Thursday, September 16, 2010

PEDASNYE~

16 Sept 2010.....3.54 p.m.......



Pernah tak ade orang mati kepedasan?
Soalan ni terlintas kat mind aku tadi.
Masa makan nasik tadi la.
Mak aku masak ikan keli masak kari.
Sedap sangat.
Tapi aku tak makan banyak.
Sebab nasik dah abes, boleh tambah skali jek.
Hehe…
Ikan keli masak kari pedas?
Eh, bukanlah.
Yang pedasnye cili padi jeruk yang mak buat tu.
Mula2 tu rase siket jek.
Pastu rase cam sedap plak.
Tak pedas sangat pon.
Tiba2, bile yang nombo dua masuk dalam mulut.
Pergh…..
Pedas gilos.
Rase berapi mulut.
Bibir ibarat mau pecah dek kepedasan yang tak terhingga.
Haaaa….
Masa nilah aku terpikir.
Kalau ade fear factor buat cabaran makan cili padi.
Mesti ramai give up.


Tapi lepas ke cili padi nak jadik cabaran?
Takot nanti ade pulak kes orang mati kepedasan.
Haiyo….
Macam2 terpikir.
Papepon, pedas tu sedap.
Huhu….
Putar2 siket P.E.D.A.S. dah jadik S.E.D.A.P.
Kan, kan??
Ni nak share sket petua hilangkan pedas.
Yang aku tau ade dua yang slalu orang praktikkan.

1. Minum air suam
Bila minum air suam nie, memanglah cam rase pedas tu membahang.
Tapi sekejap jek.
Rase pedas tu akan hilang dengan cepatnye.

2. Makan milo
Ni aku tak pernah cube.
Membe aku yang slalu buat.
Dier kate mujarab.

Cubalah yek petua2 nie.
Renung2kan dan selamat beramal…..=)