Monday, November 5, 2012

4TH DAY IN SEOUL

Salam~
Annyeong~

Wahahaha..
Here is me again.
Typing about our Seoul trip again.
In this lovely blog again.
Harap2 kalaulah ade orang bace, kalaulah ade.
Please bear with my writing.
(Seriously, I googled sebab tak tahu nak tulis 'bare' or 'bear')
Asyik tulis pasal topic ni je kan.
Tapi selagi I don't complete the whole set of 5 days, tak boleh lah nak stop.
(^__^)

Kat belakang ni, my roomate tengah aja adik dier pasal embolism.
Tapi aku menaip pasal Korea and bende seronok.
So dah macam aku buat dua keje, blaja smbil main.
(Aku denga sekali dier aja adik dier hihi)

3 APRIL 2012
Hari ni kami merancang nak pulang ke istana kami.
Rindu rasa hati nak balik istana kami.
Ngada2 kan?
Uhuk, uhuk...
Kan ada banyak je palace kat Seoul ni.
So, kami bercadang nak pilih satu je.
Maybe setiap palace ade keunikan dia.
Tapi disebabkan penjimatan dan masa yang agak terhad.
Begitulah....

Hari ni luar biasa sejuk.
Biasa suhu sekitar 8-12 degree je.
Tapi hari ni 2 degree celcius.
Huiyoo..
Memang menggeletar abes lah dengan spring attire kami.
Tambah2 lagi dengan kasut basah sebab kena hujan semalam.
Kaki aku memang rase macam nak beku.
Hush..hush..hush..(bunyi sejuk)
So to start our journey on this cold day.
Kitorang pegi dapatkan bubur panas.

(Kitorang beli dua set, and share 4 orang)

Masa makan ni, ada side dishes yang rupa dier macam  daging.
Oh, memang daging rupanye.
Huhuhu..
Memandang dengan sayu je lah.
(Dah lah cakap kat ahjushi tu 'gogi sambil buat x with our hands')

On the way to the palace.
A very strong winds was blowing.
Together with the snow.
SNOW..yeah it is snowing in spring season.
Snow sebab kami ade kat Seoul.
So my first snow is in Seoul.
Hihi, excited gilos.
Although macam air batu yang di-blender jatuh dari langit je.
But still, it is snow kan.
(^__^)

(Can u see, can u see? hihi)

Dalam cuaca yang sejuk gilos tu kitorang continue journey pegi palace.
Nama palace tu Changdeokgung.
Kitorang pilih yang ni sebab dier ade Huwon aka Secret Garden.
Not Secret Garden as in Secret Garden punye drama.
Tapi Huwon untuk kami kerabat raja time Joseon bla3.

(Snow again..u see? =p)

(Pemandangan cam kat oversea kata mereka)


(Batu tanda palace)

Perlu ke nak citer pasal palace ni?
Tak payah lah kot, nanti korang Google sendiri ye.
Gamba dalam Huwon tak banyak sangat.
Secret kan, mana boleh expose2.
(Padahal kami freezing sampai x larat nak kua tangan nak amek gamba)

Pulang dari palace kami melawat pakcik batu kat Gwanghamun.
Pakcik ni dier kata 'selamat datang ke Seoul'.
(Ngarut, maafkan aku)

(Pak cik di seberang jalan)

(Taken by Korean police yang ahjusshi, sebenanye aim yang muda lagi hensem tapi tak sempat sebab tak berani, haha)

(Penutup lubang pon jadi)

Dah puas main2 kat dataran Gwanghamun ni, kitorang troskan perjalanan lagi.
Nak pegi Itaewon plak.
You can find the only masjid in Korea there.
Named Seoul Central Masjid.
Puaslah kitorang tanye mosque.
Rupa2nye dokrang panggil masjid.
Cute kan?
Hihi...
Masa nak carik ni terserempak ngan orang Malaysia.
Cam excited plak.
Sebab kat negara orang kan.
So perasaan dier lain sikit.
Kat Itaewon jugak boleh carik daging yang halal.
Itaewon ni cam tempat orang2 islam gak lah.
Akhirnye boleh makan gogi dengan rasa tak bersalah.
Lepas solat zohor jamak ngan asar kat masjid kitorang carik makanan.
Carik kedai yang ade tanda halal.
Then masuk dan makan.
Makan bibimbap dan bulgogi yang halal.
Seronok dapat makan daging.
(^__^)

(Kat depan Seoul Central Masjid)

(Makan kat Itaewon~ nyum nyum)

Kepenatan seharian berjalan dalam sejuk.
Tapi malam ni ade dating ngan junior sekolah Elly yang belaja kat Korea.
(Ahh..forgot his name)
Balik solat maghrib and Isyak pastu sambung jalan.
Jr Elly belanja makan Seafood Stemboat ade ddeobokki.
Best tengok student kat sini cakap Korea.
Hihi...
Kenyang sangat ari ni. 
Serious!
Then, dier bawak kitorang parti jalan2 kat Hongdae.
Kat Hongdae ni banyak pub.
Suasana dier cam jalan Bukit Bintang waktu malam.
Tapi much more pub lah.
Pas amek gamba sikit2 kitorang pon blah.
Jr Elly bawak kitorang kat tempat nak shopping plak.
Kat Doota Mall.
Ade dua kedai yang memang jual souvenir.
And dokrang reti cakap bahasa Malaysia sikit2.
Nampak sangat orang Malaysia..erm and Indonesia selalu datang sini.
Dah shopping sikit2 kitorang pon terpakse berpisah.
Thanks Jr Elly.
(^__^)

(Makan lagi..ni sangat sedap even kami dah kenyang)

(In front of the bar..haish)

(Nak pegi shopping)

(Doota mall..cantik kan?)

Hari ni balik sangat lambat.
Nasiblah Subway tak macam LRT Malaysia tutup awal.
Pukul 12 lebih pon still ade lagi.
Hari ni kami telah gunakan masa dengan sepenuh-penuhnye.
Penat dan sejuk cannot stops us.
Anyway..kami puas!
Seperti biasa..
Balik bilik, mandi dan bincang untuk perjalanan esok.
Hew, hew, hew...

Perbelanjaan hari ini
1. Kimbap: 1 200 W
2. Bubur: 4 000 W
3. Palace: 8 000 W
4. T-Money: 2 000 W
5. Makan kat Itaewon: 10 000 W
6. Roti kat Itaewon: 1 500 W
7. Souvenir: 43 000 W

Total: 69 700 W

That is all for today.
Esok tinggal sehari je lagi.
Journal kami di Seoul, Korea.
Annyeong~
Salam~