Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 31, 2011

ORGANIZATION SKILL

Word yang paling tak nak didengari.
Untuk hari ni.
Dan sepanjang sem ni juge.
Argh...
Kelas Ko-K yang tidak menyeronokkan.
Mungkin sebab lari sangat from my expectation.
So, takde mood nak ber Ko-K untuk tajuk ni.
Tapi "sesal kemudian tak bergune" kan kawan2?
I need to go through this course sampai abes sem ni.
Tabah kan hati ye.
Especially for my groupmate, from group SURIA.
(Nama klasik from Elly's idea..=D)

Hari ni lecturer tu bagi lecture.
(Slalu pon, ko-k kami memang ade lecture)
Eh, cop....dan ade presentation!!...*O*
Dier ade cakap pasal output.
Ape yang kami dapat from his lecture.
Here I present what I've got from today's lecture ea.



(Yeay!!!!!)

Kelas yang ditamatkan ngan ke-emo-an.
Plus...
My payung pink plak ilang.
Tah keje sape la.
Orang jemur kat luar kelas tu before masuk kelas.
Abes kelas je tros ilang.
Sadis!
(=_=')


(currently listening to: that woman,ost secret garden)

Thursday, October 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3 (SEMALAM PUNYE..)


(amek this pic from here, tapi dier amek from here.)



Sunday, October 23, 2011

DRIVING.....

Alhamdulillah....
Saya telah berjaya membawa kakcik's Savvy ke bandar Kuantan.
1st experience driving ke bandar.
Hurm....
I think, driving experience hari ni not bad.
Sumer nye berjalan ngan lancar.
Dari rumah, lalu ikot by pass, then stop kat Kuantan Parade.
Pastu, on the way balik singgah Beserah.
Makan mee calong.
Sebagai orang Kuantan, at least kene la try skali mee calong ni.
Nanti orang KL tanya, baru tau nak jawab.
(Dulu ade r'grapher penah tanye, tapi sebab tak penah makan, so x tau nak describe cane)

Malangnye...
Saya terlupe amek gamba mee calong tu.
Sob3..
So, ni gamba di cilok from: dilakocha


(Tempat yang same, so gamba mee dier pon same..huhu)

Yang tak bes berlaku time nak kluar from parking site.
Depan kete aku tu ade teksi parking dalam umah dier.
Time tu dier nak kua.
Tapi, mase nak undur, kena naik bukit sikit.
So kete aku asik mati.
Aku belum kua abes lagi.
Teksi tu dah tak saba2 nak kua.
Then aku bagi jela.
Tapi bile dier dah kua.
Ade lagi satu kete nak masuk.
Dier ingat aku nak parking kat dalam umah dier tu.
Dier pon cam marah2.
Aku pon makin kabut.
Neves bukan main.
Peluh2 dah, walaupon aircond menderu-deru depan muke.
Adik aku pon bukak pintu.
Dier suh mamat dalam kete tu undur.
Sabo sket, bagi kete aku kuar dulu.
Finally, aku pon berjaya kua.
Lebih kurang 5-7 mins dihabiskan untuk kua parking.
Hurm....
Experience~...

Pastu continue my journey homing.
Singgah kat kedai sayur yang macam peti sejuk tu.
TLC kot.
Tah, tak ingat name dier.
Perkare tak best continued.
Mase nak kua simpang time nak balik tu.
Ade lah lubang kecik kat simpang tu.
So, bile dah benti dalam lubang tu.
Cam susah sket nak naik.
(For inexperienced me je la kot)
Enjin mati 2-3 kali.
Tapi takde orang yang tak saba.
So, keadaan tenang.
Dan aku berjaya!!..
Alhamdulillah~..

Driving sangat best!
Esok nak jalan2 lagi.
Drive kat bandar Kuantan.
Gain a lot of experience for this coming November punye plan.
Hope everything goes well.
InsyaAllah~...
(^_^)

Sunday, October 9, 2011

TAK PAYAH BERATUR LAMA2 PON...

Tarikh 8 Oktober yang ditunggu-tunggu.
Aku bangun agak awal dari yang sepatutnye.
5.20 pagi lagi aku dah tersedar.
Mata rase nak pejam.
Tapi mengantuk tu tak juge muncul2.
So aku decide nak membuat perkare berfaedah.
Yeay!!
Aku study pepagi bute tu.
Aku bangge ngan diri aku.
Tapi sepanjang penyetadian aku tu.
Aku rase nervous.
Semacam giler.
Tapi nasib baik boleh kawal lah lagi.

Mase beranjak perlahan-lahan.
Aku bersarapan nasik goreng vege hari tu.
Yela, kat 2nd, hari sabtu = hari vege.
Makan nasik berlauk kan sayur, dan berulamkan sayur.
Aku tak minat sangat sayur kat kolej.
Tak macam ssyur kat rumah.
Segar2.

Bile jam dah menunjukkan pukul 9 pagi.
Perasaan nervous makin menebal.
Cesh..
Aku bersiap-siap ngan gaye mengarut.
Sumer benda rase tak betul.
Duduk sesaje pon rase tak betol gak.
Akhirnye, bila cik Mira kol.
Aku kurang sikit neves.
Tapi still ade la.

