Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

MY DAY OUT WITH MYSELF..

Salam~
Annyeong~

Tak tahulah apa kejadahnye  yang dah merasuk diri aku.
Tibe2 terasa macam nak having a date with myself.
Aku selalunya tak suka jalan sorang2.
Reason: sebab aku suka bercakap.
Aku suka bercerita.
Walaupon takde cerita yang nak diceritakan, tapi akan ada juga.
Tapi entah macam mana pulak tibe2 je rase nak tengok movie sorang2.
Mungkinkan diinspirasikan oleh coursemate-ku (Amir)?
Atau mungkinkah aku berada di tebing dan hampir jatuh ke dalam jurang "hashtag: foreveralone".
(Padahal bole je kan nak taip #foreveralone) (=_=')
Huish3....
Aku sedang berpaut dengan gigih supaya pakcik foreveralone yang selalu muncul kat fb tu tak  berjaya bawak aku ke alam dia.
Jadi aku pon bertindak menghebohkan my desire to watch movie.
Setelah aku menguar-uarkan berita keinginan aku menonton wayang sorang.
(Saja nak pancing, ada tak orang nak teman aku)
Hasilnya...
Rancangan aku nak tengok wayang sengsorang that Wednesday dibunuh oleh cik Hannah.
Aku pon terasa gembira sikit sebab ade juge orang yang free.
Boleh lah jadi teman berbicara sepanjang date kami nanti.
Hewhewhew...

Makanya tibalah hari Rabu.
Tapi tibe2 cik Hannah LINE aku.
Katanye ada kelas sampai petang.
So tak boleh kua.
Jadi........

Aku kembali ke titik asal.
"Takpelah, memang plan nak tengok sorang pon kan"
Aku berbisik kepada diri sendiri secara senyap.
Secara tiba2 juga mak dan kakcik memberi cadangan.
"Ati takyah drive lah, nanti mak nak gi beli barang kat bandar, pastu amek Ati sekali"
Selepas berfikir berjenak-jenak, aku pon decide not to drive.

Pukul 4 petang aku keluar rumah.
Kakcik anta aku kat bus stop.
Dan malang memang tidak berbau.
Bas tidak kelihatan lansung.
So, i take a cab to the ECM.
Dan lagi, menurut abanyi, tambang teksi ke ECM sepatutnye ialah RM5 je.
Tapi that uncle taxi made me pay double that price.
Oh, manalah aku tau, aku jarang sangat balik Kuantan, then naik teksi pi bandar.
Hurm....
Takpalah, dah rezeki pakcik tu.
Tapi pakcik, saya berharap pakcik tidak berbuat sedemikian kepada penumpang2 pakcik yang lain.
Kasihanilah mereka.
Mungkin RM5 itu mereka boleh gunakan untuk mengisi perut yang lapar.
Sobs~

Sampai je ECM, aku teros attack GSC.
Naseb baik aku attack pakai duit je.
Saya takde lesen pistol, senapang mahupon senjata2 yang seangkatan dengannye.
Melalui pembayaran sebanyak RM13.
Terahasillah ini.

(Hansel and Gretel: Witch Hunter)

Cerita ni 18 ye kawan2.
Betapa tabahnye saya menonton cerita ganaih secara berseorangan.
Keganasan ditambah lagi apabila I am the only person in the row.
Maybe sebab citer ni dah lama tayang, so tak ramai dah kelibat manusia yang nak sama2 join aku nonton.
Barisan F ada sorang je (thats me).
Barisan depan2, nobody.
Huahuahua....

