Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label suke. Show all posts
Showing posts with label suke. Show all posts

Friday, February 21, 2014

24 YEARS OF EXPERIENCING LIFE....

Salam~
Annyeong~

So the story of me begins since before I see the world.
Inside the womb of my very precious somebody- my mom.
I begin to experience life since then which I clearly not remember.
Only the person yang ada kat dunia yang sedar.
Mak, abah, kakak2  dan abang.
Oh mungkin ada yang lain which includes doctors, nurses eh dah merapu jauh nampaknye.

Actually this entry is a flashback of myself yang berumur 23 tahun.
(>^_^<)
Started from 19 February 2013.

My last time to celebrate birthday as student bersama-sama kawan2 kesayangan aku.
They threw a birthday celeb at kedai roti boy kat Times Square.
(TS ke ye?Aku pon tak ingat sangat)
Kek yang sangat sedap, charcoal ape tah perise dia.


Mac 2013

Kami banyak spend time dengan mencuba tempat2 makan yang tak pernah di lawati.
Only 4 months left untuk bergelar student UM.
Antara tempat yang aku ingat ialah:

Dip n Dip.
(Chocs for all the menu)


Restoran Uncle William.
(Macam SS2 Murni tapi lagi mahal)

Island BBQ and Steamboat.
(Pegi skali ngan Juna)

Most of the time, aku spend time ngan Sabb.
Selesaikan research project.

April 2013

Pegi dinner second college for the last time.
Walaupun aku tak suka sangat.
Tapi sebab dah bayar, jadi aku pegi je.
Tim tak pegi, so Elly ganti tempat dia.



First time outing roomates.
Kitorang pegi jalan2 kat IKEA.
Makan meatballs and berangan dalam IKEA.
Cannot spend masa lama sangat dalam tu sebab kitorang kua lambat.


Aku ngan Mira invented "Hari Kaya".
Kitorang pegi minum2 and main boling dekat eCurve.
(Rasanyalah ecurve, huhu, tak ingat)


And the girls from my class spend a special weekend kat Morib.
(^_^)


Mei 2013

Again, this month aku menghabiskan baki2 student life aku.
Bercengkerama with my classmate yang setia.

(aku pasan, this time aku quite chubby compared to HIM haha)

Aku jugak melunaskan ke-cravingness aku nak makan pancake.
Entah lah kenape aku nak sangat.
Tapi tiap2 hari cakap.
Lastly kawan2 aku pon ikotkan je aku punye kepala.
Kitorang makan kat Pancake House kat MidValley Megamall.


Again, this month aku spend a lot lot time menyiapkan projek final year aku.
Melalui saat2 yang sangat stress dengan berbekalkan satu bulan je.
Memang stress tahap gaban sampai laptop pon jadi mangsa.
Kerusi meje semua kena baling.
Kesian roomates aku dapat ahli psiko macam aku.
Aku memang tak boleh kawal diri kalau burst.

Jun 2013

Akhirnya berjaya menyiapkan final year project.
Yahoo!!Alhamdulillah.
Hilang beban yang ditanggung berbulan-bulan.
Sekarang tinggal final exam and presentation je lagi.
Dua benda yang paling crucial before grad.
Before that, kitorang mengambil peluang untuk bergumbira dulu.

First skali is Dinner MEP.

After that kitorang buat BBQ party kat rumah Hisham.
Mula2 cadang nak masak sendiri.
Tapi bila masak je burnt abes sumer lauk, jadi abang Hisham yang tolong bakar semua.
Kami makan je.
Fatimah goreng Kuew Tiau yang sedap.


After that, kitorang lepak rumah Fatimah pulak.
Makan2 ramai2.
Fatimah masak juadah yang enak.
Masa ni kete kakcik ade problem.
mahal jugak nak repair dia.
Wohoho..

27 Jun, tamat belajar.
Paper last dan kami pon keluar berjimba.
Aku tak ingat sebenanye pegi mana.
Yang aku ingat semua bebanan dah terlepas as a student.
Tinggal lagi perassan nak mencarik keje plak.

July 2013

Hurm....
Aku tak ingat sangat apa yang berlaku bulan ni.
Most probably sebab aku ade kat rumah kot.
Bulan puasa jugak.

