Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

HAMPIR HILANG

Salam..

Kadang-kadang Dia tegur kita secara lembut,
Bilamana manusia yang hatinya keras sedikit dari lembut,
Teguran itu tak sedikit pun tercalit, terpalit,
Berlalu saja macam angin menyapu muka, 
Rasa nyaman semata.

Kadang-kadang Dia menyapa keras sedikit, 
Macam ibu mengejut anak bangun tidur,
Bukan lembut macam kejutan pertama,
Tapi garang sikit, melaung, suara tinggi.
Masa tu, baru anak terkocoh-kocoh menggeliat,
Bangun, tapi bukan berdiri,
Duduk mengelamun,
Mungkin lambat sikit signal nya sampai.

Kedua-dua situasi ni,
Manusia itu masih ada masa berfikir,
Manusia itu masih ada masa untuk menyesal,
Cuba kalau dua-dua teguran itu tak sampai ke hati manusia itu,
Dan kemudian manusia itu terus hanyut, Menyimpang dari laluan benar,
Bila tiba di penghujung, 
Arus kuat menarik jatuh ke bawah air terjun,
Akhirnya manusia itu hanya mampu menggapai tanpa pertolongan,
Melainkan pertolongan dari Dia yang berkali-kali mengingatkan.

Bila sekali terlibat dalam kemalangan,
Aku jadi trauma, 
Sedetik selepas penghentaman baru aku sedar,
Ini memang realiti, Ya, aku memang berlanggar,
Rasa macam mimpi,
Berkali-kali lepas tu aku harap yang itu semua mimpi, 
Tanpa kecederaan serius pada penumpang, 
Aku patut bersyukur, aku patut sedar,
Ini teguran lembut dari Dia.

Kali kedua, 
Aku hampir terlibat dalam kemalangan, 
Teguran Dia makin keras,
Tapi sebelum tu macam ada petanda,
Cuma aku yang tidak peka,
Hampir hilang nyawa, 
Masih ada masa menyesal,
Masih ada masa betulkan kesalahan, 
Kerana aku hanya "hampir" hilang nyawa.




Friday, October 16, 2015

CERITA BENGANG (1)





Ring..Ring..Ring..
(Old skool sangat kan nada dering aku?)

Dengan sekali pandang, terpapar nama itu lagi di skrin. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali nombor yang sama menelefon aku. Untuk hari ini sahaja, Semalam juga lima kali. Kelmarin juga lima kali. "
"Lepasni stop dah lah tu, dah cukup lima dah ni". Bisik hati kecilku.

Ring..Ring..Ring..

Nampaknya pemanggil di sebelah sana masih tidak berputus asa. Dengan berat hati, aku akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.

"Iye, ada apa mak? Kan saya dah bagi bulan lepas, tak kan bulan ni pon kena bagi. Mak, tolonglah faham. Saya ni bukan kerja untuk mak tau. Saya bagi mak bila saya ada duit lebih, saya bukan kerja dengan gaji besar. Mak, saya minta maaf, bukan saya kedekut ke apa. Mak, dengar sini, benda-benda yang mak mintak tu tak penting. Dulu-dulu masa saya kecik, mana ada saya dapat semua benda tu. Belanja lah ikut kemampuan. Mak faham kan? Hello? Hello? Mak? Mak?"

Panjang lebar aku menjawab. Aku bosan dengan perangai meminta-minta seperti itu. Dulu aku sudah merasa hidup susah, sudah biasa hanya mampu memandang kawan-kawan yang mampu beli itu dan ini. Dulu, baju sukan sekolah pun aku tidak mampu beli, abah bersusah payah mencari baju warna yang kosong kerana baju sukan yang dijual di sekolah di luar kemampuan kami. Tapi aku bersyukur. Aku menghargai setiap pengorbanan ibu dan ayah aku. 

       Budak zaman sekarang, semua mahu tersedia depan mata. Pantang lihat ada orang lebih, dia pun mahu lebih. Betul. Aku bosan dengan semua ni.

(Image pinjam sini)

"Wey, tak baik hang buat mak hang lagu tu. Orang kata, kalau bagi duit kat ibu kita lah lagi berkat hasil titik peluh kita tu. Aku tengok hang ni, tiap-tiap kali mak hang tu tepon hang jawab lagu tu. Cuba bayangkan mak hang jaga hang dari kecik, lagi banyak dia belanja untuk hang". 

Sentap? Tak mungkin. Ceritanya, pemanggil itu bukan lah ibu kandung aku. Ibu angkat yang rumahnya pun aku tidak ingat di mana. Namanya pun aku sudah lupa. Keluarga angkat yang ingatannya sudah aku selitkan di antara lipatan kenangan. Keluarga angkat untuk beberapa hari. Aku bukanlah insan yang tak mengenang budi yang boleh melupakan orang-orang yang berjasa membantu aku suatu ketika dulu. Tetapi, bila mereka mengharapkan aku seperti aku ini anak kandung mereka, aku hilang minat.

