Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 16, 2015

CERITA BENGANG (1)





Ring..Ring..Ring..
(Old skool sangat kan nada dering aku?)

Dengan sekali pandang, terpapar nama itu lagi di skrin. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali nombor yang sama menelefon aku. Untuk hari ini sahaja, Semalam juga lima kali. Kelmarin juga lima kali. "
"Lepasni stop dah lah tu, dah cukup lima dah ni". Bisik hati kecilku.

Ring..Ring..Ring..

Nampaknya pemanggil di sebelah sana masih tidak berputus asa. Dengan berat hati, aku akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.

"Iye, ada apa mak? Kan saya dah bagi bulan lepas, tak kan bulan ni pon kena bagi. Mak, tolonglah faham. Saya ni bukan kerja untuk mak tau. Saya bagi mak bila saya ada duit lebih, saya bukan kerja dengan gaji besar. Mak, saya minta maaf, bukan saya kedekut ke apa. Mak, dengar sini, benda-benda yang mak mintak tu tak penting. Dulu-dulu masa saya kecik, mana ada saya dapat semua benda tu. Belanja lah ikut kemampuan. Mak faham kan? Hello? Hello? Mak? Mak?"

Panjang lebar aku menjawab. Aku bosan dengan perangai meminta-minta seperti itu. Dulu aku sudah merasa hidup susah, sudah biasa hanya mampu memandang kawan-kawan yang mampu beli itu dan ini. Dulu, baju sukan sekolah pun aku tidak mampu beli, abah bersusah payah mencari baju warna yang kosong kerana baju sukan yang dijual di sekolah di luar kemampuan kami. Tapi aku bersyukur. Aku menghargai setiap pengorbanan ibu dan ayah aku. 

       Budak zaman sekarang, semua mahu tersedia depan mata. Pantang lihat ada orang lebih, dia pun mahu lebih. Betul. Aku bosan dengan semua ni.

(Image pinjam sini)

"Wey, tak baik hang buat mak hang lagu tu. Orang kata, kalau bagi duit kat ibu kita lah lagi berkat hasil titik peluh kita tu. Aku tengok hang ni, tiap-tiap kali mak hang tu tepon hang jawab lagu tu. Cuba bayangkan mak hang jaga hang dari kecik, lagi banyak dia belanja untuk hang". 

Sentap? Tak mungkin. Ceritanya, pemanggil itu bukan lah ibu kandung aku. Ibu angkat yang rumahnya pun aku tidak ingat di mana. Namanya pun aku sudah lupa. Keluarga angkat yang ingatannya sudah aku selitkan di antara lipatan kenangan. Keluarga angkat untuk beberapa hari. Aku bukanlah insan yang tak mengenang budi yang boleh melupakan orang-orang yang berjasa membantu aku suatu ketika dulu. Tetapi, bila mereka mengharapkan aku seperti aku ini anak kandung mereka, aku hilang minat.

     Bila permintaan mereka itu tidak munasabah, lebih lagi aku hilang minat. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit setiap bulan. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit jika anak mereka ingin menyertai rombongan. Tolong jangan harapkan aku bila mahu beli baju baru untuk makan malam. Tolong jangan harapkan aku. Bagi aku, tidak setimpal kiranya bila kau mahu anggap aku anak kandung dan meminta-minta. Dan aku tahu, aku bukan tinggal percuma di rumah itu. Jadi, jangan harapkan aku. 

019-******* (Block this number? Yes!)



TAMAT

(Cerita rekaan semata-mata)