Sementara menunggu lampu nombor bilik kuliah hall nyala.
Aku gi bershopping kat Carrefour.
Shopping kah?
Huhuhu...
Aku beli milo sepeket. (Yang 6 kotak tu)
Pastu beli cadbury Chocettes. (Eh, camni ke eje dier?)
Makanan untuk diseludup ke dalam wayang GSC. 
Before tu singgah Watson beli deodoran ngan compact powder.
Motif beli: sesaje sebab rase nak beli.
(=_=")

Selepas menonton ngan penuh thriller nye.
(Best citer dier, tambah plak ngan effect 3D, wah3)
Aku teringat nak beli hadiah untuk wedding member aku.
Wuwuwuwu, member skolah rendah aku dah kawen dah.
She is one of my closest friend jugakla.
Sebab tu bahang/aura dier lebih sikit.
Nak pegi curik sikit this Sunday.
Ngieh3...
Okay, sambung teringat nak beli hadiah.
Aku pon pergi masok kedai2 yang jual hadiah comel2.
The Store pon tak terkecuali.
Lastly, I bought these presents~
(Pinky items)

Kenapakah semuanya berwarna pink?
Aku pon tak tahu.
Even buku pon warna pink.
Plastik pon perlu pink.
Tak apalah...
Yang penting ikhlas (Ni mak yang kata)
(^__^)

Dah penat berpusing-pusing.
Perut mintak di isi.
Nak makan KFC, tapi rase cam tak best.
Tibe2 nampak Hot N Roll cam sedap.
Tahniah kepada kakak Hot N Roll kerana berjaya menarik seorang pelanggan ke kedai anda.
I ordered black pepper beef, and minum Milo kotak yang dibeli di Carrefour tadi.
Kenyang jugaklah...

Lepastu...
Kerana keadaan kaki yang sudah letih serta otak yang penat serta pening.
Konon2 nye nak merebahkan diri di surau wanita.
Malang sekali lagi menunjukkan kehebatan beliau yang tidak mengeluarkan bau.
Surau lelaki is under renovation.
So the guys need to solat kat surau perempuan.
Aku tengok laki berbaris kat luar surau je.
Teros rase tak sampai hati nak menyempitkan surau yang sepatutnye luas kalau tak combine ngan lelaki tu.
Aku pon bertindak mencari kerusi di ruang legar ECM.
Kerusi memang empuk.
Tetapi ketiadaan penyandar membuatkan letih yang bernilai 100% berkurang ke 65% sahaja.
Bila bukak handphone, wifi ECM berjaya dikesan.
Apabila berjaya membuka twitter serta Foursquare, letih berkurang ke 40%.
Magiknye~.....
(0_0)

Sambil bertwitter, aku pon menunggu mak, kakcik, abanyi dan hakeem datang.
Bila handphone bernyanyi "I love U, baby, I'm not a monster", tandanya mereka dah sampai.
Teman mak shopping barang2 dapur.
Dan kemudian kakcik offer aku drive Neo.
Kalau ikot hati, memang nak.
Hati kata: bila lagi nak try? 
Tapi kepala aku yang pening menidakkan.
Sambil bagi alasan: tadi kan dah drive pergi kedai, okaylah tu.
Aku pon ikot kepala, sebab pening sangat,
Tak larat~

Okay......
Bila dah jumpa dokrang tak de dah lah date with myself kan.
Makanya.
Tamatlah.......
(^___^)

Annyeong~
Salam~


Saturday, January 26, 2013

5th DAY IN SEOUL~

Salam~
Annyeong~

It has been ages since the day we went to Seoul.
Truly, the feeling has been not fresh in my mind.
I almost forgetting the coldness, the tiredness, the excited feeling that i had been experiencing that day.
But to fulfill the mission to complete the entry.
I looked through the photos on our fifth day.
And gather the remainder of the feelings that left.
Hew~
Now, we can begin the journey to my sweet memory in Korea.
(Memanglah grammar tunggang langgang, tapi anda semua paham kan, =p)

4th APRIL

Ari tu kami plan nak melawat ibu pejabat our oppas.
SM, YG and JYP building.
Seperti biasa, malam before berangkat, masing2 dok sbuk Google macam mana nak pegi.
Yelah, kami kan tour guide kepada diri sendiri.
Makanye, semua kena begantung kepada diri sendiri.

Hari tu cerah je, takdelah macam semalam, berangin yang huuuuuuu~
Takde snow yang turun dari langit.
Tapi still the chill of the wind make us shiver under our spring attire yang tak berapa tebal tu.

