Salam~
Annyeong~
Sudah satu tahun dinding ini sepi.
Kehidupan baru ini semacam membuatkan aku sibuk.
Kadang2 aku harap satu hari itu masanya lebih dari 24 jam.
Supaya aku ada lebih masa menghayati perjalanan hidup.
Sudah lebih setahun aku berpindah kerja.
Sudah hampir setahun aku berpindah rumah.
Sudah hampir setahun aku berpindah status.
Sudah hampir setahun....
Pantasnya masa....
Dengan usia yang makin menjauhi kelompok remaja.
Aku sebenarnya belum bersedia.
Sekarang aku makin percaya, umur hanya nombor.
Banyak perkara yang tak dapat dihipotesiskan dengan umur.
Yang pasti untuk aku, aku tak sia2 kan satu umur pun dalam hidup aku.
Terima kasih tuhan.
-oncall day, so tired-
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Monday, February 5, 2018
Tuesday, June 28, 2016
HAMPIR HILANG
Salam..
Kadang-kadang Dia tegur kita secara lembut,
Bilamana manusia yang hatinya keras sedikit dari lembut,
Teguran itu tak sedikit pun tercalit, terpalit,
Berlalu saja macam angin menyapu muka,
Rasa nyaman semata.
Kadang-kadang Dia menyapa keras sedikit,
Macam ibu mengejut anak bangun tidur,
Bukan lembut macam kejutan pertama,
Tapi garang sikit, melaung, suara tinggi.
Masa tu, baru anak terkocoh-kocoh menggeliat,
Bangun, tapi bukan berdiri,
Duduk mengelamun,
Mungkin lambat sikit signal nya sampai.
Kedua-dua situasi ni,
Manusia itu masih ada masa berfikir,
Manusia itu masih ada masa untuk menyesal,
Cuba kalau dua-dua teguran itu tak sampai ke hati manusia itu,
Dan kemudian manusia itu terus hanyut, Menyimpang dari laluan benar,
Bila tiba di penghujung,
Arus kuat menarik jatuh ke bawah air terjun,
Akhirnya manusia itu hanya mampu menggapai tanpa pertolongan,
Melainkan pertolongan dari Dia yang berkali-kali mengingatkan.
Bila sekali terlibat dalam kemalangan,
Aku jadi trauma,
Sedetik selepas penghentaman baru aku sedar,
Ini memang realiti, Ya, aku memang berlanggar,
Rasa macam mimpi,
Berkali-kali lepas tu aku harap yang itu semua mimpi,
Tanpa kecederaan serius pada penumpang,
Aku patut bersyukur, aku patut sedar,
Ini teguran lembut dari Dia.
Kali kedua,
Aku hampir terlibat dalam kemalangan,
Teguran Dia makin keras,
Tapi sebelum tu macam ada petanda,
Cuma aku yang tidak peka,
Hampir hilang nyawa,
Masih ada masa menyesal,
Masih ada masa betulkan kesalahan,
Kerana aku hanya "hampir" hilang nyawa.
Wednesday, September 16, 2015
A PICTURE SAYS A THOUSAND STORIES
Salam~
Have you ever heard this word before?
A picture says a thousand stories more than words can describe.
Yes, indeed this quote is very true.
Nowadays people always share almost everything on the net.
Words, pictures, videos.
Name any type of file or anything.
Everything can be shared.
Sadly, some of them tend to be sharing things that are not true.
To get back to my point about the picture telling stories, here it goes.
For example.
The picture of a kid crying.
What can you tell from this picture?
His mother scolded him?
His mother won't allow him to eat?
And the list is growing because of every person on earth has their own imagination.
So from the very moment the picture is posted, a thousand kind of stories being made up.
The real story is only known by the picture uploader and the person in the picture itself.
We can see that many stories being shared in Facebook.
Some of them are very crappy but yet people still believe,
If the news is posted together with pictures, people will start to create their own story based on the picture.
It is not that we can't believe stories and news spread in Facebook.
It is just that we need to choose.
Don't go out there and create story on your own, by solely based on a few pictures,
We may not get hurt or inflicted by the stories we made but please think about others.
That is all.
Just some words and thoughts from my not so bright brain.
Picture from here.
Friday, October 17, 2014
I CHOOSE YOU!
Salam~
Annyeong~
Annyeong~
Emak kata...itu, ini.
Emak memang tak pernah kalau sehari tak bagi nasihat.
Tapi aku ni naughty child.
I didn't always follow apa yang mak cakap.
The teenage me, hemm the adult me think I can decide on my own.
