Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2016

HAMPIR HILANG

Salam..

Kadang-kadang Dia tegur kita secara lembut,
Bilamana manusia yang hatinya keras sedikit dari lembut,
Teguran itu tak sedikit pun tercalit, terpalit,
Berlalu saja macam angin menyapu muka, 
Rasa nyaman semata.

Kadang-kadang Dia menyapa keras sedikit, 
Macam ibu mengejut anak bangun tidur,
Bukan lembut macam kejutan pertama,
Tapi garang sikit, melaung, suara tinggi.
Masa tu, baru anak terkocoh-kocoh menggeliat,
Bangun, tapi bukan berdiri,
Duduk mengelamun,
Mungkin lambat sikit signal nya sampai.

Kedua-dua situasi ni,
Manusia itu masih ada masa berfikir,
Manusia itu masih ada masa untuk menyesal,
Cuba kalau dua-dua teguran itu tak sampai ke hati manusia itu,
Dan kemudian manusia itu terus hanyut, Menyimpang dari laluan benar,
Bila tiba di penghujung, 
Arus kuat menarik jatuh ke bawah air terjun,
Akhirnya manusia itu hanya mampu menggapai tanpa pertolongan,
Melainkan pertolongan dari Dia yang berkali-kali mengingatkan.

Bila sekali terlibat dalam kemalangan,
Aku jadi trauma, 
Sedetik selepas penghentaman baru aku sedar,
Ini memang realiti, Ya, aku memang berlanggar,
Rasa macam mimpi,
Berkali-kali lepas tu aku harap yang itu semua mimpi, 
Tanpa kecederaan serius pada penumpang, 
Aku patut bersyukur, aku patut sedar,
Ini teguran lembut dari Dia.

Kali kedua, 
Aku hampir terlibat dalam kemalangan, 
Teguran Dia makin keras,
Tapi sebelum tu macam ada petanda,
Cuma aku yang tidak peka,
Hampir hilang nyawa, 
Masih ada masa menyesal,
Masih ada masa betulkan kesalahan, 
Kerana aku hanya "hampir" hilang nyawa.