Sebenanye, niat di hati nak cerita macam mana caranye nak ke building2 tu.
Tapi sekarang I kat rumah.
Buku journal perjalanan kami ada kat hostel.
So terpaksa lah tulis seringkas yang mungkin.
Nanti next entri insyaAllah, I just snap some of the pic from that book.
And make the entri as a wordless entri.
Pictures will tell more stories than a thousand words kan.
Oh, juga bergantung kepada keadaan wifi UM yang tak semengah itu.

Destinasi pertama ialah YG building.
Sebabnye stesen subway YG building lain daripada the other two companies.
Lagipon, YG yang paling senang nak carik compare dengan yang lain.
Jalan sekejap je dah boleh jumpa.
BIGBANG punya tempat ni.
And the hardcore VIP masa tu: Mira.
Aku baru je berkenalan ngan dokrang, takde lah suka cam sekarang.
(^__^)

(YG building, MIra is not in the pic hihi)

Depan YG building ni ada kedai ala2 7E tuh.
(Tak ingat nama apa)
Pastu beli Kimbap yg sedap sorang satu buat sarapan.
Lepastu sambung lagi perjalanan.
Naik Subway semula, then heading to SM.
SM jauh sikit perjalanan dia from the station.
Agak konpius jugak lah sebab rasa was2 betul ke tak jalan yang kitorang lalu.
Reason: sebab jalan jauh2 tapi tak sampai2.
Tapi bila je nampak Galleria (petanda), rasa yakin lah sikit.
SM ni tepi jalan je, takde lah susah sangat, tapi jauh.
SM ada Shinee.
Shinee punya fan: Sabb.
(^__^)

(SM building, Sabb is not in the pic)

Next destination is JYP building.
Nilah building paling susah sekali nak carik.
Kesian MIra sebab kaki dier sakit time ni.
Dah lah jalan back and forth jauh2 sebab tesalah jalan.
Tanya kat ahjushi lah, ahjumma lah, kat agasshi pon ada.
Akhirnya lepas bantuan beberapa orang yang baik hati.
Kami pon sampai kat JYP.
2PM is under JYP.
And the HOTTEST is me.
(^__^)

(JYP building, I am not in the pic)

Lepas masing2 melunaskan hajat.
Walaupon tak berkesempatan tengok dokrang.
Kami semua puas hati jugak lah.

Tak ingat lunch apa hari tu.
Tapi rasanya makan kimbap je.
Sebab kitorang jalan2 kat Apguejong carik kedai yang jual souvenir KPop.
Tapi tak jumpa.
Pastu carik kedai makan yang nampak macam boleh makan.
Tapi tak jumpa.
Akhirnya end up tak makan lunch.
Dok tepi2 kedai guna line tenet sebab nak Google pasal kedai2 yang jual souvenir tu.
Agak tak tentu arah jugak lah.

Haaaaa....
Teringat sesuatu, time ni kitorang gi carik farmasi nak beli bandage untuk Mira.
Bendeji = bandage.
Kitorang sebut macam ni.
Smapai sekarang asek ingat je.
Pastu nak pinjam gunting, konon2 nak cakap Korea.
Tapi tebalik plak, jadi ayat tu "gunting pinjam".
Direct translate.
Huhuhu...

Lepas abes pusing Apguejong, kitorang pon decide nak pegi tempat lain.
Nak pegi river cruise.
So decide nak naik cruise yang dekat 63 building.
Nak pegi 63 buiding tu, kena berenti kat stesen subway Daebang.
First time kitorang solat kat luar.
Solat kat tepi2 platform tu sebab matahari nak terbenam dah.
Apa yang tak best nye ialah masa nak amek wuduk.
Air sejuk sangat, plus toilet yang takde air kecuali kat sink, plus orang ramai yang nak guna toilet.
Tak selesa, tapi solat tu wajib.