Lebih kurang pukul 10 pagi kitorang bertolak.
Yeay!!!
Jom pegi Viva Home.
Aku nak gi beli tiket konsert.
Wawawawa....
Teruja!
Tapi.....
Neves, takut tiket abes.
Time tunggu Mira kat pintu pagar 2nd.
Aku rase, sumer kete yang lalu tu macam nak pegi Viva gak.
Aku risau je kalau dokrang beli tiket sampai abes.
Huu~

Selepas berpusing-pusing.
Melawat bandaraya KL secara tak sengaje.
Kami sampai kat Viva!.
Pukul 11 sampai.
Aku menghabeskan lebih kurang 7 ringgit untuk gune tenet kat fon.
Usha fb tengok orang post pasal booth tiket konsert tu.
Akhirnye jumpe jugak.
Nasebla~
Tapi.........
Pemberaturan sangat bagus.
Bertingkat-tingkat.
Aku rase aku dok tingkat 7-8 dah.
Tinggi sangat.
Maknenye dah ramai giler la depan aku tu.

Tibe2...
Mase ngah syok2 beratur.
(Booth tak bukak lagi, 2pm baru bukak)
Hujan yang lebat mencurah-curah ke ladang.
Membasahi orang2 yang takde payung.
(Aku ade payung, hehe)
Jadi, orang Viva pon ambil inisiatif tukar tempat beratur.
Beratur lah kami macam budak2 sekolah yang patuh.
Beratur panjang giler sampai kat car park dah.

(Ni orang2 yang berade di depan aku, kat selekoh tu ade lagi, tapi tak nampak plak...yang belakang?, huu~...lagi banyak, rugi tak amek gamba sekali..ho2)

Akhirnye pukul 2 petang.
Booth tiket pon bukak.
Lepas sejam.
Tiket untuk seat VVIP diumumkan dah sold out.
VIP seat plak tinggal half je.
Aku bertambah neves.
Aku dah risau sangat2 kalau tak dapat beli.
Aku kate kat member aku.
Aku nanges sebulan kalau tak dapat tiket.
Time ngah beratur tu plak.
Macam2 ura2 yang di uar2 kan.
Siap kena sign up untuk unifi lagi.
Aku pon terpengaruh gak.
Sebab aku nak sangat beli tiket tu.
Naseb baek turn kitorang kat booth tu.
Lagi awal dari turn kat unifi punye booth.
So akhirnye...
Kami berjaye membelikan 3 tiket konsert.
Alhamdulillah......
(^^,)
Siap dapat poster free lagi.
Hehe~

(poster ni aku dah tampal kat dinding bilik....sampai je bilik hari tu, tros tampal...excited!)

Siyes.
Tak lame pon beratur.
6 jam je.
Experience~
Thanx cik Mira yang baik.
Sebab dier sanggup mendrive JHA tu sampai Viva.
Same2 beratur pendek2 beli tiket.
Arigato ne~...
Saranghe~..(tetibe)
(^_^)V

Saturday, October 1, 2011

PERCUBAAAN.....

Haaaa....
Alhamdulillah.
Finally.
Aku dah tak payah keluar duit banyak2 lagi.
Tak payah gi Teluk Intan untuk mendebarkan hati lagi.
Kali ni, kalau gi Teluk Intan.
Hanyalah untuk bersuka ria semata-mata.
Hahahahaha.....

29 September 2011.
Secara rasminya.
Saya telah meluluskan diri dalam driving test tu.
Walaupon in 2nd try baru pass.
It makes me really proud in myself.
Rezeki aku hari tu.
Kalau tak kena repeat lagi skali.
Aku memang suka lepak2 kat Teluk Intan with my kakak.
Tapi kalau pi sane untuk amek test tu.
Tak bley tido malam aku.
Asek terbayang je.
Asek terpikir je.
Will I pass this time?
Will I come again later?
Tapi sekarang.
Dah tak payah pikir tu sumer.
Dah lulus.
Yeah, I'm passed the test.
(^_^)V

Mari kiter bercerita pengalaman yang berharge tu.
Hehehe.
Erm....
Aku failed kat bahagian 3 penjuru dalam first test aku.
Maybe aku dah ter-excited labey time tu.
Sebab aku dah berjaya naik bukit dan mem-parkingkan diri.
Biler tengok 3 penjuru tu.
Dah excited semacam.
Tibe2...
Hurm, aku masok dalam petak tu dengan sangat senget.
Biler nak keluar semule.
Tayar depan aku touched the white line.
Then orang JPJ tu lari2.
Tunjuk kat line putih tu.
Meaning I'm failed lar.

Tapi itu citer dulu2.
My latest test plak.
Same cam dulu.
Dah pass bukit ngan parking.
Tibe kat 3 penjuru tu.
Aku masok senget skali lagi.
Aku dah terkumat-kamit dalam kete time tu.
Aku dah.....
"Cincha3, Ottoke2, Oh no2"
Hahaha...
Sumer abang2 JPJ dah tengok aku time tu.
Giler fokus dokrang tengok aku kua petak.
Yela, takut jadi cam ari tu.
Tapi naseb aku agak baik.
Alhamdulillah pagi tu aku belaja sket2.
Cikgu aku dah aja camne nak handle that kind of situation.
Kena pandai main stereng and kawal tayar kete tu.
Buat secara luar biasa sket.
Tak bley ikut skema yang aku slalu blaja tu.
Maka........
Finally.......
Akhirnya........
(^_^)

Aku mintak cik Sabb belikan aku 'P'.
Hahaha....
Saje je.
Kurang malu aku kan?
Aish...
Kalau dier tak beli pon takpe.

"Sabb, kalau ko bace ni,
aku nak bitau.
Aku saje je cakap semalam.
Aku kan suke ngade2 ngan ko.
Dah lame dah ber-roomate ngan ko.
Kalau ko tak beli pon.
Aku tetap Aishiteru-yo.
Hihihi..."


(Aku tak amek gamba kete tu, kunci je....First car that I'd drove...
Yang ni 1st, 2nd kereta untuk test jalan raya)