Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label ape. Show all posts
Showing posts with label ape. Show all posts

Monday, September 22, 2014

WHEN I DON'T UNDERSTAND MYSELF

Salam~
Annyeong~

Whenever I feel like this.
I know that it's normal due to my imbalance hormone changes.
But sometimes I don't understand myself.
I know but I don't understand.

This feeling like crunching my bone.
If you can see my virtual feeling right now.
It feels like my heart is smashed, cracked sejuta macam rear windscreen CDJ punya ari tu.
Tears keep falling like hujan.
Sensitive to every word mentioned to me.
The part that make me curious the most is...why am I being sensitive only to that person?
Maybe....
Maybe me being sensitive to that person only for this cycle.
Maybe....

If I just follow my kepala yang penuh emosi right now.
I'll grab a ladder, tall ladder to get back what belongs to me.
If that ladder is not tall enough, I'll rent a crane or anything taller to reach for it.
If nothing can reach it.
I'll just goyang2 and let that thing smash to ground.
I don't care anymore.
Okay, itu kalau ikut kepala yang emosi.

But I won't.
I'll wait. 
Try to compose myself until all the gelora is gone.
Then I'll think.
I'll pray.
Cuz deep inside I know although I'm not understand.
It was a worth move to put that thing up high.

Written on 22/9/2014

Friday, September 12, 2014

INTERNET MOBILE: HOTLINK OR CELCOM

Salam~
Annyeong~

Aku ni pengguna tegar mobile internet.
Reason: I need to staty online bila takde keje.
Lagipon internet sekarang memang penting.
Apa guna beli henpon 3G ke 4G tak subscribe internet kan?
Plus sekarang orang lebih prefer Whatsapp compared to normal sms.
Lagi banyak boleh nyembang.

Tapi untuk pilih which line yang provide better internet mobile?
Aku biasanya guna Celcom punya line untuk internet.
Tapi disebabkan aku cuma bukak data bila kat lua so aku decide beli yang social pack je.

Social pack = RM10 for 150MB.
Guna lah sampai bila2 as long as that 150MB tu tak habes.
Mula2 dulu aku rase okay je bila pakai ni.
Tapi masuk hari ni, dah empat lima kali jugak  Celcom telan duit aku.
Before this they will send one SMS untuk alertkan pengguna.
Bila dah guna 70% and 100%.
So that nanti takde lah kita kena charge untuk bayar-bila-guna punya charge.
Yang bayar-bila-guna ni 10sen untuk 10kB.
Aku pernah dua kali tak dapat SMS 100% used.
Tiba2 je ada SMS aku dah guna more than RM10 untuk perkhidmatan bayar-bila-guna.
RM10 tu boleh beli lagi satu social pack.
Rugi sangat rasanye.
Dua kali, so RM20.
Yang lain2 tu rasanya dua kali, dia hantar SMS kata I used RM3 or more for their charge-per-use data.
Rasa tertipu sebab dah buat aduan dah.
Buat aduan, pastu dia amek report, pastu jadi balik, buat aduan balik, jadi balik.
Huh! At first I thought dokrang akan pay me back sebab salah dokrang tak alertkan pengguna.
Tapi maybe sebab aku dah guna, aku rasa takpelah.
Tapi bila jadi balik ni menyirap jugak.
Saja je nak makan duit orang banyak2.

So today aku transfer Simcard Hotlink dalam smartphone aku.
Aku beli data plan RM20 for 350MB for one month.
Whatsapp dan yang lebih kurang apps camtu dia free.
Kiranya tak makan lah kuota tu katenye.
So nak try lah dulu.
Kalau better aku akan guna Hotlink data plan je lah.

Aku sayang no Celcom tu sebab dia upax.
Tak payah risau tamat tarikh.

Jadi sekarang tengok macam mana line data Hotlink.
Kita try compare then decide.


Wednesday, July 9, 2014

STILL WANDERING

Salam~
Annyeong~

Hey!
Last 19th June I went to Genting to do some business.
It was quite a 'wonderful' experience and memory.
However I promised myself not to do such thing again.
"Just nak rasa".
That was my alasan and dia gave me the experience that I want.
Genting is still under renovation.
The view up there is not so nice.
Jalan got holes here and there.
Lorries, I mean big lorries can be seen anywhere.
Even at the top view is not so eye-pleasing but the view from the top is still breathtaking.

Kabus yang tebal in the morning.
Macam berjalan dalam awan.
The cold air just like the air during my trip to Korea.
Minus the view of course.
If the renovation completed later, I think I want to spend another night there.
(With my beloved..ha.ha.ha...)

Now.
Like right now I don't have any plans.
No short term goals.
So I find myself wandering.
My mind wandering.
My body and soul also wandering.
Only my heart is sticking to one place.

Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini sepatutnye aku isi dengan something yang berfaedah.
Something that can fill my day so that my fasting will not be 'tin kosong'.
Tapi I don't manage to fill it with anything yet.
Last week my alasan is oncall.
This week?
No alasan but still not doing anything that should be done.

Plussss...
Sejak beberape hari ni aku asyik buat ultrasound cases dengan tidak bagusnya.
Sometimes I feel like Dr is having his eyes on me.
Not in a pleasant way, macam he's going to scold or remind me of my bad performance.
I am not afraid.
It's just that I feel not comfortable with that kind of feeling.
Feeling guilty?
Huh!! Working in diagnostic field is important.
If I missed or giving wrong information about the patient, imagine what would happen.
I am not a student anymore.
It is my responsibility that I need to carry on my own.
Not my senior or colleague yang akan galas my mistakes.
That's why I wish to move out from this field.
(Macamlah yang lain tak ada responsibility)
I think it will be better if my mistakes didn't cause a life to be at stake.
"So don't make mistakes until you find other jobs".
Keep reminding myself everyday.