August 2013

First time abah bagi drive jauh2.
Kali ni balik kampung kat Perak masa hari raya.
Me drive Kakcik's Savvy sebab I am the only driver yang available.
Yang lain semua balik rumah mak mentua masing2.
Kami reunion family raya kat rumah kakak kat Teluk Intan.

Balik tu aku naik kete ngan abang and Kak Sue.
Abah tak bagi drive sebab nak naik Genting Highlands.

September 2013

Proses Job Hunting yang meluas.
Kebosanan duduk di rumah membuatkan aku jadi tak keruan.
Duduk sana sini semua tak kena.
Tahap neves nak pegi hanta resume for the first time.
Hua3.
Then Emily called.
She said one of her colleague nak quit, so she asked me to come to her workplace.
Mula2 aku ingat just to submit my resume.
Sekali kau, teros interview on the spot.
And aku dapat this job on the spot jugak.
Yang kelaka nya.
Masa nak pegi carik that hospital, the general manager herself yang pegi fetch aku.
Sebab aku tak jumpa nak carik that hospital.
First time denga kan.
Hurm...
Bila dah dapat, aku accept je.
Tapi dalam hati, tuhan je yang tahu betapa berbolak balik nya hati aku.
Aku takut sangat salah pilih jalan.
Now look at me, still here.
Working fine.
(Cesh, macam machine plak)

Oktober 2013

My convocation dayyyy.
Yeah, aku bertolak sehari awal.
Masa on the way nak pegi, kitorang terpaksa patah balik sebab aku tertinggal my mortar.
Nasib baik tak jauh lagi.
Kalau tak, memang kena marah abes2 lah ngan ayah aku.
Huhu...
Aku booked hotel for my family that includes my abah, mak, lil bro (not s little though) and me.
Satu bilik je.
Convocation best!!
Sebab dapat banyak bunga.
(^_^)



Balik dari konvo aku kena bersiap nak pegi keje.
Started to work at KCDC on 4th Oct.


Keje aku X-ray orang tiap2 hari.
Mujur ada keje sampingan seperti bergosip hangat dan macam2 lagi.
Hahaha...

November 2013

Bawak mak jalan2 KL using my first gaji.
Sampai bateri kereta kakcik abes sebab lupa nak padam lampu.
Naseb baik ada abang kat KL masa tu.

Pindah ke rumah Balok.
Rumah tempat aku membesar.
Not actually membesar sangat.
From me age 4 till me age 12.
So tempat aku berkanak-kanak.
Hehe...
Baru dua hari pindah.
Kuantan banjir dahsyat2.
Alhamdulillah rumah kitorang antara yang terselamat.
Even jiran2 aku semua masuk air rumah mereka, rumah aku yang kat tengah ni terselamat.
Kuasa Allah.

(Ni gambar sebelum air naik tinggi lagi)

Disember 2013

Haaaa...
Time ni ngah gawat2 sebab aku tengah sibuk nak beli kereta.
Carik sana sini tempat yang sesuai.
Padahal abah yang sibuk carik sebananye.
Aku just tolong prepare semua dokumen yang patut ada je.
Maka terhasillah CDJ.
(Okay now I smile wide2 huhu)


Januari 2014

I guess takde apa2 yang berlaku sangat.
Just pasang tinted kat kereta.
Jalan2 kat airport Kuantan.
Book appointment for minor surgery on my birthday.
Hahaha...

Thats all.
Maybe ada je peristiwa2 yang aku lupa nak add on.
Tapi sebenarnye apa yang berlaku throuhout the year memberi aku macam2 pengalaman.
Suka dan duka, sedih dan tawa.
Semuanya untuk jadikan aku yang sekarang.
Feeling deeply grateful for my wonderful years.

(^__^)

Tuesday, September 24, 2013

SHAMPOO AND CONDITIONER...

Salam~
Annyeong~

Apalah kejadahnye tetengah malam ni aku teringat citer pasal syampu plak.
Pusing punye pusing kepale aku mengimbau memori.
Makanye cerita syampu ini pon muncul.
Sebenanye banyak mende yang happened in the past yang aku tak nak lupa.
Tak nak lupa tak semestinya aku ingat sepanjang masa.
But I want that kind of memories to be there whenever I try to recall it.
Contohnya macam kenangan syampu ni.