No need to consider what parents thoughts for me.
I always know they think it's best for me.
However I choose to choose.
Not to follow.
Even sometimes I know the thing I chose is bad.
I stick to my decision to choose.
I am the one yang akan walk through my life ni.
Good or bad consequences its all depend on my choice.
I choose to experience things I like.
I choose to experience things that I want.
I choose to be happy as I am now.
I don't always think about what will happen later.
My future is still in dim.
I choose YOU.
I hope my choice is right.
And I am sorry mak, abah.
Sebab kadang2 tak berjaya ikut apa yang abah ngan mak nak.
Tapi I will always try and make out the best from all my choice,
I will try.
Akal dan minda bila dah kalah kita kena tanya hati.
Tapi kalau hati tu bersih lah.
Annyeong~
Friday, August 1, 2014
SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD?
Salam~
Annyeong~
Familiar kan dengar that sentence.
Lagu zaman dulu2.
Tapi sekarang still boleh pakai ke.
Ada orang yang dengan senangnye cakap sorry.
Padahal they don't really mean it.
But today...
I am truly, deeply, feeling sorry.
Dear somenone,
Saya tahu saya banyak sangat buat salah dengan awak. Saya mintak macam2 and awak bagi macam2 yang saya mintak. Walaupun awak dah pesan awal2 supaya kita tak take this situation further but I insist. Akhirnya terjauh lah jugak sikit. Saya tahu apa yang awak buat ni untuk kepentingan kita. Bukan untuk awak sorang je. Tapi untuk saya jugak. Awak tahu saya tak mampu kalau saya buat sorang2 sebab tu awak ambik keputusan ni kan. Saya rasa shocked jugak bila dapat tahu but after a while. I can relate this situation to what we had done and I think it was a good move made by you. Thank you and sorry cuz I brought you in this kind of situation. I promise not to repeat the same mistake again. Thank you for reminding me what is good and what is bad. Thank you for willing to know me and be friend with me even for a while. Thank you for ypur support when I'm feeling down that day. Thank you. Thank you. Thank you.
I am really really sorry. Knowing you is not a mistake. I don't know what you'd think but I'm glad because I meet someone that can turn me back to become me again.
#IvebeenblockedforgoodandIacceptitwithwillingheart
#imnotsogoodthatswhy
Wednesday, November 6, 2013
WORK, WORK, WORK
Salam~
Annyeong~
Buat pengetahuan rakan2, dah sebulan aku kerja.
Dalam sebulan ni macam2 jadi kat tempat keje tu.
Most of them were things that i really hope i can forget.
Banyak sangat mende tak best.
Awal2 keje memang emo tahap gaban.
Someone said that, pompuan emo is normal.
Huh, aku tergolong dalam kalangan pompuan2 tu.
I know, not all woman akan emo macam yang aku emo ritu.
After a week pon still ade je mende tak best.
The next week tu pon still ade.
Bukan the whole week, bukan everyday.
Tapi, bila je aku rase macam dah boleh gembira mesti something bad happen.
Maybe aku ade magnet masalah kot.
After a month, that magnet should already lost its power.
Hope so, Aminn.
Aku masih belom menjumpai sinar kegembiraan bekerja kat sana.
Mungkin aku tak cukup ikhlas.
Aku memang sedang berusaha mengikhlaskan diri seikhlas ikhlasnye.
Aku sedang belajar untuk suka berada di sana.
Aku belajar untuk tak ambil pusing apa yang orang cakap kat aku.
Especially if that omong2 is not going to give me any benefit.
Aku belajar untuk speak myself out loud.
Berani bagi pendapat and saranan.
Tapi kalau nak buat macam tu, ilmu perlulah penuh di dada.
Ye dak?
Kalau tak sape mau dengar.
Esok keje.
Semoga aku boleh gembira berada di sana.
Kalau betul jalan yang aku pilih, tunjukkanlah.
Kalau salah, tolong tunjukkan jalan yang betul.
Semuanya Allah dah tentukan.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Salam~
Monday, August 19, 2013
GROW UP
Salam~
Annyeong~
Annyeong~
Growing up does not mean maturing.
For me there are two different words with different meanings.
I think that me growing up is faster than my mature process.
Bukan mature physically je, but also mentally.
Matured dari segi rohani.
Aku akui, the 23-year-old me is not matured enough.
Sometimes I think like a kid.
Doing things harshly.
Then regretting the akibat of my doings.
(Selalunya aku akan cuba tak regret tapi aku cuba berjanji ngan diri sendiri takkan buat the same mistake twice)
Oh ye.