Enough blabbering.
Me is at KCDC and updating my blog.
Haish2...

"I LOVE YOU"

Annyeong~
Salam~



Monday, February 24, 2014

DIFFERENT PERSONALITIES

Salam~
Annyeong~
First time aku denga pasal orang yang ada dua tiga personaliti ni dalam citer CSI.
Tapi itu lamaaaa dulu.
Aku pon tak besa sangat untuk paham benda2 complicated macam tu.
Bila dah boleh paham ni, aku tengok dalam cita Criminal Minds plak.
kenapa ye, kalau pasal identiti or personaliti yang banyak je kaitan dengan citer orang jahat.
Mesti salah satu personaliti tu jahat.
Satu lagi baik.
Kadang2 macam dalam game Resident Evil Veronica tu boleh jadi perempuan.
Biasanya identiti yang real one mesti takkan sedar kewujudan identiti jahat.
Yang jahat pulak tahu yang dia ambil alih badan yang baik.
Sometimes ada gak yang tak sedar.
Selalunya orang2 ni ada double personalities.
Rare lah case yang ada triple or more personalities.
But anything can happen kan.

Aku pernah buat status kat FB pasal wondering if I have more than one personality.
Actually aku punya condition bukan lah macam dalam citer2 tu.
Aku cuma ada kecelaruan identiti.
Hahahaha...
Should I quote it like that?
Macam tak je huhu..
(Sofya mula bercakap sendiri, dengan Rosati?)
Okay, sebenarnya aku suka ngarut2 je.
Dari dulu aku suka cakap sorang.
Bila takde orang lah selalunya.
Pernah satu umur dulu, aku suka cakap dengan benda.
Almari, katil, buku2 dan macam2 lagi.
Tapi sebab aku rasa macam orang yang bermasalah, aku stop.

Actually aku punya citer lebih kepada the side of me yang aku tak tunjuk kat orang.
The side yang aku tunjuk kat A tak semestinya aku tunjuk kat B.
Some sides plak maybe aku just tunjuk kat C.
And ada juga sides yang aku tak tunjuk kat sapa2.
Simpan sorang2 sampai jumpa orang yang aku boleh tunjuk that side.
Kiranya banyak sides lah.
Masa aku taip ni mula2 aku terbayang cahaya bulan yang menyinari bumi kat satu bahagian je.
Pastu tibe2 aku terbayang bentuk cube, aku punye sides cam side kat cube tu.
So many faces....
Hush3...
Aku bukan nak jadi macam talam dua muka or kiub enam muka.
Tapi begitulah~
(Nak tulis gelak hahaha tapi terpikir "sendiri taip sendiri gelak", sekarang baru nak terpikir kan)

Okay sekarang citer lain plak.
Kerja aku kat sini cam dah okay.
Orang2 pon dah okay.
Ada je certain benda yang aku masih tak hebat and need more and more improvement.
Tetapi semuanya getting better.
Bak kata mak "dah boleh la senyum pegi, balik keje".
Stress makin kurang except when hormone kucar kacir lah.
Normal lah tu.
Itu je...

Salam~
Annyeong~

(Kat opis, 50 minutes to go nak balik umah.. )



Friday, February 21, 2014

24 YEARS OF EXPERIENCING LIFE....

Salam~
Annyeong~

So the story of me begins since before I see the world.
Inside the womb of my very precious somebody- my mom.
I begin to experience life since then which I clearly not remember.
Only the person yang ada kat dunia yang sedar.
Mak, abah, kakak2  dan abang.
Oh mungkin ada yang lain which includes doctors, nurses eh dah merapu jauh nampaknye.

Actually this entry is a flashback of myself yang berumur 23 tahun.
(>^_^<)
Started from 19 February 2013.

My last time to celebrate birthday as student bersama-sama kawan2 kesayangan aku.
They threw a birthday celeb at kedai roti boy kat Times Square.
(TS ke ye?Aku pon tak ingat sangat)
Kek yang sangat sedap, charcoal ape tah perise dia.


Mac 2013

Kami banyak spend time dengan mencuba tempat2 makan yang tak pernah di lawati.
Only 4 months left untuk bergelar student UM.
Antara tempat yang aku ingat ialah:

Dip n Dip.
(Chocs for all the menu)


Restoran Uncle William.
(Macam SS2 Murni tapi lagi mahal)

Island BBQ and Steamboat.
(Pegi skali ngan Juna)

Most of the time, aku spend time ngan Sabb.
Selesaikan research project.

April 2013

Pegi dinner second college for the last time.
Walaupun aku tak suka sangat.
Tapi sebab dah bayar, jadi aku pegi je.
Tim tak pegi, so Elly ganti tempat dia.



First time outing roomates.
Kitorang pegi jalan2 kat IKEA.
Makan meatballs and berangan dalam IKEA.
Cannot spend masa lama sangat dalam tu sebab kitorang kua lambat.


Aku ngan Mira invented "Hari Kaya".
Kitorang pegi minum2 and main boling dekat eCurve.
(Rasanyalah ecurve, huhu, tak ingat)


And the girls from my class spend a special weekend kat Morib.
(^_^)


Mei 2013

Again, this month aku menghabiskan baki2 student life aku.
Bercengkerama with my classmate yang setia.

