraid.
I don't wanna lose you.

Nerve-wrecking moment will come shortly.
I am nervous.
Butterflies in my stomach.
Sebab to boncit hahaha...
Masa taip ni pon my hands are shaking.
Pfttt..
Please, please, please...
Semoga semuanya berjalan lancar...
Aminnnn...

#tahpapejengarut2
#sorrysebabakungahfeelingcamni




Friday, August 1, 2014

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD?

Salam~
Annyeong~

Familiar kan dengar that sentence.
Lagu zaman dulu2.
Tapi sekarang still boleh pakai ke.
Ada orang yang dengan senangnye cakap sorry.
Padahal they don't really mean it.

But today...
I am truly, deeply, feeling sorry.

Dear somenone,
  Saya tahu saya banyak sangat buat salah dengan awak. Saya mintak macam2 and awak bagi macam2 yang saya mintak. Walaupun awak dah pesan awal2 supaya kita tak take this situation further but I insist. Akhirnya terjauh lah jugak sikit. Saya tahu apa yang awak buat ni untuk kepentingan kita. Bukan untuk awak sorang je. Tapi untuk saya jugak. Awak tahu saya tak mampu kalau saya buat sorang2 sebab tu awak ambik keputusan ni kan. Saya rasa shocked jugak bila dapat tahu but after a while. I can relate this situation to what we had done and I think it was a good move made by you. Thank you and sorry cuz I brought you in this kind of situation. I promise not to repeat the same mistake again. Thank you for reminding me what is good and what is bad. Thank you for willing to know me and be friend with me even for a while. Thank you for ypur support when I'm feeling down that day. Thank you. Thank you. Thank you.
  I am really really sorry. Knowing you is not a mistake. I don't know what you'd think but I'm glad because I meet someone that can turn me back to become me again.

#IvebeenblockedforgoodandIacceptitwithwillingheart
#imnotsogoodthatswhy