Budak2 mana reti nak regret kan.
So, bukan lah thinking like a kid sangat.
Bila nak buat choice tu tak pikir sebab dan akibat.
Huish2....
Baru lepas menonton gamba2 lama aku.
Yeah, I'm changing.
Aku noticed.
Aku lebih berani.
Aku berani dalam bercakap dan menyurakan pendapat.
Aku lebih yakin.
Mungkin ni lah lahirnya perangai nak menang je.
Dulu2 aku rase takde la ober2 gaya gini perangai tu.
Tapi sekarang aku asek pikir what I do is always right.
Tak baik kan buat ayat ngutuk diri sendiri.
Not always lah, sometimes aku admit gak kalau aku rase ape yang percaya tu salah.
Okay, ayat ni buat aku jadi baik sikiiiit.
Hihi...
Lagi satu, aku masih tak boleh buang penyakit kuat berangan aku.
Having dreams is not a crime.
Not trying to achieve the dream tu yang salah.
Aku selalunye berusaha je nak capai ape yang aku nak.
Cuma kadang2 tak kena gaya.
Not my rezeki.
So I try other option.
Not to try.
Cop3...try other options bukan NOT.
Kat atas dunia ni kita ada rezeki masing.
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan tak berjaya bukan depends on rezeki semata mata.
Kalau orang yang berjaya: dia takde rezeki kat satu2 tempat, they will find other places.
Yang tak mahu berjaya: dia cuba dan cuba, tapi tak berjaya.
Akhirnya dia putus asa.
Entah2 kalau dia cuba sekali lagi dia boleh berjaya.
Tapi kita tak tahu.
So sepatutnya selagi masih ada kesempatan, cubalah jangan berputus asa.
Mungkin jalan kita payah sikit.
Tapi ganjaran dia?
Kita tak tahu.
Walau ganjaran dia kita rasa tak setimpal dengan pengorbanan kita.
Kita sepatutnya sedar mana tau ia akan setimpal selepas beberapa ketika.
Allah itu maha adil.
Put trust in Him.
Today is 19 August.
My age is 23 years old and 6 months.
I wish I can do something amazing every 19th day each month.
Not for celebrating Riri's day.
Tapi my day!
Semoga segalanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Allah adalah sebaik-baik perancang.
Annyeong~
Salam~
Friday, February 1, 2013
FUTURE
Salam~
Annyeonghaseyo~
Right now.
This exact moment.
I'm having a thought about my unknown future.
Kita tak tahu apa yang akan kita hadapi in the future.
The truth is, i want so many things to happen.
I had listed soooo many good things in my wishlist.
However....
I am afraid.
Afraid of my plan is not going well.
Afraid that I am not able to follow my plan.
Which consequently ruining everything.
Please give me strength.
Please give me ideas for me to fulfill my tasks.
For this current moment.
My head is spinning with my research project.
It was not going so well as I expected it to be.
I am very afraid.
What should I do?
This thing should be simple without me over thinking it.
But, this is me.
Thinking things toooo deep.
And not able to realise that the answer is just right before me.
I am so emotional right now.
Please give me strength.
Stop doing useless things.
Use your precious to find out the answer.
I have many dreams.
My dreams is not something that should remain as dreams.
Allah is the best planner.
However, fail to plan is planning to fail.
As a human, we must plan and try as much as we can to achieve what we had planned.
Put trust in Allah.
Annyeong~
Salam~
Friday, February 24, 2012
OH LUPE NAK CITER PASAL RESULT...
Sekarang aku dah menjejak ke alam Year 3 Sem 2.
Dah 2 minggu dah pon berlalu.
The 3rd-Years-Non-Repeaters are having plenty time to rest.
Yelah, kelas 3 hari je.
Tu pon takde la padat mana.
Khamis ngan Jumaat boleh buat hal peribadi.
Tapi, aku kena posting sebab pernah hutang satu semester punye posting.
Semalam aku rase jeles and rasa tak best sebab aku kena lalui semua ni.
Tapi hari ni dah tak dah.
Alhamdulillah atas semua perkara yang berlaku kat aku.
Pernah dengar kan.
"Setiap satu dugaan akan sentiasa diiringi ngan kenikmatan".
Where and when, only He knows.
Aku rase this matter buat aku rase lebih berhati-hati.
Jangan terlalu emosi.
Jangan selalu ikotkan perasaan.
Aku tahu aku selalu sangat melayan jiwa.
Tapi I'm trying really hard to not the emotions control me.