(aku pasan, this time aku quite chubby compared to HIM haha)

Aku jugak melunaskan ke-cravingness aku nak makan pancake.
Entah lah kenape aku nak sangat.
Tapi tiap2 hari cakap.
Lastly kawan2 aku pon ikotkan je aku punye kepala.
Kitorang makan kat Pancake House kat MidValley Megamall.


Again, this month aku spend a lot lot time menyiapkan projek final year aku.
Melalui saat2 yang sangat stress dengan berbekalkan satu bulan je.
Memang stress tahap gaban sampai laptop pon jadi mangsa.
Kerusi meje semua kena baling.
Kesian roomates aku dapat ahli psiko macam aku.
Aku memang tak boleh kawal diri kalau burst.

Jun 2013

Akhirnya berjaya menyiapkan final year project.
Yahoo!!Alhamdulillah.
Hilang beban yang ditanggung berbulan-bulan.
Sekarang tinggal final exam and presentation je lagi.
Dua benda yang paling crucial before grad.
Before that, kitorang mengambil peluang untuk bergumbira dulu.

First skali is Dinner MEP.

After that kitorang buat BBQ party kat rumah Hisham.
Mula2 cadang nak masak sendiri.
Tapi bila masak je burnt abes sumer lauk, jadi abang Hisham yang tolong bakar semua.
Kami makan je.
Fatimah goreng Kuew Tiau yang sedap.


After that, kitorang lepak rumah Fatimah pulak.
Makan2 ramai2.
Fatimah masak juadah yang enak.
Masa ni kete kakcik ade problem.
mahal jugak nak repair dia.
Wohoho..

27 Jun, tamat belajar.
Paper last dan kami pon keluar berjimba.
Aku tak ingat sebenanye pegi mana.
Yang aku ingat semua bebanan dah terlepas as a student.
Tinggal lagi perassan nak mencarik keje plak.

July 2013

Hurm....
Aku tak ingat sangat apa yang berlaku bulan ni.
Most probably sebab aku ade kat rumah kot.
Bulan puasa jugak.

August 2013

First time abah bagi drive jauh2.
Kali ni balik kampung kat Perak masa hari raya.
Me drive Kakcik's Savvy sebab I am the only driver yang available.
Yang lain semua balik rumah mak mentua masing2.
Kami reunion family raya kat rumah kakak kat Teluk Intan.

Balik tu aku naik kete ngan abang and Kak Sue.
Abah tak bagi drive sebab nak naik Genting Highlands.

September 2013

Proses Job Hunting yang meluas.
Kebosanan duduk di rumah membuatkan aku jadi tak keruan.
Duduk sana sini semua tak kena.
Tahap neves nak pegi hanta resume for the first time.
Hua3.
Then Emily called.
She said one of her colleague nak quit, so she asked me to come to her workplace.
Mula2 aku ingat just to submit my resume.
Sekali kau, teros interview on the spot.
And aku dapat this job on the spot jugak.
Yang kelaka nya.
Masa nak pegi carik that hospital, the general manager herself yang pegi fetch aku.
Sebab aku tak jumpa nak carik that hospital.
First time denga kan.
Hurm...
Bila dah dapat, aku accept je.
Tapi dalam hati, tuhan je yang tahu betapa berbolak balik nya hati aku.
Aku takut sangat salah pilih jalan.
Now look at me, still here.
Working fine.
(Cesh, macam machine plak)

Oktober 2013

My convocation dayyyy.
Yeah, aku bertolak sehari awal.
Masa on the way nak pegi, kitorang terpaksa patah balik sebab aku tertinggal my mortar.
Nasib baik tak jauh lagi.
Kalau tak, memang kena marah abes2 lah ngan ayah aku.
Huhu...
Aku booked hotel for my family that includes my abah, mak, lil bro (not s little though) and me.
Satu bilik je.
Convocation best!!
Sebab dapat banyak bunga.
(^_^)



Balik dari konvo aku kena bersiap nak pegi keje.
Started to work at KCDC on 4th Oct.


Keje aku X-ray orang tiap2 hari.
Mujur ada keje sampingan seperti bergosip hangat dan macam2 lagi.
Hahaha...

November 2013

Bawak mak jalan2 KL using my first gaji.
Sampai bateri kereta kakcik abes sebab lupa nak padam lampu.
Naseb baik ada abang kat KL masa tu.

Pindah ke rumah Balok.
Rumah tempat aku membesar.
Not actually membesar sangat.
From me age 4 till me age 12.
So tempat aku berkanak-kanak.
Hehe...
Baru dua hari pindah.
Kuantan banjir dahsyat2.
Alhamdulillah rumah kitorang antara yang terselamat.
Even jiran2 aku semua masuk air rumah mereka, rumah aku yang kat tengah ni terselamat.
Kuasa Allah.

(Ni gambar sebelum air naik tinggi lagi)

Disember 2013

Haaaa...
Time ni ngah gawat2 sebab aku tengah sibuk nak beli kereta.
Carik sana sini tempat yang sesuai.
Padahal abah yang sibuk carik sebananye.
Aku just tolong prepare semua dokumen yang patut ada je.
Maka terhasillah CDJ.
(Okay now I smile wide2 huhu)


Januari 2014

I guess takde apa2 yang berlaku sangat.
Just pasang tinted kat kereta.
Jalan2 kat airport Kuantan.
Book appointment for minor surgery on my birthday.
Hahaha...