Cerita pon bermula.
Masa aku form 2 or 3 kisah ni berlaku.
Aku tak berape ingat masanye.
Masa tu aku belajar dekat SMK Seri Kuantan.
Aku dok asrama and dua bulan sekali aku balik rumah.
Rumah aku takde lah jauh mane dari sekolah.
15 minit camtu dah sampai.
Tapi sebab sekolah tu is one of the sekolah harapan yang semua student need to stay in the hostel.
Makanye aku pon jadi student asrama.
Kawan aku, umah dier kat lua paga sekolah tu je.
Balik boleh je jalan kaki balik umah. 
(Which she never did, slalu parents dier amek jugak)
Kena jugak stay kat hostel sebab itu dah memang rules dier.

Dulu2 family aku takde lah senang sangat.
(Terbayang lagu penyanyi nama Tegar tu huhu)
So bile nak beli makanan nak buat stok kat bilik, memang aku akan amek sikit je.
Parents aku takde pon cakap pape, tapi aku segan nak amek banyak.
Sendiri pikir lah.
Pastu kalau beli barang2 toiletries pon amek yang jenama yang tak gah sangat gitu.
Contohnye di sini ialah syampu.
(Oh,oh kisah syampu nak start dah)
Aku slalu pilih syampu yang paling murah skali kalau pegi kedai.
Sampai aku pon tak hengat name apetah.
Asalkan murah je aku okay.
Asalkan syampu kan.
One day....
Syampu aku dah habes dipakai.
Aku bukan lah ngade2, tapi syampu tu macam barang wajib lah dalam bakul mandi tu.
Jadi aku tepon lah abah cakap syampu abes.
Nak dijadikan citer, aku tak bley balik for quite some time.
Aku tak ingat kenape.
Maybe ade event kot.
Jadi abah kena lah belikan dan tolong antakan syampu tu.

Esoknye abah datang bawak syampu dan barang makanan.
Owh, abah beli banyak barang makanan.
Contohnye maggi kari (ni barang wajib aku) dan kek apollo yang sedozen tu (yang ni aku tak pernah beli sebab aku takut mahal).
Terharu rasanye..betul sangat terharu.
Aku kan dulu cengeng sket, tros berair mata.
Dan syampu yang abah beli.
Syampu yang ade jenama!!!

(Mr G's pic)

Kaler hitam syampu dier.
Teruje aku dapat syampu tu.
Sangat2 teruje.
Itu first time aku rase aku pakai syampu best kat asrama.
Aku tak penah nak amek tau pasal hage dier.
Yang aku tau, benda tu sangat berharge sebab abah yang belikan.

Beruntung jadi anak abah!!!
Alhamdulillah~

Now....
No more syampu yang tah pape.
Aku pon dah dewase.
Family kami pon sekarang not like before, Alhamdulillah.

(Syampu baru kua bilik air)

Sebenanye citer syampu muncul sebab aku terharu dengan apa yang abah buat hari ni.
Then aku sedar, banyak sangat abah dah buat untuk aku.
Banyak sangat2, sampai my mind keeps going further back and finding more and more things about abah yang buat aku terharu.
I love my abah very2 much.

"Ya Allah, kau peliharakanlah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menjaga aku semasa kecil hingga aku yang sekarang. Amin"

Annyeong~
Salam~


Wednesday, September 4, 2013

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS

Salam~
Annyeong~

Pejam celik pejam celik.
Here we are in September again.
Maknanye dah tiga bulan aku menganggur.
Yer, sebenanye aku cuba taknak guna word tu.
Sebab aku rase cam siyes tak best.
Hurm..
Unemployed?
Huh, sama je, cuma di-bahasa-Inggeris-kan sahaja.

Siyesly, I need to really wake up when September ends.
Aku kena lebih..lebih..lebih..lebih berusaha untuk menjadi seorang pekerja.
Please don't be so choosy.
Sebab memang tak boleh sangat pon pilih kerja2 ni.
Berdasarkan pengalaman aku menjalani beberape intebiu di sana sini.
Mungkin tak seperti yang aku harapkan.
Tapi after this, I need to accept whatever option that comes.

Abah cakap, before grad ni takpela kalau aku nak buat perangai sket2.
Sebab biler lagi kan?
Kalau dah keje, kena fokus.
Tapi after grad, no more excuses!!
You must go out and explore the world.
Kalau tak carik keje pon.
Pegi carik menantu untuk abah.
Eh??

