Monday, November 5, 2012

4TH DAY IN SEOUL

Salam~
Annyeong~

Wahahaha..
Here is me again.
Typing about our Seoul trip again.
In this lovely blog again.
Harap2 kalaulah ade orang bace, kalaulah ade.
Please bear with my writing.
(Seriously, I googled sebab tak tahu nak tulis 'bare' or 'bear')
Asyik tulis pasal topic ni je kan.
Tapi selagi I don't complete the whole set of 5 days, tak boleh lah nak stop.
(^__^)

Kat belakang ni, my roomate tengah aja adik dier pasal embolism.
Tapi aku menaip pasal Korea and bende seronok.
So dah macam aku buat dua keje, blaja smbil main.
(Aku denga sekali dier aja adik dier hihi)

3 APRIL 2012
Hari ni kami merancang nak pulang ke istana kami.
Rindu rasa hati nak balik istana kami.
Ngada2 kan?
Uhuk, uhuk...
Kan ada banyak je palace kat Seoul ni.
So, kami bercadang nak pilih satu je.
Maybe setiap palace ade keunikan dia.
Tapi disebabkan penjimatan dan masa yang agak terhad.
Begitulah....

Hari ni luar biasa sejuk.
Biasa suhu sekitar 8-12 degree je.
Tapi hari ni 2 degree celcius.
Huiyoo..
Memang menggeletar abes lah dengan spring attire kami.
Tambah2 lagi dengan kasut basah sebab kena hujan semalam.
Kaki aku memang rase macam nak beku.
Hush..hush..hush..(bunyi sejuk)
So to start our journey on this cold day.
Kitorang pegi dapatkan bubur panas.

(Kitorang beli dua set, and share 4 orang)

Masa makan ni, ada side dishes yang rupa dier macam  daging.
Oh, memang daging rupanye.
Huhuhu..
Memandang dengan sayu je lah.
(Dah lah cakap kat ahjushi tu 'gogi sambil buat x with our hands')

On the way to the palace.
A very strong winds was blowing.
Together with the snow.
SNOW..yeah it is snowing in spring season.
Snow sebab kami ade kat Seoul.
So my first snow is in Seoul.
Hihi, excited gilos.
Although macam air batu yang di-blender jatuh dari langit je.
But still, it is snow kan.
(^__^)

(Can u see, can u see? hihi)

Dalam cuaca yang sejuk gilos tu kitorang continue journey pegi palace.
Nama palace tu Changdeokgung.
Kitorang pilih yang ni sebab dier ade Huwon aka Secret Garden.
Not Secret Garden as in Secret Garden punye drama.
Tapi Huwon untuk kami kerabat raja time Joseon bla3.

(Snow again..u see? =p)

(Pemandangan cam kat oversea kata mereka)


(Batu tanda palace)

Perlu ke nak citer pasal palace ni?
Tak payah lah kot, nanti korang Google sendiri ye.
Gamba dalam Huwon tak banyak sangat.
Secret kan, mana boleh expose2.
(Padahal kami freezing sampai x larat nak kua tangan nak amek gamba)

Pulang dari palace kami melawat pakcik batu kat Gwanghamun.
Pakcik ni dier kata 'selamat datang ke Seoul'.
(Ngarut, maafkan aku)

(Pak cik di seberang jalan)

(Taken by Korean police yang ahjusshi, sebenanye aim yang muda lagi hensem tapi tak sempat sebab tak berani, haha)

(Penutup lubang pon jadi)

Dah puas main2 kat dataran Gwanghamun ni, kitorang troskan perjalanan lagi.
Nak pegi Itaewon plak.
You can find the only masjid in Korea there.
Named Seoul Central Masjid.
Puaslah kitorang tanye mosque.
Rupa2nye dokrang panggil masjid.
Cute kan?
Hihi...
Masa nak carik ni terserempak ngan orang Malaysia.
Cam excited plak.
Sebab kat negara orang kan.
So perasaan dier lain sikit.
Kat Itaewon jugak boleh carik daging yang halal.
Itaewon ni cam tempat orang2 islam gak lah.
Akhirnye boleh makan gogi dengan rasa tak bersalah.
Lepas solat zohor jamak ngan asar kat masjid kitorang carik makanan.
Carik kedai yang ade tanda halal.
Then masuk dan makan.
Makan bibimbap dan bulgogi yang halal.
Seronok dapat makan daging.
(^__^)

