Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 9, 2016

Tak Salah Jadi Diri Sendiri



Kau buat aku benci aku, 
Jadi apa lagi yang tinggal jika aku membenci seluruh aku?
Perlahan kau corakkan aku seperti yang engkau mahu.
Kau atur supaya aku menyukai aku yang tiada aku.
Lama-lama, aku yang tinggal adalah aku yang bukan aku.
Tiada rasa benci pada aku yang bukan aku.
Tiada juga rasa pada aku yang sebenar aku.
Kerana aku yang sebenar aku hanya memori dalam aku yang sebenar aku yang kini sudah menjadi aku yang bukan aku.

Semuanya bukan aku.
Semuanya hanya aku yang bukan aku.
Siapa sebenarnya yang engkau mahu?