Not really in the mood right now.
Malam masih muda.
Niat di hati nak tengok citer Wreck-It-Ralph yang sangkanya sudah di record.
Sangkaan itu ternyata salah.
Sebab time abah ngah tengok berita tadi, abah ter-off-kan recording tu.
Result: No Wreck-It-Ralph for me.
For at least a week more.
Sebab tomorrow, I am going to Kerteh.
Anta kete kakcik and will stay a few days kat sana.
Takpelah...
Maksudnya malam ni criminal minds la.

Another reason for the mood swing.
Huh!!
Kesian orang2 yang tak bersalah.
Semua benda rase nak komplen.
Even pasal kes orang tadi pon jadi hal.
Oh, very sensitip me.
Memang lah aku tak hamburkan kat dier yang aku tak puas hati.
Tapi aku pegi tweet2 kan.
Haish2.
Salah time dier nak buat aku sakit hati.
Aku bukan nye baik sangat.
Trying to be baik, nice, and good people to people who do good things to me.
Dan juge to everyone yang ade kat muka bumi.
Yeyeah!!

Now, I want to have a date with Dr Reid.
Suka lah lelaki yang serba tahu macam dier.
Tak kesah lah nerdy ke ape ke.
Sebab I think guys who knows a lot of things are very2 cool.
*Smile wide wide


(Suka lelaki yang rambut serabut2 >.< )

Goodnight~
Annyeong~
Salam~



Saturday, January 26, 2013

5th DAY IN SEOUL~

Salam~
Annyeong~

It has been ages since the day we went to Seoul.
Truly, the feeling has been not fresh in my mind.
I almost forgetting the coldness, the tiredness, the excited feeling that i had been experiencing that day.
But to fulfill the mission to complete the entry.
I looked through the photos on our fifth day.
And gather the remainder of the feelings that left.
Hew~
Now, we can begin the journey to my sweet memory in Korea.
(Memanglah grammar tunggang langgang, tapi anda semua paham kan, =p)

4th APRIL

Ari tu kami plan nak melawat ibu pejabat our oppas.
SM, YG and JYP building.
Seperti biasa, malam before berangkat, masing2 dok sbuk Google macam mana nak pegi.
Yelah, kami kan tour guide kepada diri sendiri.
Makanye, semua kena begantung kepada diri sendiri.

Hari tu cerah je, takdelah macam semalam, berangin yang huuuuuuu~
Takde snow yang turun dari langit.
Tapi still the chill of the wind make us shiver under our spring attire yang tak berapa tebal tu.

Sebenanye, niat di hati nak cerita macam mana caranye nak ke building2 tu.
Tapi sekarang I kat rumah.
Buku journal perjalanan kami ada kat hostel.
So terpaksa lah tulis seringkas yang mungkin.
Nanti next entri insyaAllah, I just snap some of the pic from that book.
And make the entri as a wordless entri.
Pictures will tell more stories than a thousand words kan.
Oh, juga bergantung kepada keadaan wifi UM yang tak semengah itu.

Destinasi pertama ialah YG building.
Sebabnye stesen subway YG building lain daripada the other two companies.
Lagipon, YG yang paling senang nak carik compare dengan yang lain.
Jalan sekejap je dah boleh jumpa.
BIGBANG punya tempat ni.
And the hardcore VIP masa tu: Mira.
Aku baru je berkenalan ngan dokrang, takde lah suka cam sekarang.
(^__^)

(YG building, MIra is not in the pic hihi)

Depan YG building ni ada kedai ala2 7E tuh.
(Tak ingat nama apa)
Pastu beli Kimbap yg sedap sorang satu buat sarapan.
Lepastu sambung lagi perjalanan.
Naik Subway semula, then heading to SM.
SM jauh sikit perjalanan dia from the station.
Agak konpius jugak lah sebab rasa was2 betul ke tak jalan yang kitorang lalu.
Reason: sebab jalan jauh2 tapi tak sampai2.
Tapi bila je nampak Galleria (petanda), rasa yakin lah sikit.
SM ni tepi jalan je, takde lah susah sangat, tapi jauh.
SM ada Shinee.
Shinee punya fan: Sabb.
(^__^)

(SM building, Sabb is not in the pic)

Next destination is JYP building.
Nilah building paling susah sekali nak carik.
Kesian MIra sebab kaki dier sakit time ni.
Dah lah jalan back and forth jauh2 sebab tesalah jalan.
Tanya kat ahjushi lah, ahjumma lah, kat agasshi pon ada.
Akhirnya lepas bantuan beberapa orang yang baik hati.
Kami pon sampai kat JYP.
2PM is under JYP.
And the HOTTEST is me.
(^__^)

(JYP building, I am not in the pic)

Lepas masing2 melunaskan hajat.
Walaupon tak berkesempatan tengok dokrang.
Kami semua puas hati jugak lah.