(Kat depan Seoul Central Masjid)

(Makan kat Itaewon~ nyum nyum)

Kepenatan seharian berjalan dalam sejuk.
Tapi malam ni ade dating ngan junior sekolah Elly yang belaja kat Korea.
(Ahh..forgot his name)
Balik solat maghrib and Isyak pastu sambung jalan.
Jr Elly belanja makan Seafood Stemboat ade ddeobokki.
Best tengok student kat sini cakap Korea.
Hihi...
Kenyang sangat ari ni. 
Serious!
Then, dier bawak kitorang parti jalan2 kat Hongdae.
Kat Hongdae ni banyak pub.
Suasana dier cam jalan Bukit Bintang waktu malam.
Tapi much more pub lah.
Pas amek gamba sikit2 kitorang pon blah.
Jr Elly bawak kitorang kat tempat nak shopping plak.
Kat Doota Mall.
Ade dua kedai yang memang jual souvenir.
And dokrang reti cakap bahasa Malaysia sikit2.
Nampak sangat orang Malaysia..erm and Indonesia selalu datang sini.
Dah shopping sikit2 kitorang pon terpakse berpisah.
Thanks Jr Elly.
(^__^)

(Makan lagi..ni sangat sedap even kami dah kenyang)

(In front of the bar..haish)

(Nak pegi shopping)

(Doota mall..cantik kan?)

Hari ni balik sangat lambat.
Nasiblah Subway tak macam LRT Malaysia tutup awal.
Pukul 12 lebih pon still ade lagi.
Hari ni kami telah gunakan masa dengan sepenuh-penuhnye.
Penat dan sejuk cannot stops us.
Anyway..kami puas!
Seperti biasa..
Balik bilik, mandi dan bincang untuk perjalanan esok.
Hew, hew, hew...

Perbelanjaan hari ini
1. Kimbap: 1 200 W
2. Bubur: 4 000 W
3. Palace: 8 000 W
4. T-Money: 2 000 W
5. Makan kat Itaewon: 10 000 W
6. Roti kat Itaewon: 1 500 W
7. Souvenir: 43 000 W

Total: 69 700 W

That is all for today.
Esok tinggal sehari je lagi.
Journal kami di Seoul, Korea.
Annyeong~
Salam~

Friday, October 26, 2012

3RD DAY IN SEOUL~

Salam~
Annyeong~

Buat pengetahuan saudara saudari sekalian.
Esok adalah hari raya Aidil Adha.
Tapi aku masih di sini.
Sendirian di bilik di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah.
It is quite a sad thing to be alone.
(Kolej sangat sunyi..shuuuu~ -->bunyi angin)
But because of something erm somebody, saya sanggup!
(Will tell the story in next, double next entry ihik)

So here I am in front of the laptop.
Menaip untuk menghilangkan rase boring.
Menunggu malam tiba untuk start study dengan gigih sambil meroyan sikit2.
(Next week I got 3 tests)

Feeling Korea sebenanye hampir habis.
So sebelum feeling tu melabuhkan tirai, makanya aku ingin mengabadikan detik2 indah2 itu di blog ni.

2 April 2012
Mengikut perancangan kami yang telah dirancang malam semalam.
Arah tuju kami ialah Pulau Nami atau Nami Island atau Namison.
Sebelum bergerak naik subway, kami pergi makan kat cafe dulu.
Breakfast kat Cafe Bene.
I got myself yogurt waffle with a cup of cuppuchino.
(Tah guane eje air tu, maleh nak Google)

 
(Yogurt waffle..nom2)

(Cream waffle..yummy~)

(Cappuchino yang sangat2 foamy~..)