     Bila permintaan mereka itu tidak munasabah, lebih lagi aku hilang minat. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit setiap bulan. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit jika anak mereka ingin menyertai rombongan. Tolong jangan harapkan aku bila mahu beli baju baru untuk makan malam. Tolong jangan harapkan aku. Bagi aku, tidak setimpal kiranya bila kau mahu anggap aku anak kandung dan meminta-minta. Dan aku tahu, aku bukan tinggal percuma di rumah itu. Jadi, jangan harapkan aku. 

019-******* (Block this number? Yes!)



TAMAT

(Cerita rekaan semata-mata)






Wednesday, March 5, 2014

CERITA SHIF PETANG #4



Dhia hanya mampu duduk termangu seorang di sudut ofisnya. Fikirannya yang pada awalnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kecelaruan makin bercelaru. "Jangan takes things to hard, sometimes that problem is not that big sampai you need to memberatkan your mind". Dhia cuba membetulkan kembali mood nya yang sudah hampir bertukar dengan membina kata-kata inspirasi di dalam otak. Malangnya sudah menjadi sifat Dhia untuk mengambil segala perkara terutamanya yang mnajadi kesalahannya toooo seriously. Kadang-kadang sehingga mampu merosakkan prestasinya untuk sehari itu.

Apakah salah Dhia hari ini? Dhia telah terlepas pandang satu abnormality pada satu gambar x-ray. Consequences daripada kejadian itu, Dhia terpaksa bertnaggungjawab untuk mencari ganti bagi menyelesaikan kesalahan yang telah Dhia lakukan. Pada awalnya Dhia cuba untuk mencari salah pihak lain juga. Tapi the other part of Dhia sedaya upaya menyangkal tindakan Dhia itu. Dhia sudah dewasa,  Dhia perlu bertanggungjawab atas kesalahan yang Dhia buat. Lirik lagu "you can put the blame on me" berkumandang dalam benak Dhia. 

Semua manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Dah banyak kali Dhia memutarkan quote itu. Setiap kali Dhia berbuat salah Dhia akan cuba menenagkan diri dengan kata-kata itu. Experience is the best teacher. It will give the best lesson yang akan stick dalam diri sampai bila-bila. Somehow it depends on oneself untuk berusaha meng-improve-kan diri dan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ya, betul tolonglah jangan membuat kesalahan yang sama. Dhia mengingatkan dirinya sendiri. Tiba-tiba Dhia terimbau satu peristiwa yang mana that person mention that "so dont make any mistake at the first place". Nampaknya ada sedikit percanggahan dari apa yang Dhia selalu percaya. 

Walaubagaimanapun Dhia tahu dan berharap kesalahan Dhia is not life threatening to that someone. Dr memberi Dhia sedikit harapan dengan menyuarakan kenytaan tersebut. Hanya Dhia dan bos Dhia yang menerima akibat but bos Dhia try to teach Dhia untuk selesaikan problem tersebut dan tidak bergantung kepada dia sahaja. Dhia faham niat baik bos Dhia. Ya, Dhia akan belajar. Semoga Dhia tidak lagi terlepas pandang sesuatu seperti ini. Dhia harus lebih fokus next time. Please and please....this problem can be solved within this week. Pray hard~

Written by,
fiyarossa



Friday, January 24, 2014

CERITA SHIF PETANG 3

Nampak sangat ke aku malas pikir tajuk best for my entries? huhu..
Actually bukan malas, tapi....
Argh, my mind cannot come out with good reasons.
So just accept it as it is je lah.


The story begin.

After go through a few pages of that angio machine manual, Dhia decided to stop.
Her eyes become watery because of the sleepiness. She tried really hard to focus on what she read. However the words inside the manual seems like a good sleep potion for her. The song Rescue by Yuna filled the air inside the office. This made Dhia remembered the night the day before. About how she met a guy who she called Dr from some chatting website. Using the nickname "Yuna", she managed to be friend with this Dr. Actually, Dhia had stop using chatroom to get new cyber friends. 

You know, there are many types of frauds happened online. Not to mention few days back, when someone that Dhia known for two years tried to cheat her. The girl named M. She say hi to Dhia using the FB messenger. Not trustful because of the using of internet. Plus, she asked Dhia for money, She said that a friend of her need 1k. So Dhia tell her she doesn't have that much of money. So she asked Dhia, even 50 would be helpful. Dhia try to asked a few question that only true friends of her would know. Wow, she can answer it, but after a while. Maybe she do some research first, that Dhia doesn't know. But the thing that bother Dhia the most is the way M mention her name. Nobody during Dhia's high school call her by that name. Even that story true, Dhia really doesn't have enough money to give M. 

The end.

After baca buku Harry Potter sebentar tadi.
Perasaan nak menulis cerita in English membolosi minda.
(Okay, i know i don't use the correct word)
So please bear with my writing.
Hargh3...