Tak ingat lunch apa hari tu.
Tapi rasanya makan kimbap je.
Sebab kitorang jalan2 kat Apguejong carik kedai yang jual souvenir KPop.
Tapi tak jumpa.
Pastu carik kedai makan yang nampak macam boleh makan.
Tapi tak jumpa.
Akhirnya end up tak makan lunch.
Dok tepi2 kedai guna line tenet sebab nak Google pasal kedai2 yang jual souvenir tu.
Agak tak tentu arah jugak lah.

Haaaaa....
Teringat sesuatu, time ni kitorang gi carik farmasi nak beli bandage untuk Mira.
Bendeji = bandage.
Kitorang sebut macam ni.
Smapai sekarang asek ingat je.
Pastu nak pinjam gunting, konon2 nak cakap Korea.
Tapi tebalik plak, jadi ayat tu "gunting pinjam".
Direct translate.
Huhuhu...

Lepas abes pusing Apguejong, kitorang pon decide nak pegi tempat lain.
Nak pegi river cruise.
So decide nak naik cruise yang dekat 63 building.
Nak pegi 63 buiding tu, kena berenti kat stesen subway Daebang.
First time kitorang solat kat luar.
Solat kat tepi2 platform tu sebab matahari nak terbenam dah.
Apa yang tak best nye ialah masa nak amek wuduk.
Air sejuk sangat, plus toilet yang takde air kecuali kat sink, plus orang ramai yang nak guna toilet.
Tak selesa, tapi solat tu wajib.

From Daebang Station dah boleh nampak building tu.
Ingatkan macam dekat.
Tak terfikir langsung jarak sebena yang jauh.
Pastu, bila tanya kat sorang ahjusshi ni.
Dia siap cakap fifteen minutes walking distance.
Semangat jugak lah awal2 tu.
Tapi bila dah fifteen minutes berlalu, tapi jauuuuuuh lagi tempat tu.
Semua dah ilang mood sikit.
Tambah ngan lapa and sejuk.
Maybe we heard him wrong.
Instead of fifteen, it was fifty minutes taken to reach the building.
Jauh sangat, sejuk sangat, penat sangat.
Sampai2 plak tu, tak jumpa tempat yang ada cruise nye.
Building tu macam KLCC, ada mall and macam2 lagi tempat melawat.
Wax museum, aquaria, tower nak tengok pemandangan.
Tapi semuanya mahal, so tak jadilah jugak apa yang diplan.

(From here, we walked to the farthest building that u can see in the pic, sama macam jalan kaki UM-Mid Valley dah huhu)

Akhirnya decide nak balik carik tempat makan jelah.
Nak jalan kaki balik Daebang Station memang taklah kan.
So, kitorang naik teksi.
Nasib lah teksi tu ade free intepretor, sebab dier tak paham yang kitorang nak gi mana.
From Daebang, kitorang gi Itaewon sebab trase nak makan daging.
Kat situ je lah yang diketahui ada daging halal.
Kitorang makan kebab.
Although kat Korea, tapi ada kebab.

(Aku punya kebab lamb, kenyang sangat sampai kena bungkus bawak balik)

Pas makan kenyang2.
Kami pon balik ke Hong Guesthouse~
The perbelanjaan pon aku tak ingat.
Sebab semuanye dalam buku tu.
Later I update this entry and put the budget.