Dan rasanye cam dah berjaya sikit.
Mungkin ngan cara yang agak psiko.
Tapi ade lah nampak jugak perubahan dier.
(^__^)
Alhamdulillah....
Erm...
Perluke nak citer pasal result ni?
Rasenye tak payah lah kan.
Biarlah...
Yang dah lepas tu lepas.
Focus for this sem.
I know that I'm getting better.
But that will not be the reason for me to sit still and just watch other people work harder pursuing their dreams.
I have my dreams.
So, take actions to fulfill them.
Hari ni dengar kata2 semangat from seorang akak radiographer.
Dier cakap:
"Hidup ni sekali je, buat lah apa yang kita suka asalkan perkara tu tak melanggar syarak"
Akak tu sangat konfiden.
Aku rase, dier sangat enjoy life dier.
Satu ke-sukses-an yang sangat orang nak.
(Kalau bukan semua orang nak pon, aku nak, ho3)
Aku berdoa supaya aku dapat jadi yang terbaik.
Maybe akan ada orang yang lagi terbaik dari aku.
Tapi aku tak rase nak pandang semua tu.
Cukuplah kalau aku rase enjoy ngan life aku.
Berjaya capai apa yang aku nak.
Jadi lebih baik daripada aku yang dulu2.
Conclusion nye, jadi a better me from day to day.
InsyaAllah~
(Praying: lembutkanlah hati abah, amin~)
^
|
|
|
[Takde kaitan ngan entry]
Saturday, January 7, 2012
RESEARCH METHODOLGY
Tajuk macam ilmiah kan?
Tapi sbenanye nak mengadu je.
Ngadu kat sape?
Kat blog ni, and also sesape yang tersinggah.
Hurm......
Hari ni dah start 1st paper untuk Year 3 Semester 1.
Keadaan semasa menjawab exam tak berape stabil.
Mase tu mode exam tak start lagi.
So perasaan berkobar-kobar tu takde.
Akhirnye aku jawab paper tu with a flaaaaaaaat mood.
Bile dah tengah2 jawab mulelah.
Rase cam dah bace semua yang patut.
Memang lah.
Aku ingat aku pernah bace ni.
Tapi aku tak ingat point ape yang aku bace.
(Biase lah tu kan? Ngade2 nak citer jugak)
Frust ke?
Takde lah.
Dahtu, gembira ke?
Rosati bertanye kepada Sofya.
Nape ko ni?
Nak penyepak ke?
Dengan nada yang garang Sofya membalas.
Okay, okay...
Aku tak kacau.
Tanye sikit pon marah, tak nak kawan kang baru tau.
Sofya memang kecut perut bile je Rosati cakap camtu.
Kawan paling kamceng lah katakan.
Hurm.......
Sofya mengeluh panjang....
Rosati paham, dan cube meredakan susasana tegang itu.
Redha, doa, tawakal.
Tu je yang kau mampu buat sekarang.
Next paper kau jangan la ulang lagi.
Give your best shot.
Don't Stop Can't Stop bak kate 2PM oppa.
Okay?
Mereka memang suke ulang scene di atas banyak2 kali.
Siaran ulangan dalam hidup aku.
Ibarat citer Boboi Boy kat TV.
Berape kali tah nak ulang episod same.
Minggu ni episod akhir.
Oh, next week pon episod akhir.
Eh, next week lagi satu episod dua plak.
Then ulang2 banyak kali.
(Ceh, citer macam aku tengok, padahal aku tgok episod 1 je)
(Cop3, episod 1 tu aku tengok 3 kali kot, pastu dah malas nak tengok)
Yosh!
Next week start exam yang subject super2 tough.
Sekarang pon aku ngah berusaha memberikan yang terbaik.
For me, and for........
Sume orang yang mengenali diri ini.
Terima Kasih atas sokongan yang tidak putus2.
Terima Kasih~
Sebelum merapu ngan lebih kronik.
Aku patut end this entry.
Yeah...
Sayonara~
Annyeong~
Salam~
(^__^)
(Mood nak dengar lagu Gackt malam ni, missing PASUM moment with dear roomate Afiqah Md Radzi)
Thursday, November 17, 2011
MY 1st ACCIDENT..
Ramai orang cakap.
"Driving ni, eksiden tu perkara biase.
Yang penting, kena hati2.
Try your best to avoid that thing from happen"
Kalau boleh.
Aku tak nak lah terlibat ngan eksiden.
Aku tak nak lah jadi contributor untuk bilangan eksiden yang memang dah banyak kat Malaysia ni.
