Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, February 9, 2013

MY DAY OUT WITH MYSELF..

Salam~
Annyeong~

Tak tahulah apa kejadahnye  yang dah merasuk diri aku.
Tibe2 terasa macam nak having a date with myself.
Aku selalunya tak suka jalan sorang2.
Reason: sebab aku suka bercakap.
Aku suka bercerita.
Walaupon takde cerita yang nak diceritakan, tapi akan ada juga.
Tapi entah macam mana pulak tibe2 je rase nak tengok movie sorang2.
Mungkinkan diinspirasikan oleh coursemate-ku (Amir)?
Atau mungkinkah aku berada di tebing dan hampir jatuh ke dalam jurang "hashtag: foreveralone".
(Padahal bole je kan nak taip #foreveralone) (=_=')
Huish3....
Aku sedang berpaut dengan gigih supaya pakcik foreveralone yang selalu muncul kat fb tu tak  berjaya bawak aku ke alam dia.
Jadi aku pon bertindak menghebohkan my desire to watch movie.
Setelah aku menguar-uarkan berita keinginan aku menonton wayang sorang.
(Saja nak pancing, ada tak orang nak teman aku)
Hasilnya...
Rancangan aku nak tengok wayang sengsorang that Wednesday dibunuh oleh cik Hannah.
Aku pon terasa gembira sikit sebab ade juge orang yang free.
Boleh lah jadi teman berbicara sepanjang date kami nanti.
Hewhewhew...

Makanya tibalah hari Rabu.
Tapi tibe2 cik Hannah LINE aku.
Katanye ada kelas sampai petang.
So tak boleh kua.
Jadi........

Aku kembali ke titik asal.
"Takpelah, memang plan nak tengok sorang pon kan"
Aku berbisik kepada diri sendiri secara senyap.
Secara tiba2 juga mak dan kakcik memberi cadangan.
"Ati takyah drive lah, nanti mak nak gi beli barang kat bandar, pastu amek Ati sekali"
Selepas berfikir berjenak-jenak, aku pon decide not to drive.

Pukul 4 petang aku keluar rumah.
Kakcik anta aku kat bus stop.
Dan malang memang tidak berbau.
Bas tidak kelihatan lansung.
So, i take a cab to the ECM.
Dan lagi, menurut abanyi, tambang teksi ke ECM sepatutnye ialah RM5 je.
Tapi that uncle taxi made me pay double that price.
Oh, manalah aku tau, aku jarang sangat balik Kuantan, then naik teksi pi bandar.
Hurm....
Takpalah, dah rezeki pakcik tu.
Tapi pakcik, saya berharap pakcik tidak berbuat sedemikian kepada penumpang2 pakcik yang lain.
Kasihanilah mereka.
Mungkin RM5 itu mereka boleh gunakan untuk mengisi perut yang lapar.
Sobs~

Sampai je ECM, aku teros attack GSC.
Naseb baik aku attack pakai duit je.
Saya takde lesen pistol, senapang mahupon senjata2 yang seangkatan dengannye.
Melalui pembayaran sebanyak RM13.
Terahasillah ini.

(Hansel and Gretel: Witch Hunter)

Cerita ni 18 ye kawan2.
Betapa tabahnye saya menonton cerita ganaih secara berseorangan.
Keganasan ditambah lagi apabila I am the only person in the row.
Maybe sebab citer ni dah lama tayang, so tak ramai dah kelibat manusia yang nak sama2 join aku nonton.
Barisan F ada sorang je (thats me).
Barisan depan2, nobody.
Huahuahua....

Sementara menunggu lampu nombor bilik kuliah hall nyala.
Aku gi bershopping kat Carrefour.
Shopping kah?
Huhuhu...
Aku beli milo sepeket. (Yang 6 kotak tu)
Pastu beli cadbury Chocettes. (Eh, camni ke eje dier?)
Makanan untuk diseludup ke dalam wayang GSC. 
Before tu singgah Watson beli deodoran ngan compact powder.
Motif beli: sesaje sebab rase nak beli.
(=_=")

Selepas menonton ngan penuh thriller nye.
(Best citer dier, tambah plak ngan effect 3D, wah3)
Aku teringat nak beli hadiah untuk wedding member aku.
Wuwuwuwu, member skolah rendah aku dah kawen dah.
She is one of my closest friend jugakla.
Sebab tu bahang/aura dier lebih sikit.
Nak pegi curik sikit this Sunday.
Ngieh3...
Okay, sambung teringat nak beli hadiah.
Aku pon pergi masok kedai2 yang jual hadiah comel2.
The Store pon tak terkecuali.
Lastly, I bought these presents~
(Pinky items)

Kenapakah semuanya berwarna pink?
Aku pon tak tahu.
Even buku pon warna pink.
Plastik pon perlu pink.
Tak apalah...
Yang penting ikhlas (Ni mak yang kata)
(^__^)

Dah penat berpusing-pusing.
Perut mintak di isi.
Nak makan KFC, tapi rase cam tak best.
Tibe2 nampak Hot N Roll cam sedap.
Tahniah kepada kakak Hot N Roll kerana berjaya menarik seorang pelanggan ke kedai anda.
I ordered black pepper beef, and minum Milo kotak yang dibeli di Carrefour tadi.
Kenyang jugaklah...

Lepastu...
Kerana keadaan kaki yang sudah letih serta otak yang penat serta pening.
Konon2 nye nak merebahkan diri di surau wanita.
Malang sekali lagi menunjukkan kehebatan beliau yang tidak mengeluarkan bau.
Surau lelaki is under renovation.
So the guys need to solat kat surau perempuan.
Aku tengok laki berbaris kat luar surau je.
Teros rase tak sampai hati nak menyempitkan surau yang sepatutnye luas kalau tak combine ngan lelaki tu.
Aku pon bertindak mencari kerusi di ruang legar ECM.
Kerusi memang empuk.
Tetapi ketiadaan penyandar membuatkan letih yang bernilai 100% berkurang ke 65% sahaja.
Bila bukak handphone, wifi ECM berjaya dikesan.
Apabila berjaya membuka twitter serta Foursquare, letih berkurang ke 40%.
Magiknye~.....
(0_0)

Sambil bertwitter, aku pon menunggu mak, kakcik, abanyi dan hakeem datang.
Bila handphone bernyanyi "I love U, baby, I'm not a monster", tandanya mereka dah sampai.
Teman mak shopping barang2 dapur.
Dan kemudian kakcik offer aku drive Neo.
Kalau ikot hati, memang nak.
Hati kata: bila lagi nak try? 
Tapi kepala aku yang pening menidakkan.
Sambil bagi alasan: tadi kan dah drive pergi kedai, okaylah tu.
Aku pon ikot kepala, sebab pening sangat,
Tak larat~

Okay......
Bila dah jumpa dokrang tak de dah lah date with myself kan.
Makanya.
Tamatlah.......
(^___^)

Annyeong~
Salam~


No comments:

Post a Comment