Need to sleep.
Esok nak kena tolong mak buat macam2.
Annyeong~
Salam~

(Pst2, this entry was made at 3am, so the words used are quite mamai-ing, sorry....)
(=_=")



Monday, November 5, 2012

4TH DAY IN SEOUL

Salam~
Annyeong~

Wahahaha..
Here is me again.
Typing about our Seoul trip again.
In this lovely blog again.
Harap2 kalaulah ade orang bace, kalaulah ade.
Please bear with my writing.
(Seriously, I googled sebab tak tahu nak tulis 'bare' or 'bear')
Asyik tulis pasal topic ni je kan.
Tapi selagi I don't complete the whole set of 5 days, tak boleh lah nak stop.
(^__^)

Kat belakang ni, my roomate tengah aja adik dier pasal embolism.
Tapi aku menaip pasal Korea and bende seronok.
So dah macam aku buat dua keje, blaja smbil main.
(Aku denga sekali dier aja adik dier hihi)

3 APRIL 2012
Hari ni kami merancang nak pulang ke istana kami.
Rindu rasa hati nak balik istana kami.
Ngada2 kan?
Uhuk, uhuk...
Kan ada banyak je palace kat Seoul ni.
So, kami bercadang nak pilih satu je.
Maybe setiap palace ade keunikan dia.
Tapi disebabkan penjimatan dan masa yang agak terhad.
Begitulah....

Hari ni luar biasa sejuk.
Biasa suhu sekitar 8-12 degree je.
Tapi hari ni 2 degree celcius.
Huiyoo..
Memang menggeletar abes lah dengan spring attire kami.
Tambah2 lagi dengan kasut basah sebab kena hujan semalam.
Kaki aku memang rase macam nak beku.
Hush..hush..hush..(bunyi sejuk)
So to start our journey on this cold day.
Kitorang pegi dapatkan bubur panas.

(Kitorang beli dua set, and share 4 orang)

Masa makan ni, ada side dishes yang rupa dier macam  daging.
Oh, memang daging rupanye.
Huhuhu..
Memandang dengan sayu je lah.
(Dah lah cakap kat ahjushi tu 'gogi sambil buat x with our hands')

On the way to the palace.
A very strong winds was blowing.
Together with the snow.
SNOW..yeah it is snowing in spring season.
Snow sebab kami ade kat Seoul.
So my first snow is in Seoul.
Hihi, excited gilos.
Although macam air batu yang di-blender jatuh dari langit je.
But still, it is snow kan.
(^__^)

(Can u see, can u see? hihi)

Dalam cuaca yang sejuk gilos tu kitorang continue journey pegi palace.
Nama palace tu Changdeokgung.
Kitorang pilih yang ni sebab dier ade Huwon aka Secret Garden.
Not Secret Garden as in Secret Garden punye drama.
Tapi Huwon untuk kami kerabat raja time Joseon bla3.

(Snow again..u see? =p)

(Pemandangan cam kat oversea kata mereka)


(Batu tanda palace)

Perlu ke nak citer pasal palace ni?
Tak payah lah kot, nanti korang Google sendiri ye.
Gamba dalam Huwon tak banyak sangat.
Secret kan, mana boleh expose2.
(Padahal kami freezing sampai x larat nak kua tangan nak amek gamba)

Pulang dari palace kami melawat pakcik batu kat Gwanghamun.
Pakcik ni dier kata 'selamat datang ke Seoul'.
(Ngarut, maafkan aku)

(Pak cik di seberang jalan)

(Taken by Korean police yang ahjusshi, sebenanye aim yang muda lagi hensem tapi tak sempat sebab tak berani, haha)

(Penutup lubang pon jadi)

Dah puas main2 kat dataran Gwanghamun ni, kitorang troskan perjalanan lagi.
Nak pegi Itaewon plak.
You can find the only masjid in Korea there.
Named Seoul Central Masjid.
Puaslah kitorang tanye mosque.
Rupa2nye dokrang panggil masjid.
Cute kan?
Hihi...
Masa nak carik ni terserempak ngan orang Malaysia.
Cam excited plak.
Sebab kat negara orang kan.
So perasaan dier lain sikit.
Kat Itaewon jugak boleh carik daging yang halal.
Itaewon ni cam tempat orang2 islam gak lah.
Akhirnye boleh makan gogi dengan rasa tak bersalah.
Lepas solat zohor jamak ngan asar kat masjid kitorang carik makanan.
Carik kedai yang ade tanda halal.
Then masuk dan makan.
Makan bibimbap dan bulgogi yang halal.
Seronok dapat makan daging.
(^__^)

(Kat depan Seoul Central Masjid)

(Makan kat Itaewon~ nyum nyum)