After makan, kami naik subway to Gapyeong Station.
Tak ingat macam mana nak gi Gapyeong.
Ada tulis, tapi tak paham, so tak bley lah nak share kat sini.
Yang pasti, kene naik subway, then turun kat Gapyeong Station.
Masa nak carik the right station tu, kitorang tanye kat ahjumma kat kedai kat subway tu.
Dokrang ni kurang fasih nak interact in English.
So our conversation involved many body languages.
(Dan, buku tour guide itu sangat membantu)

Lepas sampai Gapyeong, memang akan ade teksi banyak2 tunggu kat luar tu.
Then kitorang naik teksi, cakap nak pegi Namison.
Pakcik teksi sangatlah ramah.
Huhu.
Namison tu takde lah jauh sangat from Gapyeong Station.
(Maksud saya, jeti nak pegi Nami ye kawan2)
Maka, tambang pon tak mahal sangat.

(Gapyeong Station..ni time nak balik, ujan sikit) 

(In the taxi~)

Nami Island ni dokrang cakap Republic of Nami.
Sebab kami tak baca sangat, so tak tau knape Republic.
Suka2 hati mereka mungkin.
(^_^)
 Naik feri, dan pelayaran yang singkat pon bermula.
Sangat2 seronok main2 kat Nami.
Cannot be told with words.
Tengok gamba je lah.
Hihi..

(Entrance to Republic of Naminara)

(Jalur Gemilang in South Korea)

(In the ferry..)

(Meninggalkan kesan penjajahan)

(Nami mungkin tertulis di situ)

(Oh, kami dah tutup map Nami Island)


(Couple bike~...best!)

(Another couple on another bike..huhu)

Dah penat main2 kat sini.
Oh, Nami ni feymes ngan movie Winter Sonata.
Ade scene Winter Sonata dier shoot kat sini.
Perjalanan pulang ke Seoul ditemani hujan yang renyai.
Sangat lah sejuknye.
Missing the coldness...
Huuuu~

(Minum kopi panas kat Gapyeong Station)

Takkan nak jalan satu tempat je kan.
Lepas jalan kat Nami.
Kami sambung perjalanan naik subway sampai ke Insadong.
Sempat beli payung lutsinar polka dot kat stesen subway.
(^_^)
Dengan berbekalkan perut yang lapar.
Pusing2 kat Insadong carik kedai makan.
Sebab we are Muslims and gogi ammogo so agak payahlah nak carik.
Ade satu kedai ni, kitorang masuk.
Tapi dier punye menu cam sumer daging and some other stuffs yang dokrang tak reti nak explain kat kitorang.
Jadi terpaksalah kami keluar.
Sebab rasa was2 yang menebal.
Jalan2 pusing2.
Ade sorang ahjumma ni panggil masuk kedai dier.
Dah lah ujan and sejuk, so kami pon masuk jelah.
Sumer muke cam tak best.
Tapi pas makanan sampai teros berseri-seri.
Huhu...

(Polka dots umbrella in Insadong)

(Our dinner!! seafood ddeokbokki)

Kat Insadong tu kitorang beli Royal Biscuits.
Sedap, tapi takde gamba.
Orang yang jual mende tu cakap bahasa malaysia.
Huhu...
Klaka bile dokrang cakap.
"Saya cinta kamu".
Memang "I love u" is always the words connecting people around the world kan.
(^_^)

Akhirnya masa untuk pulang ke Guesthouse.
Tapi sebab keadaan malam yang hujan tu, kami lupa jalan nak pegi subway station.
Masa ngah berusaha nak carik jalan tu.
Kitorang nak try tanye sorang ahjumma.
Mula2 ahjumma tu maybe takut ngan kitorang.
Tapi lepas je kitorang cakap "choggio" [means excuse me in Korean] tros dier berenti.
Huhuhu...
Rase terharu sebab dier cube sedaya upaya tunjuk kat kitorang jalan.
Tapi tak paham, so lastly kami naik subway kat stesen Anguk which is the nearest station from there.
Masa datang tadi kitorang turun kat Insadong Station.