From Daebang Station dah boleh nampak building tu.
Ingatkan macam dekat.
Tak terfikir langsung jarak sebena yang jauh.
Pastu, bila tanya kat sorang ahjusshi ni.
Dia siap cakap fifteen minutes walking distance.
Semangat jugak lah awal2 tu.
Tapi bila dah fifteen minutes berlalu, tapi jauuuuuuh lagi tempat tu.
Semua dah ilang mood sikit.
Tambah ngan lapa and sejuk.
Maybe we heard him wrong.
Instead of fifteen, it was fifty minutes taken to reach the building.
Jauh sangat, sejuk sangat, penat sangat.
Sampai2 plak tu, tak jumpa tempat yang ada cruise nye.
Building tu macam KLCC, ada mall and macam2 lagi tempat melawat.
Wax museum, aquaria, tower nak tengok pemandangan.
Tapi semuanya mahal, so tak jadilah jugak apa yang diplan.

(From here, we walked to the farthest building that u can see in the pic, sama macam jalan kaki UM-Mid Valley dah huhu)

Akhirnya decide nak balik carik tempat makan jelah.
Nak jalan kaki balik Daebang Station memang taklah kan.
So, kitorang naik teksi.
Nasib lah teksi tu ade free intepretor, sebab dier tak paham yang kitorang nak gi mana.
From Daebang, kitorang gi Itaewon sebab trase nak makan daging.
Kat situ je lah yang diketahui ada daging halal.
Kitorang makan kebab.
Although kat Korea, tapi ada kebab.

(Aku punya kebab lamb, kenyang sangat sampai kena bungkus bawak balik)

Pas makan kenyang2.
Kami pon balik ke Hong Guesthouse~
The perbelanjaan pon aku tak ingat.
Sebab semuanye dalam buku tu.
Later I update this entry and put the budget.

Need to sleep.
Esok nak kena tolong mak buat macam2.
Annyeong~
Salam~

(Pst2, this entry was made at 3am, so the words used are quite mamai-ing, sorry....)
(=_=")



Monday, November 5, 2012

4TH DAY IN SEOUL

Salam~
Annyeong~

Wahahaha..
Here is me again.
Typing about our Seoul trip again.
In this lovely blog again.
Harap2 kalaulah ade orang bace, kalaulah ade.
Please bear with my writing.
(Seriously, I googled sebab tak tahu nak tulis 'bare' or 'bear')
Asyik tulis pasal topic ni je kan.
Tapi selagi I don't complete the whole set of 5 days, tak boleh lah nak stop.
(^__^)

Kat belakang ni, my roomate tengah aja adik dier pasal embolism.
Tapi aku menaip pasal Korea and bende seronok.
So dah macam aku buat dua keje, blaja smbil main.
(Aku denga sekali dier aja adik dier hihi)

3 APRIL 2012
Hari ni kami merancang nak pulang ke istana kami.
Rindu rasa hati nak balik istana kami.
Ngada2 kan?
Uhuk, uhuk...
Kan ada banyak je palace kat Seoul ni.
So, kami bercadang nak pilih satu je.
Maybe setiap palace ade keunikan dia.
Tapi disebabkan penjimatan dan masa yang agak terhad.
Begitulah....

Hari ni luar biasa sejuk.
Biasa suhu sekitar 8-12 degree je.
Tapi hari ni 2 degree celcius.
Huiyoo..
Memang menggeletar abes lah dengan spring attire kami.
Tambah2 lagi dengan kasut basah sebab kena hujan semalam.
Kaki aku memang rase macam nak beku.
Hush..hush..hush..(bunyi sejuk)
So to start our journey on this cold day.
Kitorang pegi dapatkan bubur panas.

(Kitorang beli dua set, and share 4 orang)

Masa makan ni, ada side dishes yang rupa dier macam  daging.
Oh, memang daging rupanye.
Huhuhu..
Memandang dengan sayu je lah.
(Dah lah cakap kat ahjushi tu 'gogi sambil buat x with our hands')

On the way to the palace.
A very strong winds was blowing.
Together with the snow.
SNOW..yeah it is snowing in spring season.
Snow sebab kami ade kat Seoul.
So my first snow is in Seoul.
Hihi, excited gilos.
Although macam air batu yang di-blender jatuh dari langit je.
But still, it is snow kan.
(^__^)

(Can u see, can u see? hihi)

Dalam cuaca yang sejuk gilos tu kitorang continue journey pegi palace.
Nama palace tu Changdeokgung.
Kitorang pilih yang ni sebab dier ade Huwon aka Secret Garden.
Not Secret Garden as in Secret Garden punye drama.
Tapi Huwon untuk kami kerabat raja time Joseon bla3.