Kepenatan seharian berjalan dalam sejuk.
Tapi malam ni ade dating ngan junior sekolah Elly yang belaja kat Korea.
(Ahh..forgot his name)
Balik solat maghrib and Isyak pastu sambung jalan.
Jr Elly belanja makan Seafood Stemboat ade ddeobokki.
Best tengok student kat sini cakap Korea.
Hihi...
Kenyang sangat ari ni. 
Serious!
Then, dier bawak kitorang parti jalan2 kat Hongdae.
Kat Hongdae ni banyak pub.
Suasana dier cam jalan Bukit Bintang waktu malam.
Tapi much more pub lah.
Pas amek gamba sikit2 kitorang pon blah.
Jr Elly bawak kitorang kat tempat nak shopping plak.
Kat Doota Mall.
Ade dua kedai yang memang jual souvenir.
And dokrang reti cakap bahasa Malaysia sikit2.
Nampak sangat orang Malaysia..erm and Indonesia selalu datang sini.
Dah shopping sikit2 kitorang pon terpakse berpisah.
Thanks Jr Elly.
(^__^)

(Makan lagi..ni sangat sedap even kami dah kenyang)

(In front of the bar..haish)

(Nak pegi shopping)

(Doota mall..cantik kan?)

Hari ni balik sangat lambat.
Nasiblah Subway tak macam LRT Malaysia tutup awal.
Pukul 12 lebih pon still ade lagi.
Hari ni kami telah gunakan masa dengan sepenuh-penuhnye.
Penat dan sejuk cannot stops us.
Anyway..kami puas!
Seperti biasa..
Balik bilik, mandi dan bincang untuk perjalanan esok.
Hew, hew, hew...

Perbelanjaan hari ini
1. Kimbap: 1 200 W
2. Bubur: 4 000 W
3. Palace: 8 000 W
4. T-Money: 2 000 W
5. Makan kat Itaewon: 10 000 W
6. Roti kat Itaewon: 1 500 W
7. Souvenir: 43 000 W

Total: 69 700 W

That is all for today.
Esok tinggal sehari je lagi.
Journal kami di Seoul, Korea.
Annyeong~
Salam~

Friday, October 26, 2012

3RD DAY IN SEOUL~

Salam~
Annyeong~

Buat pengetahuan saudara saudari sekalian.
Esok adalah hari raya Aidil Adha.
Tapi aku masih di sini.
Sendirian di bilik di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah.
It is quite a sad thing to be alone.
(Kolej sangat sunyi..shuuuu~ -->bunyi angin)
But because of something erm somebody, saya sanggup!
(Will tell the story in next, double next entry ihik)

So here I am in front of the laptop.
Menaip untuk menghilangkan rase boring.
Menunggu malam tiba untuk start study dengan gigih sambil meroyan sikit2.
(Next week I got 3 tests)

Feeling Korea sebenanye hampir habis.
So sebelum feeling tu melabuhkan tirai, makanya aku ingin mengabadikan detik2 indah2 itu di blog ni.

2 April 2012
Mengikut perancangan kami yang telah dirancang malam semalam.
Arah tuju kami ialah Pulau Nami atau Nami Island atau Namison.
Sebelum bergerak naik subway, kami pergi makan kat cafe dulu.
Breakfast kat Cafe Bene.
I got myself yogurt waffle with a cup of cuppuchino.
(Tah guane eje air tu, maleh nak Google)

 
(Yogurt waffle..nom2)

(Cream waffle..yummy~)

(Cappuchino yang sangat2 foamy~..)

After makan, kami naik subway to Gapyeong Station.
Tak ingat macam mana nak gi Gapyeong.
Ada tulis, tapi tak paham, so tak bley lah nak share kat sini.
Yang pasti, kene naik subway, then turun kat Gapyeong Station.
Masa nak carik the right station tu, kitorang tanye kat ahjumma kat kedai kat subway tu.
Dokrang ni kurang fasih nak interact in English.
So our conversation involved many body languages.
(Dan, buku tour guide itu sangat membantu)

Lepas sampai Gapyeong, memang akan ade teksi banyak2 tunggu kat luar tu.
Then kitorang naik teksi, cakap nak pegi Namison.
Pakcik teksi sangatlah ramah.
Huhu.
Namison tu takde lah jauh sangat from Gapyeong Station.
(Maksud saya, jeti nak pegi Nami ye kawan2)
Maka, tambang pon tak mahal sangat.