Thats all.
Maybe ada je peristiwa2 yang aku lupa nak add on.
Tapi sebenarnye apa yang berlaku throuhout the year memberi aku macam2 pengalaman.
Suka dan duka, sedih dan tawa.
Semuanya untuk jadikan aku yang sekarang.
Feeling deeply grateful for my wonderful years.

(^__^)

Wednesday, November 13, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #6



The skeleton person do have a sensitive heart.
Even the stabber don't really mention the words from the notes.
The skeleton interprets the stabber's words to become like that.
Huish~

(Not a wordless entry pon kan, hahah)

Wednesday, November 6, 2013

WORK, WORK, WORK

Salam~
Annyeong~

Buat pengetahuan rakan2, dah sebulan aku kerja.
Dalam sebulan ni macam2 jadi kat tempat keje tu.
Most of them were things that i really hope i can forget.
Banyak sangat mende tak best.
Awal2 keje memang emo tahap gaban.
Someone said that, pompuan emo is normal.
Huh, aku tergolong dalam kalangan pompuan2 tu.
I know, not all woman akan emo macam yang aku emo ritu.

After a week pon still ade je mende tak best.
The next week tu pon still ade.
Bukan the whole week, bukan everyday.
Tapi, bila je aku rase macam dah boleh gembira mesti something bad happen.
Maybe aku ade magnet masalah kot.
After a month, that magnet should already lost its power.
Hope so, Aminn.

Aku masih belom menjumpai sinar kegembiraan bekerja kat sana.
Mungkin aku tak cukup ikhlas.
Aku memang sedang berusaha mengikhlaskan diri seikhlas ikhlasnye.
Aku sedang belajar untuk suka berada di sana.
Aku belajar untuk tak ambil pusing apa yang orang cakap kat aku.
Especially if that omong2 is not going to give me any benefit.
Aku belajar untuk speak myself out loud.
Berani bagi pendapat and saranan.
Tapi kalau nak buat macam tu, ilmu perlulah penuh di dada.
Ye dak?
Kalau tak sape mau dengar.

Esok keje.
Semoga aku boleh gembira berada di sana.
Kalau betul jalan yang aku pilih, tunjukkanlah.
Kalau salah, tolong tunjukkan jalan yang betul.
Semuanya Allah dah tentukan.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Salam~

Monday, October 21, 2013

FEFEELING

Salam~
Annyeong~

Aku selalu sangat buat tajuk entri yang tak memberangsangkan.
Tak reti nak kasi tajuk ape.
Huuuuu~

Sebenanye nak tulis pasal konvo ari tu.
Tapi sebab dah upload gamba kat fb, so perasaan nak bercerita kat blog pon kurang sket.
Tak excited ke?
Excited lah!
Cuma excited nak bercerita tu takde.
Huhu...

Okay, now back to tajuk kita.
Fefeeling...
Yeah, aku baru je baca dua blog yang bercerita pasal feeling masing2.
Both blogs cerita feeling mereka in a very polite way.
Polite?
Hurm, I don't know how to categorize that kind of tulisan.
So polite should be okay na?

What I really feel right now is.
Aku pon nak fefeeling jugakkkk..
Hahahaha.
Tu je.
(Sebenanye tadi pikir nak tweet je, tapi dah alang2 bukak blog ni haha)

Entri yang membuang masa kan.
Tah pape.

Babai~
Annyeong~
Salam~

Tuesday, September 24, 2013

SHAMPOO AND CONDITIONER...

Salam~
Annyeong~

Apalah kejadahnye tetengah malam ni aku teringat citer pasal syampu plak.
Pusing punye pusing kepale aku mengimbau memori.
Makanye cerita syampu ini pon muncul.
Sebenanye banyak mende yang happened in the past yang aku tak nak lupa.
Tak nak lupa tak semestinya aku ingat sepanjang masa.
But I want that kind of memories to be there whenever I try to recall it.
Contohnya macam kenangan syampu ni.

Cerita pon bermula.
Masa aku form 2 or 3 kisah ni berlaku.
Aku tak berape ingat masanye.
Masa tu aku belajar dekat SMK Seri Kuantan.
Aku dok asrama and dua bulan sekali aku balik rumah.
Rumah aku takde lah jauh mane dari sekolah.
15 minit camtu dah sampai.
Tapi sebab sekolah tu is one of the sekolah harapan yang semua student need to stay in the hostel.
Makanye aku pon jadi student asrama.
Kawan aku, umah dier kat lua paga sekolah tu je.
Balik boleh je jalan kaki balik umah. 
(Which she never did, slalu parents dier amek jugak)
Kena jugak stay kat hostel sebab itu dah memang rules dier.

Dulu2 family aku takde lah senang sangat.
(Terbayang lagu penyanyi nama Tegar tu huhu)
So bile nak beli makanan nak buat stok kat bilik, memang aku akan amek sikit je.
Parents aku takde pon cakap pape, tapi aku segan nak amek banyak.
Sendiri pikir lah.
Pastu kalau beli barang2 toiletries pon amek yang jenama yang tak gah sangat gitu.
Contohnye di sini ialah syampu.
(Oh,oh kisah syampu nak start dah)
Aku slalu pilih syampu yang paling murah skali kalau pegi kedai.
Sampai aku pon tak hengat name apetah.
Asalkan murah je aku okay.
Asalkan syampu kan.
One day....
Syampu aku dah habes dipakai.
Aku bukan lah ngade2, tapi syampu tu macam barang wajib lah dalam bakul mandi tu.
Jadi aku tepon lah abah cakap syampu abes.
Nak dijadikan citer, aku tak bley balik for quite some time.
Aku tak ingat kenape.
Maybe ade event kot.
Jadi abah kena lah belikan dan tolong antakan syampu tu.