Penat~
The whole day kitorang exploring and jalan2.
Before tidur, seperti biase kitorang plan for the next day schedule.
(^__^)

My budget on my 2nd day
1. Cafe Bene: 7 900 W
2. Taxi Nami: 1 300 W
3. Nami (ferry and entrance fee): 8 000 W
4. Jagung bakar kat Nami: 1 500 W
5. Couple bike: 3 000 W
6. T-Money: 5 000 W
7. Payung polka dots: 3 000 W
8. Ddeobokki: 9 000 W
9. Royal biscuits: 17 000 W

Total: 55 700 W

Untuk 1st and 2nd day, kami jamak solat zohor and asar.
Balik Guesthouse solat, pastu baru sambung jalan petang tu.
Pastu balik malam, jamak solat maghrib and isyak kat guesthouse jugak.
Guesthouse tu punye tempat agak strategic.
Tulah senang nak balik solat.
(^_^)

That's all for our 2nd day.
Annyeong~
Salam~


Sunday, October 21, 2012

FEELING UP AND DOWN

Salam~
Annyeong~

Yeah.
I know it is normal to feeling down sometimes.
But that feeling is now crushing me.
Make me hard to think and do anything.
Just let me be me.
Please~

Dont really know what to write.
Just feel like updating this.
I want to express my condition right now with words.
But somehow the words just cant be written here.
It just keep linger in my mind.
I really dont know how to write.

Currently all things bad and good have been jumbled in my mind.
Making all the good to be not so good.
But the bad remains bad.
Babo me right?

Ya Allah.
Please give me strength.
I want to reach the final happy ending.
Give me strength to go through this not-so-hard obstacles.
I know others had faced much more hard times than mine.
Muhasabah~

MISSING THAT MOMENT -HARI KEDUA

Salam~
Annyeong~

Uhuk, uhuk....
Dah berhabuk dah blog ni, sawang merata-rata.
Dah lama rasenye tuan dier tak datang melawat.
Setelah berbulan-bulan lamenye tak update kat sini.
Hari ni tergerak hati nak menaip banyak2.
(Eh, wifi petang ni boleh tahan lah)

Sebenanye banyak perkara yang boleh diceritakan.
Other than my Seoul Moment story.
Tapi sebab rase macam tak nak bagi that precious time to just fade away.
I need to abadikan that story here.
Nanti bile rase dah macam terlupe sikit2. bolehlah refresh kat sini.

(Sambungan~)
1 April 2012
Mandi air sejuk sebab aku orang first yang bangun.
Tak reti nak on heater sebab tulisan Korea.
(Sadiskan, sejuk giler2 air tu)
After semua orang dah siap2, we went to 7-11-liked shop to buy T-money.
(T-money ni kad yang macam touch n go card)
Zurien yang tolong belikan sebab kitorang sumer tak reti.
Pastu Zurien tolong tahankan bas, then kitorang naik bas pegi stesen subway.
Oh, lupe nak cakap, kitorang nak pegi Hong Guesthouse ni.
Sampai kat subway station tapi tak tahu nak naik subway kat mane.
So dengan berbekalkan buku tour guidance yang aku beli tu, kitorang tanye kat sorang ahjusshi ni macam mane nak pegi stesen subway.
Dier tak paham kitorang cakap ape, so tunjuk je lah ape yang kitorang nak dalam buku tu.
Suruh dier baca sendiri.
(Yeah, this was a very new experience to communicate with a Korean people)

(Depan rumah Zurien before berangkat)

(Dekat stesen subway Juan kat Incheon)

Gesthouse kitorang tu dekat Jongno-5(O)-Ga (J5G).
Biler dah sampai stesen tu, ambil exit 4.
Jalan sampai jumpe satu farmasi.
(Bulat, F atas huruf L baring terbalik)
Tu simbol farmasi untuk aku hafal.
Sampai sekarang still alert lagi kalau jumpe tulisan Korea tulis farmasi, hihi.
Take a left turn sampai jumpe first junction yang kecik then make another left turn.
Jalan terus sampai jumpa Hing Guesthouse on your right.
Takde lah besa sangat simbol nye.
Tapi yang pasti you wont missed it lah.
Owner dier orang Inggeris.
And he is soooo nice.
Dier siap bagi kitorang map and tunjuk kat kitorang mane tempat yang best nak jalan.
Bilik yang kitorang book tu ade dua katil double decker.
(Tapi kitorang share tidur kat bawah je, sebab katil dier besar and bley share heat hehe)

(Baru sampai kat Jongno-O(5)-Ga)