Annyeong~
Salam~

Thursday, January 16, 2014

CERITA SHIF PETANG 2



Dhia memulakan harinya dengan memandikan Si DJ yang menjadi buah hatinya. Dhia memang telah berjanji dengan SI DJ untuk membasuhnya. Tambahan pula, esok Si DJ bakal melalui servis yang pertama bersama Dhia di Jalan Semamb. Sakit-sakit badan Dhia selepas selesai membersihkan Si DJ. Jadi hari ini, Dhia pergi kek kerja dengan SI Dj yang sudah bersih dan tambahan satu calar. Oh, calar itu dibuat Dhia semasa mengelap Si DJ tadi.

Cuaca agak mendung, kadang-kadang hujan renyai-renyai urun membasahi bumi yang belu sempat kering. Oleh itu, Dhia mengambil keputusan untuk memarkir Si DJ di hadapan bangunan tempat kerjanya sahaja. Tidak perlulah Dhia berjalan jauh meredah hujan semata untuk mengelakkan disaman pihak MPK.

Hari ni DHia memulakan kerja dengan satu kes di bilik bedah. Kes tersebut dinamakan HSG. Dhia cuba untuk memandai-mandai, namun kepura-puraan Dhia menipu diri sendiri tidak berhasil. Dhia separyh gagal melaksanakan kes tersebut dengan jayanya walaupun Dhia turut dibantu rakan sekerjanya. Dan segala-galanya memerlukan pertolongan bos Dhia yang sangat hebat itu.

Kadang-kadang Dhia terfikir, kenapa lelaki selalu hebat jika sesuatu perkara itu mempunyai kaitan dengan mesin. Kalau ada perempuan yang hebat pun, masih lelaki yang akan mendominasi. Fitrah. Kalau Dhia hanya memikirkan jawapan yang senang, mungkin itulah jawapan yang paling tepat. Alangkah bagusnya jika Dhia juga mempunyai kebolehan seperti lelaki. Sebagai contoh bos Dhia itu atau contoh yang lebih hampir, abang Dhia sendiri.

Selepas diberikan bebarapa tips dan nasihat oleh bos Dhia, Dhia fikir Dhia mampu menangani kes-kes seperti tadi ibarat memotong sayur di dapur shaja. Simple but crucial dan sangat penting sebenarnya, Sudahlah Dhia merapu hari ini. Jam hampir memnunjukkan pukul 5 petang. Masa untuk mengurangkan sedikit rasa stress yang menghuni.


Written by,
fiyarossa

Friday, January 10, 2014

CERITA SHIF PETANG 1



Dhia masih duduk termenung memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Jantungnya masih berdegup deras walaupun tidak sederas hujan yang mencurah-curah di luar bangunan tersebut. Apalah nasib si kucing hitam yang dilanggar Dhia tadi Dari cermin pandang belakang, Dhia memang boleh melihat kucing itu melarikan diri ke dalam semak. Tetapi bunyi kucing itu dilanggar masih terngiang-nginag dalam minda Dhia. Pada hakikatnya, Dhia bukan shaja risau akan keadaan kucing itu, Dhia juga risau kondisi keretanya. Sudahlah beberapa hari yang lepas Dhia mencalarkan bahagian bawah skirting depan keretanya semasa hendak memarkir kereta. Hari ini Dhia terlanggar pula satu makhluk kecil yang tdak berdosa. Dhia berbisik dlam hati, memang tidak boleh dia mahu menyalahkan kucing tersebut kerana kucing tidak mempunyai akal seperti manusia. Seharusnya Dhia memandu dengan lebih perlahan. Sudahlah Dhia melebihi had kelajuan kawasan tersebut. 60km/jam, Dhia memandu 80km/jam. Lebih 20km/jam.

Kalaulah ada polis trafik di kawasan itu, sudah tentu Dhia akan diberikan tiket. Bukannya tiket showcase Leesang seperti yang Dhia inginkan. Oh, tapi Dhia juga teringin ditahan abang polis trafik, Dhia tidak mahu tiket, Dhia mahu berkenalan. Huh! Impian apa yang Dhia miliki ini sebenarnya. Hanya Dhia yang tahu.

Akhirnya selepas fikiran Dhia melayang jauh memikirkan polis trafik, Dhia semakin lupa apa yang merunsinsgkan fikirannya sebentar tadi. Dhia sebenarnya hanya mahu bercerita, tetapi tiada lagi teman-teman yang boleh menerima loyar buruk Dhia. Oleh itu, semua cerita hanya berjaya diputarkan dalam minda Dhia sahaja. Tiada lagi lawak cecuma (as in cecupak but PUMA's style) yang boleh dilayarkan. Mungkin satu hari nanti kebolehan cecuma Dhia boleh hilang. Tidak mustahil tapi itu mungkin memerlukan satu masa yang sangat lama untuk berlaku. Hari ini Dhia hanya mampu berfikir dan berfikir. Bagaimana Dhia mahu menjadi dirinya semula, mungkin lebih baik, agus dan segalanya.