Esoknye abah datang bawak syampu dan barang makanan.
Owh, abah beli banyak barang makanan.
Contohnye maggi kari (ni barang wajib aku) dan kek apollo yang sedozen tu (yang ni aku tak pernah beli sebab aku takut mahal).
Terharu rasanye..betul sangat terharu.
Aku kan dulu cengeng sket, tros berair mata.
Dan syampu yang abah beli.
Syampu yang ade jenama!!!

(Mr G's pic)

Kaler hitam syampu dier.
Teruje aku dapat syampu tu.
Sangat2 teruje.
Itu first time aku rase aku pakai syampu best kat asrama.
Aku tak penah nak amek tau pasal hage dier.
Yang aku tau, benda tu sangat berharge sebab abah yang belikan.

Beruntung jadi anak abah!!!
Alhamdulillah~

Now....
No more syampu yang tah pape.
Aku pon dah dewase.
Family kami pon sekarang not like before, Alhamdulillah.

(Syampu baru kua bilik air)

Sebenanye citer syampu muncul sebab aku terharu dengan apa yang abah buat hari ni.
Then aku sedar, banyak sangat abah dah buat untuk aku.
Banyak sangat2, sampai my mind keeps going further back and finding more and more things about abah yang buat aku terharu.
I love my abah very2 much.

"Ya Allah, kau peliharakanlah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menjaga aku semasa kecil hingga aku yang sekarang. Amin"

Annyeong~
Salam~


Thursday, September 12, 2013

TAKUT SALAH PILIH JALAN...

Salam~
Annyeong~

Hai eberibadibadibu.
Still struggling after making that tough decision.
Aku penah melalui banyak persimpangan yang macam ni.
Which after I'd taken one path but still toleh belakang and not sure whether I chose the right one.
Yang paling aku ingat sekarang ialah:
Nak buat decision antara nak pegi intebiu for maktab or enter UM.
Sebenanye aku tak minat sangat kos yang aku pilih tu.
Tapi I chose a safe road.
So that I'll be safe.
Yelah, kalau pegi intebiu cikgu tak semestinye aku dapat kan?
And abah said that I can only choose one.

Dah sampai penghujung pon jalan yang aku pilih tu.
Dah tamat dah belaja.
Aku tak regret sebab aku dapat jumpe kawan2 yang sangat best.
Aku dapat experience yang segalanye best dengan dokrang.
But that's all.
That's all?!!
Still don't really like to be a radiographer.
Yet, i still search for a job that have connection to radiograper-ing.
Semuanye sebab itu yang aku belaja.
Padahal aku boleh je pilih keje lain yang tak ade dengan my related field tu kan.
Asalkan that employer doesn't mind lah.

Aku penah cakap kat diri aku sendiri.
I will accept any job offer after this.
Aku dah tolak dua job offer.
So aku pikir the third one selalunye bagus.
Hurm....
Aku tak tahu nak cakap sebenanye okay ke tak.
I had already accepted the offer.
But now, I wonder if I made the wrong decision.
Kalau wrong, tolong lah bagi aku petunjuk sekarang.

My friend suggesting me to take the road not taken.
What does it really mean by that quote actually is so much more than the phrase itself.
Buat mase ni.
I will just try to follow the flow.
If I am not feeling very comfortable.
Or semase di pertengahan jalan aku sedar this road is salah.
I will quit!!

Maybe they will be lenient after some times.
Who knows.
People change right?
 I will change but not towards the negative side.
Pray for me.

(Pinjam gamba Yuna)
-
-
-
-
-

I keep telling myself, that this is right.

Salam~

AKU BUKAN BAIK SANGAT

Salam~
Annyeong~

Tajuk tu sebenanye nak tweet2 kan sahaja.
After a few seconds of thinking.
(Hurm, ayat omputih beterabur)
Aku decide nak update blog with that title.
Banyak yang boleh di-eloboratek-kan.
(In my mind nak tulis "banyak sikit" tapi tak nak guna false malay yang amat)
Haish....sebenanye banyak sangat perkara yang berlari-lari di pikiran.
Tak terluah dengan kata2 juga tulisan.

Nak taip, tapi hati berat nak ceritakan.
Because, I once read that not all secret should be told.
Kalau rahsia orang memang aku rahsiakan.
Kalau orang tu suruh rahsia lah.
Padahal bukan lagi rahsia when a secret is shared between two persons.
Aku dah la suka sangat bercerita.
Kadang2 mende yang not confirmed lagi pon aku citer.
Most of them about me lah.
Kalau pasal orang lain, bukan rahsia dah, tu namanye mengumpat.

Mulai dari saat ni, aku rasa macam nak keep everything secrets.
Tak nak bagi tahu langsung apa2 ka orang about my life.
Not everything lah, some things need to be told jugak.
Hahahaha...
Ni baru ayat je yang pusing2.
Kalau anda2 semua boleh menjelajah pikiran aku sekarang.....
Memang lagi banyak benda yang aku pikir.
Semua nye berputaran.
Berlawan-lawan who will be the winner.

Okay, macam dah lari tajuk sangat kan.
Inilah akibatnye kalau berusaha nak mentafsir apa yang ada dalam minda kita.
Oppps, not minda kita.
Tapi minda aku.

