Dhia memulakan harinya dengan memandikan Si DJ yang menjadi buah hatinya. Dhia memang telah berjanji dengan SI DJ untuk membasuhnya. Tambahan pula, esok Si DJ bakal melalui servis yang pertama bersama Dhia di Jalan Semamb. Sakit-sakit badan Dhia selepas selesai membersihkan Si DJ. Jadi hari ini, Dhia pergi kek kerja dengan SI Dj yang sudah bersih dan tambahan satu calar. Oh, calar itu dibuat Dhia semasa mengelap Si DJ tadi.
Cuaca agak mendung, kadang-kadang hujan renyai-renyai urun membasahi bumi yang belu sempat kering. Oleh itu, Dhia mengambil keputusan untuk memarkir Si DJ di hadapan bangunan tempat kerjanya sahaja. Tidak perlulah Dhia berjalan jauh meredah hujan semata untuk mengelakkan disaman pihak MPK.
Hari ni DHia memulakan kerja dengan satu kes di bilik bedah. Kes tersebut dinamakan HSG. Dhia cuba untuk memandai-mandai, namun kepura-puraan Dhia menipu diri sendiri tidak berhasil. Dhia separyh gagal melaksanakan kes tersebut dengan jayanya walaupun Dhia turut dibantu rakan sekerjanya. Dan segala-galanya memerlukan pertolongan bos Dhia yang sangat hebat itu.
Kadang-kadang Dhia terfikir, kenapa lelaki selalu hebat jika sesuatu perkara itu mempunyai kaitan dengan mesin. Kalau ada perempuan yang hebat pun, masih lelaki yang akan mendominasi. Fitrah. Kalau Dhia hanya memikirkan jawapan yang senang, mungkin itulah jawapan yang paling tepat. Alangkah bagusnya jika Dhia juga mempunyai kebolehan seperti lelaki. Sebagai contoh bos Dhia itu atau contoh yang lebih hampir, abang Dhia sendiri.
Selepas diberikan bebarapa tips dan nasihat oleh bos Dhia, Dhia fikir Dhia mampu menangani kes-kes seperti tadi ibarat memotong sayur di dapur shaja. Simple but crucial dan sangat penting sebenarnya, Sudahlah Dhia merapu hari ini. Jam hampir memnunjukkan pukul 5 petang. Masa untuk mengurangkan sedikit rasa stress yang menghuni.
Written by,
fiyarossa
No comments:
Post a Comment