Dah siap kemas2 barang semua, kami pon bergerak keluar lagi.
First mission ialah MAKAN.
(^_^)
Dari J5G pegi Myeongdong.
Sebab tak reti baca menu so kitorang carik kedai yang ade tulisan english.
Dan akhirnye berjaya, dan seafood adelah menu yang consumable.
{Kalau makan daging tak halal, sebab dier tak sembelih)

 (Myeongdong station)

(Makan di Omuto Dining, Japan fusion restaurant) 

(My first Korean meal, erm, japanese fusion Korean meal kot hihi)

Burp..
Haish, tak senonoh betul.
Kekenyangan dah semua orang.
(Reality: aku tengah lapa ni..sobs)
Panjat bukit time.
Looking for the famous N-Tower.
Tak ingat lah ade tanye orang ke tak.
Tapi rasenye we just follow our intuition and climb the not too high hill.
Pastu naik cable car sebab penat lah nak panjat bukit lagi.
Dan akhirnye sampailah di Namsan Tower tersebut.
(^_^)

(Mendaki!)

(We can already see the N-Tower from here)

(The famous N-Tower)

(Masing2 busy amek gamba ^^)

(Teddy Bear Museum kat N-Tower)

(Seoul!!!)


(Love locks?...hurm)

Dah penat main2 atas tu so kena lah pulang pulak.
Exhausted~
Tapi on the way balik guesthouse (gh), singgah shopping sikit.
Beli barang2 yang patut dekat Myeongdong night market.
Bought myself kentang putar2, makan sambil jalan2, hihi.
Pastu beli barang2 kecantikan.
(Takdelah barang kecantikan pon, just this and that)
Dan kami pon pulang~

Dinner kami for 2nd day kat Korea, 1st day kat Seoul ialah......
Peneman setia dari KL.
Encik Maggi cup.
(^_^)

(Nom..nom..nom)

My budget on my 1st day
1. Teksi: 10 000 W
2. T-Money: 12 500 W
3. Milk Lotte (air sedap): 1000 W
4. Hong gh (5d 4n): 48 000 W
5. Cable car: 8 000 W
6. Namsan Tower (2 teddy bear museum included): 14 000 W
7. Makan: 9 900 W
8. Cotton candy: 500 W
9. Body wash: 11 900 W
10. Lotion: 3 250 W
11. Kentang putar: 2 000 W

Total: 121 050 W 

Pst..pst..
Seriously, rase macam nak upload semua gamba.
Hohoho.
 That's the end of our 2nd day in South Korea.

 Annyeong~
Salam~
(^__^)

Sunday, July 8, 2012

BUDGET TRIP TO KOREA- KEBERANGKATAN!!


Salam~
Annyeong~

Sekarang ngah takde mood nak study.
(Study week yang sepatutnye dimanfaatkan dengan sebaik-baiknye sebenarnye)
Daripada buang masa melongo baik update mende ni.
Hehehehe…

Intro yang tak memberangsangkan kan?
Tapi nak buat macam mana, aku bukan seorang pengarang yang bagus.
Menulis pon ikot mood je.

So here we go.
The day we are going to fly to Seoul~
(Sambil menggali balik gamba2 and email2 yang berkaitan)

30 Mac 2012.
Malam tu kami bertolak balik ke rumah Mira.
Knape malam? Sebab aku ngan Sabb kena posting siang tu.
Lagipon malam kan bes bawak kete, tenang je, huhuhu.
Knape rumah Mira? Sebab rumah Mira dekat jugak lah ngan LCCT.
Senang nanti nak pegi.
Aku naik kete ngan Mira, Sabb naik kete ngan Elly.
And Mira lead the way to her house.
Sampai kat rumah Mira, kami dihidangkan dengan mihun yang ade udang.
Mak Mira masak sedap.
(Okay, ni macam terlebih detail plak)
Pastu kami sambung kemas ape2 yang patut.
Kan nak pegi jauh.
Harap2nye takde satu barang pon harus ditinggalkan.
Semua barang2 penting kene masukkan awal2  takot terlupa nanti.
Malam tu aku ngan Mira sambung study Digital Imaging tempat2 feymes kat Seoul.
Dan malam pon berlalu ngan pantas~