(Snow again..u see? =p)

(Pemandangan cam kat oversea kata mereka)


(Batu tanda palace)

Perlu ke nak citer pasal palace ni?
Tak payah lah kot, nanti korang Google sendiri ye.
Gamba dalam Huwon tak banyak sangat.
Secret kan, mana boleh expose2.
(Padahal kami freezing sampai x larat nak kua tangan nak amek gamba)

Pulang dari palace kami melawat pakcik batu kat Gwanghamun.
Pakcik ni dier kata 'selamat datang ke Seoul'.
(Ngarut, maafkan aku)

(Pak cik di seberang jalan)

(Taken by Korean police yang ahjusshi, sebenanye aim yang muda lagi hensem tapi tak sempat sebab tak berani, haha)

(Penutup lubang pon jadi)

Dah puas main2 kat dataran Gwanghamun ni, kitorang troskan perjalanan lagi.
Nak pegi Itaewon plak.
You can find the only masjid in Korea there.
Named Seoul Central Masjid.
Puaslah kitorang tanye mosque.
Rupa2nye dokrang panggil masjid.
Cute kan?
Hihi...
Masa nak carik ni terserempak ngan orang Malaysia.
Cam excited plak.
Sebab kat negara orang kan.
So perasaan dier lain sikit.
Kat Itaewon jugak boleh carik daging yang halal.
Itaewon ni cam tempat orang2 islam gak lah.
Akhirnye boleh makan gogi dengan rasa tak bersalah.
Lepas solat zohor jamak ngan asar kat masjid kitorang carik makanan.
Carik kedai yang ade tanda halal.
Then masuk dan makan.
Makan bibimbap dan bulgogi yang halal.
Seronok dapat makan daging.
(^__^)

(Kat depan Seoul Central Masjid)

(Makan kat Itaewon~ nyum nyum)

Kepenatan seharian berjalan dalam sejuk.
Tapi malam ni ade dating ngan junior sekolah Elly yang belaja kat Korea.
(Ahh..forgot his name)
Balik solat maghrib and Isyak pastu sambung jalan.
Jr Elly belanja makan Seafood Stemboat ade ddeobokki.
Best tengok student kat sini cakap Korea.
Hihi...
Kenyang sangat ari ni. 
Serious!
Then, dier bawak kitorang parti jalan2 kat Hongdae.
Kat Hongdae ni banyak pub.
Suasana dier cam jalan Bukit Bintang waktu malam.
Tapi much more pub lah.
Pas amek gamba sikit2 kitorang pon blah.
Jr Elly bawak kitorang kat tempat nak shopping plak.
Kat Doota Mall.
Ade dua kedai yang memang jual souvenir.
And dokrang reti cakap bahasa Malaysia sikit2.
Nampak sangat orang Malaysia..erm and Indonesia selalu datang sini.
Dah shopping sikit2 kitorang pon terpakse berpisah.
Thanks Jr Elly.
(^__^)

(Makan lagi..ni sangat sedap even kami dah kenyang)

(In front of the bar..haish)

(Nak pegi shopping)

(Doota mall..cantik kan?)

Hari ni balik sangat lambat.
Nasiblah Subway tak macam LRT Malaysia tutup awal.
Pukul 12 lebih pon still ade lagi.
Hari ni kami telah gunakan masa dengan sepenuh-penuhnye.
Penat dan sejuk cannot stops us.
Anyway..kami puas!
Seperti biasa..
Balik bilik, mandi dan bincang untuk perjalanan esok.
Hew, hew, hew...