Tapi...
Takdir dah menetapkan.
Pada tarikh 12.11.2011.
Aku akan terlibat jugak dalam peng-eksiden-an.
(Bile aku bace balik part yang atas ni.
Macam lah besa sangat kes nye.
Hohoho....)
Eksiden yang terjadi takde la besa sangat.
Tak melibatkan kecederaan fizikal kepada mane2 individu.
Tapi membuatkan hati ku tercalar.
Air mata berjurai-jurai.
Kena reject pon tak sedih gaye gini.
Dan juge....
The car itself telah tercedera dengan agak ganas.
Takde la melibatkan part2 yang penting.
Skirting untuk make up yang patah.
(Mase tu aku tak tau pon tu skirting, i thought it's the bumper)
Tapi sebab itu bukan kereta aku.
Aku rase sangat sedih.
Aku rase bersalah sebab buat kereta tu tak cantik.
Sorry kakcik~
(T_T)
Ceritanye begini.
Ari sabtu tu, aku drive pegi jalan2 kat Balok.
Gi pasar malam ngan supermarket Jaya Gading ngan mak.
Mase on the way nak gi Sakan.
Kene lalu kat satu jalan.
Mase tu hujan.
Atas jalan ade satu lopak.
Mak kate.
"Ati, ade lubang kat situ."
Aku pon slowkan kereta.
Niat hati nak lawan arus lalu kot laluan satu lagi.
Tibe2 ade plak kete lain kat jalan bertentangan tu.
So, aku pon redah je lopak tu.
Aku pikir, maybe tak dalam sangat ko lubangnye.
Yela, air dah tutup kedalaman lubang tu.
Bile masuk takde pape.
Bile nak naik tersagat abes part depan kete tu.
Ngeri bunyinye.
Tapi ingat takde ape2.
Rupe2 nye......
Alhamdulillah kami tak ape2.
And aku sedar jugak.
Everything happens for a reason.
(^^)
Pengajaran from this incident.
Don't underestimate lopak2 air atas jalan.
Aku harap en MPK baiki la jalan tu cepat2.
Bukan semua orang tahu jalan tu ade lubang besar.
Nak nye kalau hujan cam ari tu.
Aku tak harap ade kereta lain jadi mangsa lubang lagi.
Berhati-hati lah ketika memandu!!!
(Saya dah ade lesen selama sebulan..=D)
Currently listening to I'll Be Back...2PM...
(^_^)V
Thursday, October 27, 2011
Thursday, May 19, 2011
KETIDURAN.....
Assalamualaikum.....
Sejak akhir2 ni.
Aku asyik tidur lewat je.
Bangun pagi nak subuh pon mamai2 je.
Pastu nanti mesti ngantuk balik.
Kalau ngantuk balik, mesti tidur balik.
Haish.....
Susah...susah...
Practical days sudah hampir.
Kalau asyik camni je, nanti time keje mamai2.
Angkat patient bergoyang-goyang.
Positioning, centering, sumer abes melayang.
Sebab tu lah.
Ari ni aku tergerak hati nak carik pasal tidur.
Camne nak dapatkan tidur yang nyenyak.
Yang bile bangun pagi esok nye.
Segar bugar.
Pastu nanti, nak tido awal pon senang.
Here I listed 10 ways to get a better sleep.
(Sumber: pelbagai, tanye kat Mr G rakan karibku itu)
1. Keep your bedroom quiet, dark and comfortable.
2. Eat right, sleep tight. Do not go to bed in kelaparan condition.
3. Have regular exercise everyday, but refrain any exercise 4 hours before going to bed.
4. Only use your bed to sleep.
5. Do not take naps after 3pm. (Nap = less than 1 hour)
6. Relax before bedtime, at least 5 minutes before going to bed.
7. Get up and sleep at the same time everyday.
8. No caffeine 4 hours before get to bed.
9. Do something that boring yourself until you feel sleepy.
10. Think about what good you have done today, and forgive everyone that might hurt you.
With some fixing here and there.
Assimilate some parts with my lifestyle.
Then, terjadi lah 10 ways for me to get a better sleep.
Okay, lets try to do this tonight.
Hurrah!!!....
(^_^)V

(Momo sleeping? kah.....)
Monday, March 14, 2011
GOAL......

GOAL!!!!!!!!!
\(^_^)/
Assalamualaikum.......
Today I want to write something about goal-ing.
No, nope.
Not that GOAL!...
When someone kicked the round little thing into the gawang gol.
Tapi this goal refers to our target.
Our mission.