31 Mac 2012.
Tarikh yang membawa sangat banyak memori.
Flight kami pukul 1420 waktu Malaysia.
(Ingat ye, kami belum berada di Korea, hehe)
Sarapan nasik lemak mak Mira masak lagi.
(Sedapnye makan nasik lemak rumah, aku tambah banyak kot, huhu)
After final check, kami bertolak ke LCCT pakcik Che Da yang anta.
Lebih kurang pukul 11 lebih camtu lah.
Anta sampai LCCT je, then kami pon membawa haluan sendiri.
Bla..bla..bla..
[Skipping some parts yang tak harus dicerita, tapi mestilah aku tak kan lupe kui2]

Dan kami pon dah siap check in luggage.
Beg Sabb paling berat, and beg aku paling ringan.
Dah tentulah aku tak ingat kan berat beg2 tu, tapi yang pasti masih ade ruang nak angkut barang dari Korea nanti.
Masa ngah dok menunggu flight kami dengan perasaan yang melonjak excited.
Sabb got a call from her mom.
Mak dier nak buat surprise.
Tapi mak dier tersurprise sendiri sebab mak dier pi KLIA tapi kitorang kat LCCT.
(Sebenanye Sabb yang bitau mak dier nek kapal terbang kat KLIA, sabb, sabb..=p)
Naseb bek cam tak jauh sangat dua2 tempat ni.
Plus still got time nak tunggu mak dier.
Walaupon cam rushing2 je Sabb jumpe mak ngan adik dier tapi sempatlah.
(^__^)
(End..to be continued)

Sambungan…..
Sebenarnye nak bagi korang tau, aku tak taip mende ni sekali harung.
Taip sikit2 sebagai selingan time study, hihi.

Lepas je Sabb met her mom and lil sis, kitorang pon berangkat ke departure hall.
Aku sebenanye having the idea to write in piece of paper anywhere we went.
Contohnye begini lah:

(31 Mac 2012 - LCCT)

Tapi yang ni je termampu huhu.
Hari2 lain dah tak buat.
Alasan: aku pon tak tahu nak bagi alasan ape. =p

Akhirnye its time untuk naik kapal terbang!!!
My second time naik kapal terbang.
Tapi first time naik yang besar and nak gi Korea walaweh.
(^____^)

(Beratur tengah panas nak naik flight)

Mereka bertiga duduk sama2 kat seat belakang.
While me with two unknown agashi at the front.
Dalam hati melonjak girang sebab excited yang amat sangat.
Sape tak excited? = takde!sumer orang excited.
Hehehe…

 (Ni time pergi - siang lagi)

(Ni dah nak sampai - malam dah)

Oh, lupe nak cakap.
Waktu nak masok kat boarding area tu kan dier cek luggage.
Pastu tah macam mane lah.
Dier terpegang botol deodoran I.
The result: bye2 Nivea~ sob3.
Aku pon terpakse beli Rexona stick yang harge RM13 kat kedai before naik flight.
Mahal, tapi takkan lah seminngu tak pakai ubat ketiak kan.
Masyem lah nanti..
=p

Maka kami pon berangkat…..

 (Ascending!!!)

(Awan yang macam gula2 kapas, erm, tapi lebih kepade asap kot)

Suddenly....
Something that spoiling my mood tibe2 termuncul.
Flight attendance pas kan borang.
(Hurm, borang ape tah, x ingat, ade dua)
Aku terlupe plak aku ni tak bley bace dalam moving vehicles.
Akhirnye aku terpakse menghadapi perjalanan yang amat memeningkan.
Most of the time I just closed my eyes to get rid of the dizziness.