Perbelanjaan hari ini
1. Kimbap: 1 200 W
2. Bubur: 4 000 W
3. Palace: 8 000 W
4. T-Money: 2 000 W
5. Makan kat Itaewon: 10 000 W
6. Roti kat Itaewon: 1 500 W
7. Souvenir: 43 000 W

Total: 69 700 W

That is all for today.
Esok tinggal sehari je lagi.
Journal kami di Seoul, Korea.
Annyeong~
Salam~

Friday, October 26, 2012

3RD DAY IN SEOUL~

Salam~
Annyeong~

Buat pengetahuan saudara saudari sekalian.
Esok adalah hari raya Aidil Adha.
Tapi aku masih di sini.
Sendirian di bilik di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah.
It is quite a sad thing to be alone.
(Kolej sangat sunyi..shuuuu~ -->bunyi angin)
But because of something erm somebody, saya sanggup!
(Will tell the story in next, double next entry ihik)

So here I am in front of the laptop.
Menaip untuk menghilangkan rase boring.
Menunggu malam tiba untuk start study dengan gigih sambil meroyan sikit2.
(Next week I got 3 tests)

Feeling Korea sebenanye hampir habis.
So sebelum feeling tu melabuhkan tirai, makanya aku ingin mengabadikan detik2 indah2 itu di blog ni.

2 April 2012
Mengikut perancangan kami yang telah dirancang malam semalam.
Arah tuju kami ialah Pulau Nami atau Nami Island atau Namison.
Sebelum bergerak naik subway, kami pergi makan kat cafe dulu.
Breakfast kat Cafe Bene.
I got myself yogurt waffle with a cup of cuppuchino.
(Tah guane eje air tu, maleh nak Google)

 
(Yogurt waffle..nom2)

(Cream waffle..yummy~)

(Cappuchino yang sangat2 foamy~..)

After makan, kami naik subway to Gapyeong Station.
Tak ingat macam mana nak gi Gapyeong.
Ada tulis, tapi tak paham, so tak bley lah nak share kat sini.
Yang pasti, kene naik subway, then turun kat Gapyeong Station.
Masa nak carik the right station tu, kitorang tanye kat ahjumma kat kedai kat subway tu.
Dokrang ni kurang fasih nak interact in English.
So our conversation involved many body languages.
(Dan, buku tour guide itu sangat membantu)

Lepas sampai Gapyeong, memang akan ade teksi banyak2 tunggu kat luar tu.
Then kitorang naik teksi, cakap nak pegi Namison.
Pakcik teksi sangatlah ramah.
Huhu.
Namison tu takde lah jauh sangat from Gapyeong Station.
(Maksud saya, jeti nak pegi Nami ye kawan2)
Maka, tambang pon tak mahal sangat.

(Gapyeong Station..ni time nak balik, ujan sikit) 

(In the taxi~)

Nami Island ni dokrang cakap Republic of Nami.
Sebab kami tak baca sangat, so tak tau knape Republic.
Suka2 hati mereka mungkin.
(^_^)
 Naik feri, dan pelayaran yang singkat pon bermula.
Sangat2 seronok main2 kat Nami.
Cannot be told with words.
Tengok gamba je lah.
Hihi..

(Entrance to Republic of Naminara)

(Jalur Gemilang in South Korea)

(In the ferry..)

(Meninggalkan kesan penjajahan)

(Nami mungkin tertulis di situ)

(Oh, kami dah tutup map Nami Island)


(Couple bike~...best!)

(Another couple on another bike..huhu)

Dah penat main2 kat sini.
Oh, Nami ni feymes ngan movie Winter Sonata.
Ade scene Winter Sonata dier shoot kat sini.
Perjalanan pulang ke Seoul ditemani hujan yang renyai.
Sangat lah sejuknye.
Missing the coldness...
Huuuu~

(Minum kopi panas kat Gapyeong Station)

Takkan nak jalan satu tempat je kan.
Lepas jalan kat Nami.
Kami sambung perjalanan naik subway sampai ke Insadong.
Sempat beli payung lutsinar polka dot kat stesen subway.
(^_^)
Dengan berbekalkan perut yang lapar.
Pusing2 kat Insadong carik kedai makan.
Sebab we are Muslims and gogi ammogo so agak payahlah nak carik.
Ade satu kedai ni, kitorang masuk.
Tapi dier punye menu cam sumer daging and some other stuffs yang dokrang tak reti nak explain kat kitorang.
Jadi terpaksalah kami keluar.
Sebab rasa was2 yang menebal.
Jalan2 pusing2.
Ade sorang ahjumma ni panggil masuk kedai dier.
Dah lah ujan and sejuk, so kami pon masuk jelah.
Sumer muke cam tak best.
Tapi pas makanan sampai teros berseri-seri.
Huhu...