Going for a mind clearance.
Ciow~

Annyeong~
Salam~

Wednesday, September 4, 2013

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS

Salam~
Annyeong~

Pejam celik pejam celik.
Here we are in September again.
Maknanye dah tiga bulan aku menganggur.
Yer, sebenanye aku cuba taknak guna word tu.
Sebab aku rase cam siyes tak best.
Hurm..
Unemployed?
Huh, sama je, cuma di-bahasa-Inggeris-kan sahaja.

Siyesly, I need to really wake up when September ends.
Aku kena lebih..lebih..lebih..lebih berusaha untuk menjadi seorang pekerja.
Please don't be so choosy.
Sebab memang tak boleh sangat pon pilih kerja2 ni.
Berdasarkan pengalaman aku menjalani beberape intebiu di sana sini.
Mungkin tak seperti yang aku harapkan.
Tapi after this, I need to accept whatever option that comes.

Abah cakap, before grad ni takpela kalau aku nak buat perangai sket2.
Sebab biler lagi kan?
Kalau dah keje, kena fokus.
Tapi after grad, no more excuses!!
You must go out and explore the world.
Kalau tak carik keje pon.
Pegi carik menantu untuk abah.
Eh??

Not really in the mood right now.
Malam masih muda.
Niat di hati nak tengok citer Wreck-It-Ralph yang sangkanya sudah di record.
Sangkaan itu ternyata salah.
Sebab time abah ngah tengok berita tadi, abah ter-off-kan recording tu.
Result: No Wreck-It-Ralph for me.
For at least a week more.
Sebab tomorrow, I am going to Kerteh.
Anta kete kakcik and will stay a few days kat sana.
Takpelah...
Maksudnya malam ni criminal minds la.

Another reason for the mood swing.
Huh!!
Kesian orang2 yang tak bersalah.
Semua benda rase nak komplen.
Even pasal kes orang tadi pon jadi hal.
Oh, very sensitip me.
Memang lah aku tak hamburkan kat dier yang aku tak puas hati.
Tapi aku pegi tweet2 kan.
Haish2.
Salah time dier nak buat aku sakit hati.
Aku bukan nye baik sangat.
Trying to be baik, nice, and good people to people who do good things to me.
Dan juge to everyone yang ade kat muka bumi.
Yeyeah!!

Now, I want to have a date with Dr Reid.
Suka lah lelaki yang serba tahu macam dier.
Tak kesah lah nerdy ke ape ke.
Sebab I think guys who knows a lot of things are very2 cool.
*Smile wide wide


(Suka lelaki yang rambut serabut2 >.< )

Goodnight~
Annyeong~
Salam~



Friday, August 23, 2013

MOVIE MARATHON

Salam~
Annyeong~

Kehidupan selepas tamat belajar agak membosankan.
Hari2 rutin yang sama je berulang.
Mungkin ada satu dua hari yang lain sikit.
Tapi hari esok2 nye ulang rutin yang sama.
Kalau mende tu berfaedah rasa lah berbangga sikit.
Kalau asek ulang keje yang boleh dikatakan ibarat membunuh masa?
Hurm, kerugian~

So, I decided to do a movie marathon to kill my masa.
Dan juga tahap kebosanan yang melampau.
Menonton movie berfaedah ke?
Takde lah sangat.
Tapi at least dapat lah jugak aku melunaskan ke-craving-ness aku nak menonton citer yang dulu2 aku tak dapat tengok.
Hiuhiuhiu..

Aku bukan nye tak cube mencarik keje.
Cuma lepas dua tiga hari mencarik, aku rase penat.
Penat bila tak ade yang reply aku pnye email.
Haish!
Aku bukannye nak berputus asa.
Aku cuma perlukan rehat untuk collect balik semangat aku.

For example:
Today I went for an interview.
Haa, kan mencari namanye tu.
Tapi they told me that they prefer to hire a diploma student more because they cant afford to pay for degree graduate.
They also think that we should use our knowledge in higher accomodation macam hospitals.
And also, we have more chances to be chosen to work in a hospital.
Aminn...
Really hope that this statement to be true.
InsyaAllah.
Dengan kuasa Allah, apa2 pon boleh jadi.

Sebenanye agak disappointed, tapi yelah.
Bukan rezekiku di sini.
Harap2 aku cepat2 dapat keje.
So takdelah aku bermarathon lama2 sangat.
Before I'm getting bored with my new plan ni, aku harap sangat aku dapat keje.

So that is all.
I pray, everybody who read this to have a wonderful life ahead.
(^__^)

Annyeong~
Salam~

(Already missing our moments together > We are first years!!)

Saturday, January 7, 2012

RESEARCH METHODOLGY

Tajuk macam ilmiah kan?
Tapi sbenanye nak mengadu je.
Ngadu kat sape?
Kat blog ni, and also sesape yang tersinggah.
Hurm......

(Just feeling like uploading this..=p)

Hari ni dah start 1st paper untuk Year 3 Semester 1.
Keadaan semasa menjawab exam tak berape stabil.
Mase tu mode exam tak start lagi.
So perasaan berkobar-kobar tu takde.
Akhirnye aku jawab paper tu with a flaaaaaaaat mood.
Bile dah tengah2 jawab mulelah.
Rase cam dah bace semua yang patut.
Memang lah.
Aku ingat aku pernah bace ni.
Tapi aku tak ingat point ape yang aku bace.
(Biase lah tu kan? Ngade2 nak citer jugak)

Frust ke?
Takde lah.
Dahtu, gembira ke?
Rosati bertanye kepada Sofya.

