Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 17, 2014

MAK DAN ABAH BALIK KAMPUNG...

Salam~
Annyeong~

Berkenaan tajuk hari ni.
Actually my mom and dad dah pegi balik kampung since Sabtu.
Ada emergency case.
Maka mereka terpaksa balik dengan sangat tergesa-gesa.
Tinggallah kami dua beradik je kat rumah.
(Dua = me and banyi)
Sebagai kakak sepatutnya aku kena lah menjaga rumah tu.
So for the first day.
I spent my time mengemas dapur je.
Yelah, after penat balik dari kerja hari Sabtu tu aku singgah Kuantan Parade dulu.
Yeah, perbelanjaan di Kuantan Parade hari tu telah mengakibatkan pelamin anganku musnah.
Cewah cam lagu tangkap leleh plak.
Pelamin ape kebenda tah, calon pon belom ada.
Bajet aku untuk Mac memang dah terover banyak.
Sampai aku nak state perbelanjaan seterusnya pon rase macam segan2 silu gitu.
Malu dengan diri sendiri.
Tiba2 terbayang suara Mawi dalam radio.
"Tak guna kau bergaya sakan kalau poket kosong".
Hurm, memalukan.
Tapi aku dah menanam azam dengan lebih kental supaya next month to not go over the budget again.

Makanya kembalilah kepada cerita rutin Sabtu aku yang lepas.
Balik rumah teros dok mengemas dapur je.
After that kepenatan dan teros tidur sampai ke senja.
Apalah yang aku penat sangat pon aku tak tahu.
Nampaknya really aku kena pergi berjoging untuk tingkatkan stamina.
Bergantung kepada supplement saja memang tidak membantu.
Malamnya aku bermarathon.
Bukan marathon berlari sana sini.
Berbaring je sambil mengadap Kim Soo Hyun yang hensem tu.
Ihiks2 sambil aku buat muka senyum gatal.
Sebelum mula marathon aku buat mi goreng telajak kicap bersama ayam goreng pedas yang sedap.
Tak sangka pulak aku boleh masak sedap cenggitu.
Ihiks again~
Tido pon lambat sebab esok ahad.
Yeay!

The next day aku basuh baju, jemur baju.
Hujan mencurah-curah hari tu so baju sumer tak kering.
Again, I cooked.
Cewah bangga dengan diri sendiri walaupon masak gitu2 je.
But my adik kata "kakti masak sedap".
Dia tak cakap kat aku pon, dia bitau mak je.
Aku masak resepi campak2 bak kata mak.
Tak banyak bahan yang available kat rumah.
Masak je lah apa2 yang ada.
Dinner plak I treat my sister makan kat Teluk Cempedak.
Sebabnya aku teringin nak denga ombak.
Relief sangat tengok ombak yang kuat tu menghempas pantai.
Mungkin bertambah best if I can stroll along the beach.
Tapi sebab dah lambat nak anta adik balik asrama plus it was soo dark and the ombak sangat kuat.
Jadi aku pon takde lah menyusur tepi2 pantai sangat.

Balik rumah tengok tv citer Fear Factor Malaysia yang dah direkod.
Plus Brain Games yang juga telah direkod.
Pukul 12 stop everything sebab need to sleep.
Hari Isnin aku work morning shift.

And today I am going to cook for mak and abah.
Pray real hard supaya aku boleh masak something yang sedap.
Edible yang paling penting.
Tak sangka aku dah begini dewasa sampai aku kena masak for them.
Kenapa lah aku tak sedar.
Hope everything goes well for today.

No comments:

Post a Comment