According to cerita Samurai High School yang aku tengok tadi.
Everyone should, must, mesti, perlu ade gol.
Gol tu lah yang akan jadik arah tujuan kiter.
Matlamat kite.
Kalau ade simpang2 sikit tu besela.
Tapi that gol yang kite set tu sepatutnye kite berusaha sedaye upaya ke arah itu.
It is not wrong kalau nak letak gol yang nampak cam ridiculous sket.
Yang orang akan kate "Muruy".
(Muruy ke Muri? aku pon kurang pasti huhu, tapi makne dier impossible)
Tapi kiter kene lah berusaha untok achieve mende tu.
Walk straight.
Look up.
Follow the correct path of course.
Buktikan kat dokrang.
Aku mampu lakukan.
"Jika kau fikirkan kau boleh.
Kau hampiri kejayaan.
Jika kau fikirkan ragu2.
Usaha mu tidak menentu.
Bla3....."
(Sambil membayangkan diri ngan senam robik ikut lagu di atas)
So....
For the conclusion untok entri ini.
Set your own goal.
Try to achieve it.
(Dengan sedaye upaya)
Dan...
Good luck!
Gambate-ne~
(Pst2, aku punye gol jangke pendek skang, nak jawab test behavioral science esok molek2)
Ye-Ha!
(^_^)V
Tuesday, March 1, 2011
DOA TAUBAT
Assalamualaikum......
Hari ni tengok pementasan tajuk
"Transit Warga Tanah".
Sangat berinformasi dan menyentuh hati.
Aku terbayang-bayang apa yang aku dah buat sepanjang aku hidup ni.
(Erm, bayang je tak gune kan, aku kene cube muhasabahkan diri)
Hari ni aku hidangkan doa taubat sebagai santapan kalian ye.
"Tuhanku,
Aku tidak layak untuk syurgamu,
Tetapi tidak pula aku sanggup menanggung siksa nerakamu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa2 besar."
Tuesday, February 15, 2011
AKU BELUM CUKUP BAIK....
Salam......
Ape punye tajuk la aku punye entri kali ni.
Maybe sebab aku kurang pasti ape yang nak dicelotehkan ari ni.
Tadi aku berblog-jalan jap.
(And jadik silent reader jek)
Aku termelawat satu blog ni.
Orang tu aku kenal.
Mungkin tak rapat sangat.
Tapi aku kenal la dier cam mane sikit2.
(Lambatnye nak sampai point dier...)
Straight to my precious point.
(Everything in my blog tercintun is precious to me)
Aku tak suke blog tu.
Tapi aku still pegi and bace ape2 yang dier tulis.
Nape aku tak suke?
Jawapan dier.....
Sebab dier citer mende2 yang dier buat in each particular day.
Normal la tu.
Aku pon kadang2 sama gak kan.
Tapi kenapa nak citer ape2 mende yang kurang baik dier buat ari tu?
Tapi kenapa nak citer ape2 mende yang kurang baik dier buat ari tu?
(Kurang baik dalam konteks ini ialah mende2 yang aku rase tak sangke dier akan buat)
Aku sebagai orang yang kenal dier.
Rase macam....
"Dier macam ni ke. Haish...."
Okay, okay.
Ape la yang kurang baik sangat tu.
First, cara dier bersosial.
(Mungkin aku tak open minded cam certain orang, tapi aku tak suke gak)
Second, ape yang dier buat kat sekolah.
(Ponteng, datang lambat, belagak cam cikgu etc etc)
Third, words yang dier gune dalam blog dier.
(Serius aku rase "Oh, please..knape dier macam ni?")
Mungkin korang rase.
"Kalau tak suke tak payah la gi blog dier.
Shut up and bia jek la.
Tu blog dier.
Bukan blog kau.
Membe2 dier yang jadik follower.
Bukan membe2 kau.
Suke hati dier la nak tulis ape pon.
Entah2 kau pon same jek"
(Mungkin kalau korang tak kate, aku yang akan kate sendrik)
Hurm......
Aku sedar aku belom cukup baik.
Knape nak kritik2 orang sampai camtu.
Aku pon buat bende kurang baik jugak kadang2.
Tapi tak perlulah nak canang satu kampong kan.
Patutnye muhasabah diri.
Tak nak ulang buat bende yang salah tu lagi.
INSAF~
Bukan nak citer buruk pasal sape2.
Tapi buat peringatan bersama.
Untuk aku juge.
Oh aku, jadi la baik.
Huhuhuhu......
Mungkin hari muhasabah diri sket ari ni.