Nape ko ni?
Nak penyepak ke?
Dengan nada yang garang Sofya membalas.

Okay, okay...
Aku tak kacau.
Tanye sikit pon marah, tak nak kawan kang baru tau.
Sofya memang kecut perut bile je Rosati cakap camtu.
Kawan paling kamceng lah katakan.

Hurm.......
Sofya mengeluh panjang....
Rosati paham, dan cube meredakan susasana tegang itu.

Redha, doa, tawakal.
Tu je yang kau mampu buat sekarang.
Next paper kau jangan la ulang lagi.
Give your best shot.
Don't Stop Can't Stop bak kate 2PM oppa.
Okay?

Mereka memang suke ulang scene di atas banyak2 kali.
Siaran ulangan dalam hidup aku.
Ibarat citer Boboi Boy kat TV.
Berape kali tah nak ulang episod same.
Minggu ni episod akhir.
Oh, next week pon episod akhir.
Eh, next week lagi satu episod dua plak.
Then ulang2 banyak kali.
(Ceh, citer macam aku tengok, padahal aku tgok episod 1 je)
(Cop3, episod 1 tu aku tengok 3 kali kot, pastu dah malas nak tengok)

Yosh!
Next week start exam yang subject super2 tough.
Sekarang pon aku ngah berusaha memberikan yang terbaik.
For me, and for........
Sume orang yang mengenali diri ini.
Terima Kasih atas sokongan yang tidak putus2.
Terima Kasih~
Sebelum merapu ngan lebih kronik.
Aku patut end this entry.
Yeah...
Sayonara~
Annyeong~
Salam~

(^__^)

(Mood nak dengar lagu Gackt malam ni, missing PASUM moment with dear roomate Afiqah Md Radzi)

Monday, October 31, 2011

ORGANIZATION SKILL

Word yang paling tak nak didengari.
Untuk hari ni.
Dan sepanjang sem ni juge.
Argh...
Kelas Ko-K yang tidak menyeronokkan.
Mungkin sebab lari sangat from my expectation.
So, takde mood nak ber Ko-K untuk tajuk ni.
Tapi "sesal kemudian tak bergune" kan kawan2?
I need to go through this course sampai abes sem ni.
Tabah kan hati ye.
Especially for my groupmate, from group SURIA.
(Nama klasik from Elly's idea..=D)

Hari ni lecturer tu bagi lecture.
(Slalu pon, ko-k kami memang ade lecture)
Eh, cop....dan ade presentation!!...*O*
Dier ade cakap pasal output.
Ape yang kami dapat from his lecture.
Here I present what I've got from today's lecture ea.



(Yeay!!!!!)

Kelas yang ditamatkan ngan ke-emo-an.
Plus...
My payung pink plak ilang.
Tah keje sape la.
Orang jemur kat luar kelas tu before masuk kelas.
Abes kelas je tros ilang.
Sadis!
(=_=')


(currently listening to: that woman,ost secret garden)

Tuesday, September 13, 2011

APA YANG ADE DENGAN SENIORITI?.....

Huu~.....
(Bunyi angin bertiup dari mulut)
Tajuk yang agak susah untuk dibicarakan.
Kenapa?
Sebab aku tak tahu sangat ape yang perlu aku mengarutkan.
Takpe lah.
Untuk meringankan tajuk ni.
Meh aku citer pasal mende len.
Hu3x....
(Gelak sorang2 tengah2 malam hoho)

Haish....
Siyes tak tahu nak ngarut ape.
Tapi tajuk ni asek terngiang-ngiang time aku basuh tadi.
Rase nak tulis jugak.
Tajuk je la.
Isi?
Takdak.

Erm.....
Kenapa tetibe je muncul mende ni?
Sbenanye sekarang orientasi course aku dah start.
So, aku sebagai third year.
(Woh, aku dah 3rd year la)
Is being senior to the 1st year students yang di oriented tu lah.
Masalahnye........
Aku tak reti nak ungkapkan, ape yang ade dengan senioriti aku ni.
Lebih berpengalaman?
Lebih berpengetahuan?
Lebih berumur?
Lebih hak untuk suruh dokrang amek signature?
Lebih hak untuk arahkan dokrang macam2 sepanjang orientasi?
Lebih baik share je sumer2?

Ntahlah...
Maybe sekarang mood ngah ber-emosi-lebih.
So tulis pon ber-emo-lebih jugak.
Tah pape dah aku membebel ni.
Baik sambung citer Mary.
Boleh ilang jap emo2 ni.

Cop2, tibe2 rase nak tulis something~

"Respect others to make others respect you"
Quote ni macam pernah dengar.
Tak tahu lah betul tak aku quote balik ni.
Aku sedar, nobody perfect.
Tak sedar kalau buat silap.
Marilah kita tegur ape2 yang salah.
Maybe aku slalu bersikap endah tak endah.
Bukan aku sengaje.
Mungkin aku segan.
Mungkin aku emo time tu.
Bukan sebab aku tak respect.
So I'm sorry if you think I'm rude.
Gomen ne~
Tapi siyes.
Aku bukan orang yang boleh tegur orang kalau aku rase charge kami same kutub.
Same charge means.
Tak boleh dok dekat.
No chemistry.
Harap bile some reactions happen nanti.
Chemistry yang positif akan terwujud.
Hope U can understand this.
I'm sorry.

Monday, September 12, 2011

CERITA BALDI AND SIPER TOILET...~

Lepas buat keputusan yang tak berape bijak ari tu.
Dengan meninggalkan mereka di 6th.
Akhirnye aku terpakse menanggung akibatnye sekarang.
Terpakse mengeluarkan bajet untuk membeli mereka.

