Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 10, 2014

CERITA SHIF PETANG 1



Dhia masih duduk termenung memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Jantungnya masih berdegup deras walaupun tidak sederas hujan yang mencurah-curah di luar bangunan tersebut. Apalah nasib si kucing hitam yang dilanggar Dhia tadi Dari cermin pandang belakang, Dhia memang boleh melihat kucing itu melarikan diri ke dalam semak. Tetapi bunyi kucing itu dilanggar masih terngiang-nginag dalam minda Dhia. Pada hakikatnya, Dhia bukan shaja risau akan keadaan kucing itu, Dhia juga risau kondisi keretanya. Sudahlah beberapa hari yang lepas Dhia mencalarkan bahagian bawah skirting depan keretanya semasa hendak memarkir kereta. Hari ini Dhia terlanggar pula satu makhluk kecil yang tdak berdosa. Dhia berbisik dlam hati, memang tidak boleh dia mahu menyalahkan kucing tersebut kerana kucing tidak mempunyai akal seperti manusia. Seharusnya Dhia memandu dengan lebih perlahan. Sudahlah Dhia melebihi had kelajuan kawasan tersebut. 60km/jam, Dhia memandu 80km/jam. Lebih 20km/jam.

Kalaulah ada polis trafik di kawasan itu, sudah tentu Dhia akan diberikan tiket. Bukannya tiket showcase Leesang seperti yang Dhia inginkan. Oh, tapi Dhia juga teringin ditahan abang polis trafik, Dhia tidak mahu tiket, Dhia mahu berkenalan. Huh! Impian apa yang Dhia miliki ini sebenarnya. Hanya Dhia yang tahu.

Akhirnya selepas fikiran Dhia melayang jauh memikirkan polis trafik, Dhia semakin lupa apa yang merunsinsgkan fikirannya sebentar tadi. Dhia sebenarnya hanya mahu bercerita, tetapi tiada lagi teman-teman yang boleh menerima loyar buruk Dhia. Oleh itu, semua cerita hanya berjaya diputarkan dalam minda Dhia sahaja. Tiada lagi lawak cecuma (as in cecupak but PUMA's style) yang boleh dilayarkan. Mungkin satu hari nanti kebolehan cecuma Dhia boleh hilang. Tidak mustahil tapi itu mungkin memerlukan satu masa yang sangat lama untuk berlaku. Hari ini Dhia hanya mampu berfikir dan berfikir. Bagaimana Dhia mahu menjadi dirinya semula, mungkin lebih baik, agus dan segalanya.

No comments:

Post a Comment