(Polka dots umbrella in Insadong)

(Our dinner!! seafood ddeokbokki)

Kat Insadong tu kitorang beli Royal Biscuits.
Sedap, tapi takde gamba.
Orang yang jual mende tu cakap bahasa malaysia.
Huhu...
Klaka bile dokrang cakap.
"Saya cinta kamu".
Memang "I love u" is always the words connecting people around the world kan.
(^_^)

Akhirnya masa untuk pulang ke Guesthouse.
Tapi sebab keadaan malam yang hujan tu, kami lupa jalan nak pegi subway station.
Masa ngah berusaha nak carik jalan tu.
Kitorang nak try tanye sorang ahjumma.
Mula2 ahjumma tu maybe takut ngan kitorang.
Tapi lepas je kitorang cakap "choggio" [means excuse me in Korean] tros dier berenti.
Huhuhu...
Rase terharu sebab dier cube sedaya upaya tunjuk kat kitorang jalan.
Tapi tak paham, so lastly kami naik subway kat stesen Anguk which is the nearest station from there.
Masa datang tadi kitorang turun kat Insadong Station.

Penat~
The whole day kitorang exploring and jalan2.
Before tidur, seperti biase kitorang plan for the next day schedule.
(^__^)

My budget on my 2nd day
1. Cafe Bene: 7 900 W
2. Taxi Nami: 1 300 W
3. Nami (ferry and entrance fee): 8 000 W
4. Jagung bakar kat Nami: 1 500 W
5. Couple bike: 3 000 W
6. T-Money: 5 000 W
7. Payung polka dots: 3 000 W
8. Ddeobokki: 9 000 W
9. Royal biscuits: 17 000 W

Total: 55 700 W

Untuk 1st and 2nd day, kami jamak solat zohor and asar.
Balik Guesthouse solat, pastu baru sambung jalan petang tu.
Pastu balik malam, jamak solat maghrib and isyak kat guesthouse jugak.
Guesthouse tu punye tempat agak strategic.
Tulah senang nak balik solat.
(^_^)

That's all for our 2nd day.
Annyeong~
Salam~


Sunday, October 21, 2012

MISSING THAT MOMENT -HARI KEDUA

Salam~
Annyeong~

Uhuk, uhuk....
Dah berhabuk dah blog ni, sawang merata-rata.
Dah lama rasenye tuan dier tak datang melawat.
Setelah berbulan-bulan lamenye tak update kat sini.
Hari ni tergerak hati nak menaip banyak2.
(Eh, wifi petang ni boleh tahan lah)

Sebenanye banyak perkara yang boleh diceritakan.
Other than my Seoul Moment story.
Tapi sebab rase macam tak nak bagi that precious time to just fade away.
I need to abadikan that story here.
Nanti bile rase dah macam terlupe sikit2. bolehlah refresh kat sini.

(Sambungan~)
1 April 2012
Mandi air sejuk sebab aku orang first yang bangun.
Tak reti nak on heater sebab tulisan Korea.
(Sadiskan, sejuk giler2 air tu)
After semua orang dah siap2, we went to 7-11-liked shop to buy T-money.
(T-money ni kad yang macam touch n go card)
Zurien yang tolong belikan sebab kitorang sumer tak reti.
Pastu Zurien tolong tahankan bas, then kitorang naik bas pegi stesen subway.
Oh, lupe nak cakap, kitorang nak pegi Hong Guesthouse ni.
Sampai kat subway station tapi tak tahu nak naik subway kat mane.
So dengan berbekalkan buku tour guidance yang aku beli tu, kitorang tanye kat sorang ahjusshi ni macam mane nak pegi stesen subway.
Dier tak paham kitorang cakap ape, so tunjuk je lah ape yang kitorang nak dalam buku tu.
Suruh dier baca sendiri.
(Yeah, this was a very new experience to communicate with a Korean people)