Tak beberape lama kemudian tiba lah masa makan.
Oleh sebab kami tak booking makanan.
Kami terpakse lah tempeh on the spot.
See what we managed to order!!
 (Maggi Cup yang berharge RM6)

Yang lain sumer dah abes.
Pengajaran di sini.
Lain kali better tempah tiket flight ngan makanan skali.
Lapa sangat sebab the 6 hours journey tu lebih kurang terinclude time makan skali.
Lapa~

Selepas 6 jam berlalu.
Pilot buat announcement.
Dah nak sampai!!!
Tukar time kat jam masing2!!!
Kena tambah 1 jam!!!
(Oh, I’m just interpreting the maksud, takkan lah pilot ahjusshi tu nak cakap macam ni kan)


This is the first view of tanah Korea.
(^__^)
(Sekarang dah pukul 9 lebih kat Korea)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Bagi aku, perjalanan yang amat memualkan.
Tapi dalam hati excited giler.
Naseblah, bley jugak cover kepeningan tahap melampau tu.

Dah landing kat Korea!!!
Kami pon sibuk snap snup snip gamba dalam flight.
Tak saba nye nakjejak kaki~
Keluar dari fligt, lalu dalam bangunan lagi.
Kena naik ketapi transit yang standard cam ERL nak pegi dier punye main building.
Style sangat~



(End...to be continued)

Sambungan....
Aku tak ingat sangat flow nak lepas dier punye imigresen.
Tapi sampai je kat tempat imegresen tu kena beratur.
(Kat mane je yang tak kena beratur kan)
Prepare the two forms yang kena isi dalam flight tadi ngan passport masing2.
Kat kaunter tu kena bagi passport kat orang yang jaga kaunter.
Pastu bubuh jari telunjuk (bese gune thumb kan, hihi) kat mesin dier.
Pastu pandang kamera and smile.
Hihi...
Mira ngan Sabb punye line, orang yang jaga tu tak banyak songel pon.
Kat tempat aku ngan Elly kena tanye macam2 soalan.
Nanti tinggal kat mane?
Nak buat ape?
Nama hotel?
Dahlah kena tarik tudung belakang sikit.
Saje suh tunjuk dahi ea?
Abes emo sikit aku kat tempat berkenaan.
(Time ni kalau nak marah cakap BM pon ok, dokrang bukan paham pon)

Dah abes procedure bagai2 itu kami pon tros ke tempat nak ambik beg roda masing2.
Lama gak menunggu.
Prosedur same je cam kat airport kat Malaysia.
Cume perasaan excited!!
Cek telefon masing2.
Aku punye Celcom line dah jadi Olleh!!.
(^__^)

Keluar dari arrival punye gate.
Ramai sangat orang yang tunggu.
Ofkos lah bukan tunggu kitorang.
Tapi kawan Mira (Zurien) dah tunggu kitorang.
Sebab Mira je yang kenal kawan dier ni, kitorang just membantu dengan melilaukan mata tengok orang hensem Malaysia.
Lepas beberape orang pergi meng-empty-kan bladder masing2, Zurien pon muncul.
Dah berkenalan ngan Zurien dan kitorang pon keluar airport.
Zurien kate naik teksilah.
Sebab dah malam, beg banyak, senang sikit.
Kitorang pon follow jelah.
Sebab dah penat campor lapar campor jet-lagged.
(Okey, jet-lagged tu tipu, sejam je pon beze kih2)

Keluar je pintu airport.......
The Korea punye suhu yang chill tros terase.
Lagi sekali kami excited.
Bila bercakap keluar asap dari mulut.
First time kan, so sumer pon nak try.
Hehehe.
Orang Korea kat sekeliling chill je.
Argh, excited!!!
(^___^)
Pastu Zurien pegi deal ngan pakcik teksi.
Macam dalam drama tapi real.
Tengok orang cakap Korea macam dalam citer Korea.
Excited lagi!!
(^___^)
Harga teksi sampai rumah Zurien lebih kurang 50 000 won.
So sumer orang kena bayar 10 000 won.
Sebab first time gune duit Korea.
Makin excited!!!
(^___^)
Maka kami pon bergerak ke rumah Zurien.
Jalan nampak pelik sebab they drive on the right side.
(Kete kat Korea mewah2, teksi pon best, sumer kereta ade GPS, teksi pon ade huhu)
Vrooooooooooooom....
Tibe2 je dah sampai rumah Zurien.
Kena lah cakap thank you kan.
Hihi..
The first Korean word yang diguna kat Korea.
Kamsahamnida~
Cakap kat Ajuhsshi yang bawak teksi.
Okay, cukuplah excited untuk hari ni..
(^_____^)