~SALAM MAULIDUR RASUL~
(^_^)/

(Marker aku before it gone missing somewhere in the department/with random patient)
You choose your on path.
Nak pegi Left ke Right.
Pape jalan pon yang dipilih.
Make it always BETUL.
Put on the V sign.
(^_^)V
(Pst2, lame dah rasenye tak mengarang citer BI..keh2)
Monday, February 14, 2011
SHORT SIGHTEDNESS....
Salam.......
Terdetik plak nak citer pasal rabun jauh ari ni.
Siyes wo~
Payah bile dah ade penyakit rabun ni.
(Alhamdulillah rabun jek, kalau nikmat mate ni ditarik balik macam mane?)
Aku sebenarnye terpikir ni sebab.....
Kalau rabun, aku memerlukan ingatan yang lebey kuat,
Kenapa?
Peristiwa ini melibatkan situasi seperti:
Lepas sembahyang, lepas mandi, baru bangun tido etc etc
Yang seumpama dengannya.
Kalau takde ingatan yang kuat sket.
Nanti punye la payah nak carik spek tu dok kat mane.
Especially sape yang suke bubuh merata.
(Aku la tu..=p)
Sebab mende macam ni.
Pagi2 jek dah tension.
Huhu......
Mari kita menyelami permasalahan mata ini.
Ape penyebab rabun jauh?
1. Inherited from parents.
(Sape yang parents dier ade rabun jauh, most likely dier akan dapat jugak.
Aku bace, dier kate 2/3 la chances dier)
2. Baby yang lahir tak cukup bulan and underweight.
(Medical reasons kot, aku kurang pasti)
3. Sape yang banyak membaca ngan suke buat close-up works.
(Kalau pakai komputer slalu ke , rajin study ke.....
The reasons behind this are not fully understood)
4. Membaca or buat keje in dim light.
(Boleh buat otot2 mate stress, pastu develop rabun jauh)
Orang Asia punye chances untuk ade rabun jauh.
Dikatakan ialah 8 daripada 10 orang.
So amat bersyukurlah jika anda 2 daripada 10 tu.
Bile dipikir-pikir.
Sayang rasenye bile tak jage mate dari dulu2.
Tapi "sesal dahulu pendapatan" kan.
(^_^)
Maka kawan2....
Marilah kita jaga anugerah mata ni ngan sebaiknye.
Ciao!
(Lagi dan lagi...taken from En G)
Wednesday, January 26, 2011
SERIGALA......
Salam.....
Fox Rain.
Apakah tu?
Mengikut citer yang aku tengok.
Fox rain ni, bile hari yang cerah tibe2 jek ujan.
Kenapa camtu?
Apa kaitan fox ngan rain tu?
Gumiho aka nine tails fox.
(Banyak lam citer jepon and korea)
Kalau tibe2 berlaku camtu.
Maknenye gumiho tu ngah nangis sebab kesedihan.
Ni ikot citer tu lah.
Kalau yang sebenar.
Dah ujan nak turun.
Ape lagi yang boley dbuat.
Ketentuan Tuhan.
(^^,)
Aku ngah menonton My Girlfriend is Gumiho.
Sejak bile la aku ter attached ngan citer2 korea ni.
Aku pon tak sedar sangat.
Tak de la banyak sangat korean drama yang aku khatam.
Full House.
You're Beautiful.
Secret Garden.
Sungkyunkwn Scandal.
Tu jek kot yang aku abeskan.
Yang lain separuh2 jek.
Tapi aku akan habeskan gak suatu hari nanti.
Dulu beriya kate tak suke citer korea.
Citer jepon n anime lagi bes.
Tapi da start ni.
Tah bile la bley berenti.
(^_^)

(Mi Ho ngan Dae Woong....=D)
Baru abes dengar taklimat keselamatan daripada En Bomba.
Betullah.
Ramai lagi yang tak turun ni.
Kalau fire drill pon ntah2 dokrang2 ni tak moh turun.
Bile orang2 da besar.
Susah lagi nak nasihat.
Rebung da jadik buluh.
Tak bley lentur2 dah.
Kerat tros buat lemang ke, meriam buluh ke, tabung ke.
Tak pon.
Kalau da burok dan tak bley diselamatkan langsung.
Buat jek la perhiasan.
Keringkan buat bahan bakar.
Okeh.....
Time tu study n pastu bley sleep.
Ingatlah orang yang anda sayang.
Dan juga orang2 yang menyayangi anda.
Live life cool and safe and good and bla3.....
Peace.