(Depan rumah Zurien before berangkat)

(Dekat stesen subway Juan kat Incheon)

Gesthouse kitorang tu dekat Jongno-5(O)-Ga (J5G).
Biler dah sampai stesen tu, ambil exit 4.
Jalan sampai jumpe satu farmasi.
(Bulat, F atas huruf L baring terbalik)
Tu simbol farmasi untuk aku hafal.
Sampai sekarang still alert lagi kalau jumpe tulisan Korea tulis farmasi, hihi.
Take a left turn sampai jumpe first junction yang kecik then make another left turn.
Jalan terus sampai jumpa Hing Guesthouse on your right.
Takde lah besa sangat simbol nye.
Tapi yang pasti you wont missed it lah.
Owner dier orang Inggeris.
And he is soooo nice.
Dier siap bagi kitorang map and tunjuk kat kitorang mane tempat yang best nak jalan.
Bilik yang kitorang book tu ade dua katil double decker.
(Tapi kitorang share tidur kat bawah je, sebab katil dier besar and bley share heat hehe)

(Baru sampai kat Jongno-O(5)-Ga)

Dah siap kemas2 barang semua, kami pon bergerak keluar lagi.
First mission ialah MAKAN.
(^_^)
Dari J5G pegi Myeongdong.
Sebab tak reti baca menu so kitorang carik kedai yang ade tulisan english.
Dan akhirnye berjaya, dan seafood adelah menu yang consumable.
{Kalau makan daging tak halal, sebab dier tak sembelih)

 (Myeongdong station)

(Makan di Omuto Dining, Japan fusion restaurant) 

(My first Korean meal, erm, japanese fusion Korean meal kot hihi)

Burp..
Haish, tak senonoh betul.
Kekenyangan dah semua orang.
(Reality: aku tengah lapa ni..sobs)
Panjat bukit time.
Looking for the famous N-Tower.
Tak ingat lah ade tanye orang ke tak.
Tapi rasenye we just follow our intuition and climb the not too high hill.
Pastu naik cable car sebab penat lah nak panjat bukit lagi.
Dan akhirnye sampailah di Namsan Tower tersebut.
(^_^)

(Mendaki!)

(We can already see the N-Tower from here)

(The famous N-Tower)

(Masing2 busy amek gamba ^^)

(Teddy Bear Museum kat N-Tower)

(Seoul!!!)


(Love locks?...hurm)

Dah penat main2 atas tu so kena lah pulang pulak.
Exhausted~
Tapi on the way balik guesthouse (gh), singgah shopping sikit.
Beli barang2 yang patut dekat Myeongdong night market.
Bought myself kentang putar2, makan sambil jalan2, hihi.
Pastu beli barang2 kecantikan.
(Takdelah barang kecantikan pon, just this and that)
Dan kami pon pulang~

Dinner kami for 2nd day kat Korea, 1st day kat Seoul ialah......
Peneman setia dari KL.
Encik Maggi cup.
(^_^)

(Nom..nom..nom)

My budget on my 1st day
1. Teksi: 10 000 W
2. T-Money: 12 500 W
3. Milk Lotte (air sedap): 1000 W
4. Hong gh (5d 4n): 48 000 W
5. Cable car: 8 000 W
6. Namsan Tower (2 teddy bear museum included): 14 000 W
7. Makan: 9 900 W
8. Cotton candy: 500 W
9. Body wash: 11 900 W
10. Lotion: 3 250 W
11. Kentang putar: 2 000 W

Total: 121 050 W 

Pst..pst..
Seriously, rase macam nak upload semua gamba.
Hohoho.
 That's the end of our 2nd day in South Korea.

 Annyeong~
Salam~
(^__^)