Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 16, 2015

CERITA BENGANG (1)





Ring..Ring..Ring..
(Old skool sangat kan nada dering aku?)

Dengan sekali pandang, terpapar nama itu lagi di skrin. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali nombor yang sama menelefon aku. Untuk hari ini sahaja, Semalam juga lima kali. Kelmarin juga lima kali. "
"Lepasni stop dah lah tu, dah cukup lima dah ni". Bisik hati kecilku.

Ring..Ring..Ring..

Nampaknya pemanggil di sebelah sana masih tidak berputus asa. Dengan berat hati, aku akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.

"Iye, ada apa mak? Kan saya dah bagi bulan lepas, tak kan bulan ni pon kena bagi. Mak, tolonglah faham. Saya ni bukan kerja untuk mak tau. Saya bagi mak bila saya ada duit lebih, saya bukan kerja dengan gaji besar. Mak, saya minta maaf, bukan saya kedekut ke apa. Mak, dengar sini, benda-benda yang mak mintak tu tak penting. Dulu-dulu masa saya kecik, mana ada saya dapat semua benda tu. Belanja lah ikut kemampuan. Mak faham kan? Hello? Hello? Mak? Mak?"

Panjang lebar aku menjawab. Aku bosan dengan perangai meminta-minta seperti itu. Dulu aku sudah merasa hidup susah, sudah biasa hanya mampu memandang kawan-kawan yang mampu beli itu dan ini. Dulu, baju sukan sekolah pun aku tidak mampu beli, abah bersusah payah mencari baju warna yang kosong kerana baju sukan yang dijual di sekolah di luar kemampuan kami. Tapi aku bersyukur. Aku menghargai setiap pengorbanan ibu dan ayah aku. 

       Budak zaman sekarang, semua mahu tersedia depan mata. Pantang lihat ada orang lebih, dia pun mahu lebih. Betul. Aku bosan dengan semua ni.

(Image pinjam sini)

"Wey, tak baik hang buat mak hang lagu tu. Orang kata, kalau bagi duit kat ibu kita lah lagi berkat hasil titik peluh kita tu. Aku tengok hang ni, tiap-tiap kali mak hang tu tepon hang jawab lagu tu. Cuba bayangkan mak hang jaga hang dari kecik, lagi banyak dia belanja untuk hang". 

Sentap? Tak mungkin. Ceritanya, pemanggil itu bukan lah ibu kandung aku. Ibu angkat yang rumahnya pun aku tidak ingat di mana. Namanya pun aku sudah lupa. Keluarga angkat yang ingatannya sudah aku selitkan di antara lipatan kenangan. Keluarga angkat untuk beberapa hari. Aku bukanlah insan yang tak mengenang budi yang boleh melupakan orang-orang yang berjasa membantu aku suatu ketika dulu. Tetapi, bila mereka mengharapkan aku seperti aku ini anak kandung mereka, aku hilang minat.

     Bila permintaan mereka itu tidak munasabah, lebih lagi aku hilang minat. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit setiap bulan. Jangan harapkan aku untuk menghantar duit jika anak mereka ingin menyertai rombongan. Tolong jangan harapkan aku bila mahu beli baju baru untuk makan malam. Tolong jangan harapkan aku. Bagi aku, tidak setimpal kiranya bila kau mahu anggap aku anak kandung dan meminta-minta. Dan aku tahu, aku bukan tinggal percuma di rumah itu. Jadi, jangan harapkan aku. 

019-******* (Block this number? Yes!)



TAMAT

(Cerita rekaan semata-mata)






Wednesday, September 16, 2015

A PICTURE SAYS A THOUSAND STORIES

Salam~

Have you ever heard this word before?
A picture says a thousand stories more than words can describe.
Yes, indeed this quote is very true.
Nowadays people always share almost everything on the net.
Words, pictures, videos.
Name any type of file or anything.
Everything can be shared.
Sadly, some of them tend to be sharing things that are not true.
To get back to my point about the picture telling stories, here it goes.

For example.
The picture of a kid crying.


What can you tell from this picture?
His mother scolded him?
His mother won't allow him to eat?
And the list is growing because of every person on earth has their own imagination.

So from the very moment the picture is posted, a thousand kind of stories being made up.
The real story is only known by the picture uploader and the person in the picture itself.

We can see that many stories being shared in Facebook.
Some of them are very crappy but yet people still believe,
If the news is posted together with pictures, people will start to create their own story based on the picture.
It is not that we can't believe stories and news spread in Facebook.
It is just that we need to choose.
Don't go out there and create story on your own, by solely based on a few pictures,
We may not get hurt or inflicted by the stories we made but please think about others.

That is all.
Just some words and thoughts from my not so bright brain.

Picture from here.



Monday, January 5, 2015

WRATHFUL MALAYSIAN GOD?

Salam~
Annyeong~

Tajuk yang lebih kurang macam berita yang dibaca beberapa minit lepas.
Make sure to read that article first.
Aku pun terasa macam nak share opinion.
I am agreed with part of his opinion.
For example, people tend to blame the victims and for this case the state for making the God angry.
Me included.
Yeap, orang cakap sebab Kelantan banyak maksiat itu ini, dadah lah apa lah.
Padahal sebenarnye di mana2 pon ada.
Cumanya bila dah berlaku macam ni, maka muncul lah kes2 yang jarang disebut.
Contohnya. bila AirAsia crashed.
Muncul lah dua tiga lagi kes pasal enjin mati tiba2 lah, turn back lah yang mengaitkan AirAsia.
Sebenarnya pernah berlaku je kes2 macam ni kat airline lain.
Cuma bila satu cerita besar berlaku kat AirAsia, semua cerita yang tak bagus tentang that airline muncul.

Fokus terbesar diberikan kepada yang mengalami masalah yang besar itu.
Bukan salah mereka untuk mereka menjadi mangsa.
Betullah segala musibah itu ujian Allah.
Aku yakin, ada reason sebalik apa yang berlaku.
Tapi janganlah bila dah jadi sesuatu yang tak baik macam ni kita terus menerus salahkan mereka.
Bukan semua. 
Masih ramai lagi insan yang baik dan bersimpati, yang menolong mangsa2.
Tapi ini untuk segelintir yang menyalahkan mangsa2.

Masa aku menaip ni pun aku terfikir.
Apa yang aku buat?
Aku tolong ke?
Atau aku hanya menjadi penonton di balik skrin dan papan kekunci.
Yang hanya pandai menaip, menulis komen.
Itu aku sendiri je boleh jawab.

Pengajaran untuk apa yang dah berlaku ni bukan sahaja kita kena muhasabah diri, tingkatkan ibadat sahaja.
Kita kena jugak berfikir dan bertindak untuk mengelakkan perkara macam ni jadi lagi.
Stop blaming innocent people yang terlibat.
Stop blaming each other instead work together to make things better.
Politik.
*angkat tangan
Aku surrender hal2 politik.
Aku tak pandai menganalisis, semua ada pendapat masing2.
Aku pangkah kau, kau pangkah aku.
Babai!