(^_^)V
Wednesday, January 19, 2011
AKU BUKAN PERFECT...
Salam......
Huish...
Bley kire cam rekod tak ni?
First time.
(Sejak aku membuat blog)
Aku post 3 entri dalam satu hari.
Hohoho.....
Tapi siyes....
Ade mende yang tak mampu aku ungkapkan ngan mulut aku skarang.
Tapi that thoughts linger in my mind.
Rase susah hati selagi tak luahkan.
(Hari emo aku.....)
Aku sedar.
Aku tak perfect.
Tapi aku suke sangat judge orang.
(Selalunye tak sangat, tapi hari ni asek judge orang jek)
Komplen sane.
Komplen sini.
Perlu ke aku sedarkan diri aku ngan care yang lebey keras?
Hurm.....
Something yang macam ni la aku tak mampu rase nye.
Aku need guide.
Bile aku selesai komplen pasal sesuatu.
(Kat someone)
Aku akan rase, that someone tu also judging me.
Aku pernah cakap.
Aku tak suke bile orang judge aku.
Tapi kenape aku buat kat orang?
Maybe aku pikir, aku cume bagi pendapat.
Tapi not everyone pikir macam ape yang aku pikir.
Pikiran manusia ni lain2.
Semuanye kreatip.
Kadang2 tak tercapai akalmu.
Oleh itu.
Aku kene sedar sekarang.
Stop judging people.
Especially mende yang tak baik, tak baik.
Kalau tak tahan sangat.
Komplen kat diri sendiri.
And berusaha tak jadik macam ape yang aku tak suke tuh.
Okay?
Gambatte ne~
(Blog aku da jadik tempat aku memuhasabahkan diri.....
Walaupon itu bukan tujuan asal aku buat blog ni.......
Bende2 tu still appropriate ngan aku punye blog description kan?)
cop3....
Kenape aku taip laju semacam jek ni.
(^_^)
Smile ya~
Tuesday, January 18, 2011
AIR MATA.....
Salam.....
Da lame rasenye tak membersihkan mata.
Asek cuci mate ngan mende2 yang tak patut jek.
Huhu....
Camne care aku membersihkan mata sbenanye?
Aku bersihkan mata ngan mengeluarkan air ikot mate.
Bukan nangis.
Tapi kluarkan air jek.
(=p)
Ari ni aku tengok episod 483.
Citer One Piece la.
Aku tau da jalan citer untok episod ni.
(Dulu ade orang pernah tercerita kat aku, bengang skejap aku)
Walaupon aku tak suke tau jalan citer b4 tengok.
Tapi da ter tau.
Nak wat cane.
Tapi....
Aku ingatkan.
Bile da tau ape akan berlaku.
Aku boley la prepare myself.
Untok tidak mengeluarkan air mate aku.
Aku punya la cakap besar.
Tak kan nangis punye.
Sebab da tau jalan citer dier.
Tapi aku nangis gak.
Isk3....
(T__T)
Sedey sangat.
Walaupon rumate aku kate.
"Ala...bukan real life pon".
Still aku rase sedey.
Aku kan sensitip.
Hooooooo~
Takpela.
Bersih sket mate hari ni.
Basuh gune air dari dalam.
Lagipon da lame tak menangis.
Hihihi...
(Lame da ea? Aku pon da tak ingat bile sbenanye aku menangis)
Okay.....
Nak share sket la pasal air mata nie.
1. Purata perempuan menangis adalah 64 kali setahun, lelaki pulak 17 kali jek.
2. Menangis dapat mengurangkan kadar tekanan jiwa.
3. Air mata boleh membasuh mata.
4. Dan seperti biase, kalau nak lebey2 tanya En G.
(Aku pon tanye En G ni, hehe)
Tapi jangan la selalu sangat nak nangisnye.
Sape mau jadik Kassim Selamat tak pe la.
Kalau nangis sebab sedey n tak bley terima hakikat lagi la tak bagusnye.
Kita kena redha dengan ketentuan Allah.
Berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
Bukan terus menerus meratap ape yang dah berlalu.
Nasihat untuk aku jugak.
(Skali lagi...=))
Sebab aku sekarang asek teringat mende2 lame.
Walaupon takde la sampai menangis.
Tapi aku perlu sedar.
Time is ticking.
Kalau asek dok di takuk lame.
Camne nak dapat beli kereta.
(Hahahaha...tiba2......tapi siyesly, aku memang nak ade kete sendiri skang...=p)
(Rose punye air mate....T__T)
Subscribe to:
Posts (Atom)






