Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 18, 2023

Not appreciated.

 ......


I do know that sometimes what I did is not leveling with your expectations. Somehow I feel that my efforts should be appreciated. It hurts, I know I shouldn't be. I'm sad, I know I shouldn't be. 

Thursday, July 6, 2023

Salah Ke Berpantang Sendiri?

 Salam...

Aku berulang kali fikir, wajar ke tajuk yang aku letak ni? Situasinya, aku decide for this 2nd pregnancy, aku nak berpantang sendiri. But everyone macam questions my decision, macam decision aku salah. 

I know, orang kata masa berpantang ialah masa untuk ibu2 berehat lah, treat like a queen lah. The problem is, aku tak nak susahkan orang, minta tolong orang. Kalau that someone memang offer untuk tolong, nyiru aku tadahkan kalau tapak tangan aku ni kecil. 

And.. aku buat a few research, tak susah pun nak pantang sendiri (semoga urusan bersalin aku mudah, dan aku boleh buat kerja rumah lepas tu). Tak banyak pantang larang, just jaga kesihatan diri and anak je. Help from others memang akan memudahkan, tapi not crucially necessary pun kalau kau mampu.

Aku tak ada banyak duit to hire CL or maid, so aku yakin dan kena yakin I can do it by myself.

First baby aku, dia premature, 1 month kami bertapa di hospital. Makan aku, mandi aku, biasa je. Tak ada bengkung, minyak angin, makanan pantang. Aku hadap je apa yang hospital bagi. Alhamdulillah, aku sihat, tak kena bentan or angin.

Aku buat penilaian ni based on apa yang aku alami. Not everyone will face the same situation. Aku faham tu. Tapi aku harap mereka akan agree dan respect keputusan aku.

Actually, the long writing is because aku stress hari ni. (Posted before with reasons why I stress sangat on that day, tapi bile dah cool down, aku takut orang yang berkenaan ter baca, so aku decide to edit out that part)

Mak aku tak sihat, few years back dia stroke half of her body. Now recovering but still tak kuat. Aku tak nak susahkan dia. Kalau tak ada orang sudi jaga aku, aku boleh je jaga diri sendiri.  

Doakan urusan bersalin aku mudah. Dan consequently urusan berpantang aku pun akan jadi mudah. Amin...

I hope nobody that I know get to read this.

Friday, July 31, 2020

Tahun Coronavirus...

Salam.... 

Tahun 2020, penuh dengan pelbagai futuristik expectation. Hakikatnya, hanya tuhan tahu apa yang bakal terjadi.....

Tahun 2020, sudah berada di separuh masa kedua. Bakal menginjak ke tahun 2021. Sedar, tapi di bawah kewarasan perintah kawalan pergerakan. Masih mampu, tapi segalanya terbatas. 

Tahun 2020, semoga manusia sedar, apalah guna dikurnia akal. Tapi masih tetap setia melakukan yang bukan-bukan.  Masih kental berlawan dengan musuh yang menyerang, dengan mempertahan kebebasan. Kebebasan melakukan perkara yang dilarang. 

Tahun 2020, aku mengharap suatu keajaiban. Semoga rantaian si korona dapat diputuskan. Semoga sisa-sisa tahun 2020 ini dapat diteruskan dengan aman. Aku rindu zaman-zaman tanpa korona virus Covid19. 

Sincerely,

Aku yang rindu.