Aku ingatkan, bolehlah dokrang survive sendri.
Rupanye makcik kat 6th tak mampu ditandingi mereka.
Mereka goyah.
Lalu tak mampu mempertahankan diri masing2.
Daripada menjadi bahan kutipan makcik tu.
Akibatnye..
Tuan dier, iaitu aku.
Kehilangan konco2 yang dikasihi.
Oh baldiku.
Oh siper toiletku.
Maafkan aku sebab tinggal korang.

Oh ayah.
Oh ibu.
Maafkan aku sebab terpakse gune duit beli baldi and siper toilet baru.
(Mood: rase nak ngarut sebab takde baldi and siper toilet)


(Nasib sempat amek gamba dier, siper?.....tak~)

Wednesday, September 7, 2011

MENEMPUH SEM PALING TAK BANYAK PITIH...

Wuaaaaa~
Baru beberape saat tadi aku sedar.
Aku bakal menempuh sem yang paling pokai.
Start 11 9 nie.
Knape?
Tengok lah yuran yang macam.....
3200++
And my biasiswa is only 3500.
Yang tinggal cume 200.
Nampaknye aku kene bejimat gaban2.
Sedehnye saye.
Dahlah ayah saya nak pencen dah.
Nasib ade kakak2 and abang2 yang baik.
Hehe....=p
(Ni bodek online namenye huhu)

Saya tak boleh bermewah-mewah sangat dah.
Kena blaja dari one of my friend la pasni.
Camne nak survive dengan mengurangkan tahap ke-enjoy-an.

Kawan2...
Jika pasni saya menolak pelawaan korang.
Pegi ber-poya2-an.
Korang mesti paham kenape kan.
(T_T)


(Bukan my duit, google yang punye)

Saturday, August 27, 2011

SOMETIMES....

Sometime.....
Owh...
No....
So killing my mood untuk tulis entry.
Hurm....
Laptop aku ni sekarang asyik buat hal je.
Dier punye keyboard asyik tak betul je.
First2 dulu huruf T yang cam tak bley tekan sangat.
Pastu beralih kat no 6.
Then sekarang huruf I plak yang cam mamai2.
Dier cam tak alert je.
Tidur lebih agaknye.
Dier dah cam malu2 keyboard plak nak kua.
Huruf I ni pikir.

"Eh, tuan aku tekan ke tak aku ni?
Rase cam tekan.
Rase cam tak tekan.
Takpe lah.
Buat2 tak tahu je lah.
Tak yah lah munculkan diri.
Kalau dier betul2 nak pakai aku, nanti dier tekan lah sekali lagi.
Tak pon tunggu dier ngamuk2 sikit.
Hua3"

Lalu aku menjawab kepada huruf I itu.
"Yela cik huruf I oi.
Mestilah aku nak pakai ko.
Kalau tak buat pe lah aku pi tekan hang.
Nanti kalau aku tak nak pakai, aku delete je lah.
Tak yah lah tunggu aku picit ko kuat2 ke.
Tekan ko dua kali ke.
Kalau dah camtu jadinye.
Bley tercabut ko aku buat karang"


(Gambar di google sahaja)

Memang aku dah agak geram bile menaip tapi huruf tu tak moh kua.
Kalau ikut hati yang memberontak.
Mau aje aku ketuk2.
Tapi aku sedar.
Aku bukan JUTA2 punye orang.
Kalau tak suke barang2 tu.
Kau boleh kasi hempuk saje.
Nanti bley beli baru.
Ko gaduh ngan si fulun itu?
Silalah baling ape2.
Yeah.
I know I am not that kind of person.
So ape yang aku kena buat?
Bersabar~......

Wednesday, August 24, 2011

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently

Dear kau,


Aku tau kau tak niat pon nak sakitkan hati aku ni.

(Itu ape yang aku percaye la, isi hati sebena, hanya tuhan yang tahu)

Tapi aku ‘ter’ sakit hati gak ngan ape yang ko cakap.

Ape yang kau tulis.

Maybe kalau kau tulis and cakap mende tu kat orang lain.

Orang tu takkan terase hati cam yang aku rase.

Tapi ini aku, bukan mereka.

Aku kadang2 nak jerit beritahu kau.

Please be sensitive.

Jangan lah cerita mende2 camtu kat aku.

Mungkin jugak aku rase camni sebab aku jeles.

Aku tak bley lah nak nafikan.

Sebabnye, memang ade perasaan tu dalam diri aku.

Tapi aku harap sangat kau paham bile aku dah start rase tak selesa.

Maknenye aku nak kau berhenti cakap mende tu.
Tapi kau tak pernah paham.

Salah aku jugak sebab tak berani nak suarakan

Aku takut kau terguris.

Aku tak reti nak beritahu.

Ok lah, aku harap kau bley peka ngan keadaan aku.

Pahamilah aku.

Bye.


Sincerely,

Aku


Haish…..

Pikir banyak2 kali.

Aku tak rase pon macam nak tulih mende ni.

Tapi sebab ikut peraturan hari, aku pon terpakse tulih gak.

Siapa orang ni?

Rahsia?

Hahaha…

Kepada sape2 yang bace, sila tak payah pikir or amek pusing sangat ngan mende yang aku tulih di atas.

Peace No War!.....

(^_^)V

(Listening to Heartbeat 2PM mase tulih perkataan last ni ^^)


Saturday, 13 August 2011…………10.32 pm……