(Gapyeong Station..ni time nak balik, ujan sikit) 

(In the taxi~)

Nami Island ni dokrang cakap Republic of Nami.
Sebab kami tak baca sangat, so tak tau knape Republic.
Suka2 hati mereka mungkin.
(^_^)
 Naik feri, dan pelayaran yang singkat pon bermula.
Sangat2 seronok main2 kat Nami.
Cannot be told with words.
Tengok gamba je lah.
Hihi..

(Entrance to Republic of Naminara)

(Jalur Gemilang in South Korea)

(In the ferry..)

(Meninggalkan kesan penjajahan)

(Nami mungkin tertulis di situ)

(Oh, kami dah tutup map Nami Island)


(Couple bike~...best!)

(Another couple on another bike..huhu)

Dah penat main2 kat sini.
Oh, Nami ni feymes ngan movie Winter Sonata.
Ade scene Winter Sonata dier shoot kat sini.
Perjalanan pulang ke Seoul ditemani hujan yang renyai.
Sangat lah sejuknye.
Missing the coldness...
Huuuu~

(Minum kopi panas kat Gapyeong Station)

Takkan nak jalan satu tempat je kan.
Lepas jalan kat Nami.
Kami sambung perjalanan naik subway sampai ke Insadong.
Sempat beli payung lutsinar polka dot kat stesen subway.
(^_^)
Dengan berbekalkan perut yang lapar.
Pusing2 kat Insadong carik kedai makan.
Sebab we are Muslims and gogi ammogo so agak payahlah nak carik.
Ade satu kedai ni, kitorang masuk.
Tapi dier punye menu cam sumer daging and some other stuffs yang dokrang tak reti nak explain kat kitorang.
Jadi terpaksalah kami keluar.
Sebab rasa was2 yang menebal.
Jalan2 pusing2.
Ade sorang ahjumma ni panggil masuk kedai dier.
Dah lah ujan and sejuk, so kami pon masuk jelah.
Sumer muke cam tak best.
Tapi pas makanan sampai teros berseri-seri.
Huhu...

(Polka dots umbrella in Insadong)

(Our dinner!! seafood ddeokbokki)

Kat Insadong tu kitorang beli Royal Biscuits.
Sedap, tapi takde gamba.
Orang yang jual mende tu cakap bahasa malaysia.
Huhu...
Klaka bile dokrang cakap.
"Saya cinta kamu".
Memang "I love u" is always the words connecting people around the world kan.
(^_^)

Akhirnya masa untuk pulang ke Guesthouse.
Tapi sebab keadaan malam yang hujan tu, kami lupa jalan nak pegi subway station.
Masa ngah berusaha nak carik jalan tu.
Kitorang nak try tanye sorang ahjumma.
Mula2 ahjumma tu maybe takut ngan kitorang.
Tapi lepas je kitorang cakap "choggio" [means excuse me in Korean] tros dier berenti.
Huhuhu...
Rase terharu sebab dier cube sedaya upaya tunjuk kat kitorang jalan.
Tapi tak paham, so lastly kami naik subway kat stesen Anguk which is the nearest station from there.
Masa datang tadi kitorang turun kat Insadong Station.

Penat~
The whole day kitorang exploring and jalan2.
Before tidur, seperti biase kitorang plan for the next day schedule.
(^__^)

My budget on my 2nd day
1. Cafe Bene: 7 900 W
2. Taxi Nami: 1 300 W
3. Nami (ferry and entrance fee): 8 000 W
4. Jagung bakar kat Nami: 1 500 W
5. Couple bike: 3 000 W
6. T-Money: 5 000 W
7. Payung polka dots: 3 000 W
8. Ddeobokki: 9 000 W
9. Royal biscuits: 17 000 W

Total: 55 700 W

Untuk 1st and 2nd day, kami jamak solat zohor and asar.
Balik Guesthouse solat, pastu baru sambung jalan petang tu.
Pastu balik malam, jamak solat maghrib and isyak kat guesthouse jugak.
Guesthouse tu punye tempat agak strategic.
Tulah senang nak balik solat.
(^_^)

That's all for our 2nd day.
Annyeong~
Salam~